Friday, January 15, 2010

saya mahu beromantika..

hello mello :)

kekasih kekasihku,acecece, ramai kekasih nampaknya.maaflah,lagu dalam blog Han ni jadi lagu romatika de layang. HAHA. entah ape la saya merepek ni.HAHA.tak tahu kenapa lately amat teruja dan gembira? kenapa aaah? ade sesuatu yang buruk akan berlaku kaaah? Uish,macam terbau something yang pelik je.HAHA

entahlah,mood berubah. masa berubah. semua berubah. saya,Han berubah. anda, dan anda juga berubah. kadang-kadang kita kene lepaskan sesuatu dan melangkah ke dunia yang baru. OMG, I'm lost! serious. ape yang ade di dunia luar tu? kejamkaaah? saya, han eba akan mencapai 18 tahun pada 090610 tapi saya masih belum yakin untuk melangkah ke luar sedikit pun. sifat malas dah berganda ganda dan rasa ingin lupakan semua. yes,semua.


rasa seronok mula datang dalam diri di mana saya bebas melakukan macam macam sepanjang 'ditendang keluar' dari sekolah kerana dah bukan form 5. yes yes.tapi mampukah kesenangan dan keseronokan, kebebasan yang sedang saya iaitu Han lalui ini berterusan. han buat apa Han suka, tinggalkan apa Han tak suka. taapi, ade la jugak buat benda yang tak nak buat -.- HAHA. tapi, saya amat risau, mampukah saya hidup baik baik tanpa ayah dan mama di sisi? mampukah saya melangkah ke dunia di mana semua orang naaak, yelah kebebasan.

walaupun saya sering dilarang,tak dibenarkan dan jugak dihalang buat sesuatu seperti mengejar impian sendiri dan merasa enjoy nya hidup dalam zaman remaja, saya terima terima dan terima dengan hati yang sakit. tapi, akan jadi kelak? sudah 13 tahun saya hidup bersama mama dan ayah, dan jugak adik beradik, bolehkah saya melangkah keluar dengan kebebasan seperti apa yang abang dah rasa? 13 tahun -.-

saya, seorang yang berwajah ceria, berjiwa dreamyy dan amat sukakan secure.yes, saya. saya takut lalui sesuatu berseorangan selama ini, tapi lately saya berjaya. proud* tapi adakah ini bermakna, jalan saya sebagai makhluk loner akan bermula? adakah saya berjaya survive di luar sana?ada orang sebaya saya, bebas dengan kehendak dan boleh jalani hidup berdikari di asrama bahkan ada yang sudah matang, tetapi saya pula hanya mahukan kehidupan yang warm dan saya hanya mahu ada di rumah. kerana rumah seperti satu tempat yang bahagia.


saya HAN EBA yang super suka dekat LEE DONGHAE adalah orang seperti itu. yang impikan kehidupan secure.yesss. sebab saya sering tak terselamat dalam banyak benda. saya takut dan terus takut lakukan sesuatu berseorangan. tapi, saya rasa kelompok itu makin menjauh di mana saya rasa saya telah berubah sedikit, mampu maju dan kehadapan dengan penuh semangat. mengenali dunia luar tak mudah, tapi mampukah saya?

adakah saya akan berubah setibanya masa saya keluar dari rumah? bolehkah saya tidur dengan selesa di atas katil lain seperti saya tidur di katil yang sama ayah belikan di satu tempat baru? bolehkah saya berangan di dalam bilik baru seperti mana saya boleh berangan dalam bilik saya? bolehkah saya buat sesuka hati macam saya ada di rumah bila saya ada di luar? bolehkah saya nyanyi dan ketawa sekuatnya seperti mana saya suka buat di rumah? bolehkah saya makan berulang kali di tempat yang selesa seperti mana saya selalu buat di rumah? bolehkah saya mendengar radio atau menonton tv sesuka hati saya seperti mana saya lakukan di dalam bilik saya? bolehkah saya online lama lama macam saya buat di rumah tanpa dikenakan charge? bolehkah saya tonton drama Korea pada larut malam tanpa saya bayar bil? bolehkah?


risau risau, korang tak risau? TAKK? sebab korang mahukan kebebasan. dan saya yang tak sematang korang memang macam budak kecik dan saya tak nak berjauhan dengan keluarga saya. saya tak nak kedunia baru sebab saya takut dengan banyak benda. saya takut saya tak boleh gurau dengan adik saya lagi, saya takut jadi orang yang leka. saya takut . sebab saya han yang masih belum matang. saya bukan dimanjakan, serius saya bukan dimanjakan cuma saya rasa banyak benda saya tak lalui lagi, banyaaak dan kebanyakan orang sebaya saya dah lalui-.-

saya adalah siapa? saya adalah han dan han adalah siapa? han adalah manusia yang tak mampu aturkan kehidupan dan walaupun rasa pilihan itu buruk, saya tetap terimanya sebab mungkin saya terlalu dekat dengan keluarga dan ada benda yang saya perlu patuh. korang mesti pelikkan? kenapa la mood Han ni semacam je? sebab saya makin menyedari kehidupan sebenar,yang akan menjengah saya tak lama lagi.mungkinkah dah tiba masanya untuk saya terbang ke dunia baru? dan jadi orang yang lebih matang dan berani? mungkin,satu hari nanti! bila saya dah jumpa sesuatu yang saya sayang setanding dengan keluarga saya. saya ada keluarga yang korang tak ada, dan korang ada keluarga yang han tak ada.yess.

sudahkah tiba masanya? entahlah.saya belum bersedia.

han eba

2 comments:

◕‿◕cik hani zain◕‿◕ said...

hmmm..
mendlm mkna entry han kli ni..
dnia yg bru tu..
hani pun xtau nk ckp apa...
tp,sjk dh hbis skul ni..
hani mcm dh dpt rsa dnia bru tu cmne..
mmg susah~~
klau bg hani,hani nk je blik ke 'dnia lma'...
xnk lngsung msuk ke dnia bru ni..
tp nk wat cmne...
dnia bru ni msti gak kta msuk,kta lalui..
mmg susah pda mlanya..
tp insya Allah,
kta leh lalui dnia bru tu...

han eba said...

saya sungguh, ouh. entahlah