Wednesday, April 14, 2010

Flower Girl Part 1


Flower, seorang gadis yang biasa biasa sahaja. Wajahnya tak secantik Yoona SNSD dan orangnya tak seseksi Lee Hyori. Amat biasa. Hobinya? Dia suka mengusha mamat mamat Korea yang kacak dalam setiap drama Korea yang ditayangkan. Itu, memang benda biasa bagi semua peminat Korea. Betul tak? Cuma, dia ada impian yang orang lain tak terfikir langsung. Impiannya untuk menjadi seorang Flower Girl.

"Min unni, boleh tak Flower jadi flower girl untuk majlis perkahwinan Min unni?" tanya Flower dengan penuh harapan.

"Maaflah Flower, unni tak berani nak janji sebab Hyuk oppa dah pun pilih dari kalangan saudara dia" jawan Min unni ringkas.

"Ahh, tak apelah." balas Flower dengan nada kecewa.

Flower merupakan seorang pelajar IPTS. Dia memilih jurusan hiasan dalaman.Semua ini kerana dia sukakan barang comel serta gemar menyusun. Bukan itu sahaja, hiasan dalaman yang direkanya amat unik sekali, semuanya bagaikan sebuah fantasi.

"Flower,macam mana? Dapat tak jadi flower girl untuk majlis perkahwinan Min unni?" tanya Tiffany.

Tiffany, salah seorang kawan rapat Flower. Hobinya, mempermainkan lelaki dengan wajah menawannya. Pada mulanya, Tiffany tiada niat sebegitu, namun kerana hal dipermainkan ramai lelaki, jadi dia bertekad untuk terus mempermainkan lelaki yang cuba mengambil kesempatan kepadanya.


" Tak dapat la. Min unni cakap, Hyuk oppa dah pilih. Ah, sedihnya!" rungut Flower

" Tapi kan, I masih tak faham la. Kenapa la you nak sangat jadi flower girl?" tanya Tiffany

"Kan I dah cerita dekat you pasal ni,"

"Tapi tak akan laah sebab benda tu sahaja?"

" Ya, sebab benda tu sahaja Cik Tiff oi," balas Flower manja sambil memukul bahu rakannya lalu melarikan diri.

Tiffany yang ingin membalas pukulan tersebut segera mengejar Flower.Mereka berkejar kejaran di gelanggang bola keranjang kolej mereka.


" Hey, kalau nak main kejar kejar, pergi main di taman", sahut satu suara.

Flower dan Tiffany segera berhenti.Mereka mencari suara tersebut.Kelihatan seorang lelaki tinggi dan tegap berdiri tidak jauh di belakang mereka.


"Ah, maaf, kami cuma.." belum sempat Flower menghabiskan kata katanya, ia telah dipotong oleh lelaki tersebut.

" Maaf? awak tak perlu minta maaf dengan saya. cuma awak patut beredar segera. saya dan pasukan mahu adakan perlawanan di sini."

" Tak bolehkah kami mahu melihat perlawanan ini?" tanya Tiffany dengan manja.

" Suka hati awaklah. Kalau terkena bola, saya tak tanggung." balas lelaki itu.

" Alex Hyung, dah boleh start ke," jerit satu suara.

"On, cepatlah",


Alex, merupakan ketua pasukan bola keranjang kolej. Orangnya tinggi dan tegap cuma dia ni low profile sedikit.

"OMG OMG, hot gila." Tiffany mengumam sambil melihat perlawanan yang baru bermula.

"Hot? You ni Tiffany, pantang tengok mamat tegap sikit la," balas Flower.

" Ada orang tu lagi hebat, kalau ada je mamat SUJU muncul dalam TV tu, jerit sampai tak ingat dunia,"

Flower terdiam seketika.Kemudian dia tersenyum. Tiba tiba teringat dia kepada seorang jejaka yang pernah menjadi sahabat penanya ketika dahulu. Seorang lelaki yang bernama Kim. Ringkas sahaja namanya, tapi kisah kisah dan pandangan yang diberikannya, cukup bernas. Wajahnya, iras iras Jaejoong TVXQ. namun, perkenalannya dengan lelaki itu cukup singkat apabila dia menerima khabar bahawa Kim telah pun meninggal akibat barah otak.


....................................................................................................

Flower mengetuk pintu bilik Tiff.

"Tiff, bangun. Dah pagi dah ni, nanti lambat ke kuliah," jerit Flower.
"Ah, malas betul. Cakap kat Prof yang I demam ke ape ke,"

Flower segera masuk ke dalam bilik Tiff.

"You gila? You dah ponteng 2 kali tau kelas Puan Lee. I dah tak sanggup nak cover you."
"Ahli sihir tu buat I gila dengan teori dia laaaa"
"Cik Tiff, I rasa dia lagi dah gila dengan alasan you tahu taaak. cepat cepat bangun!"

Flower segera menarik narik tangan Tiffany.Namun tiada reaksi.

" Aish, suka hati you la Tiff ",

Tiff masih lagi bermalas malasan di atas katil. Kuliah Puan Lee baginya,cukup membosankan. Seperti berada di neraka.

....................................................................................................

Dalam perjalanan ke kolej.Flower memandu sementara Tiffany menjadi penumpang.

"I want you in my life, I want you kiss me everyday~"

"Ah, lagu CN Blue, man, hot pulak Jonghyun!"Flower memulakan perbualan
" Jonghyun? Aisssh, eh Alex sunbae tu hot kan?" Tiffany mula bersuara
"Tak, Jonghyun hot!"
" Tak, sapa entah si Jonghyun tu?"
" Ahh, ape you tahu? Yang you tahu Alex sunbae, Jay sunbae, Sim sunbae, Seo sunbae, lagi, Mike sunbae..."
" Eh, Mike sunbae tu tolak ke tepi. I tak hingin dengan mamat tu. Super Player. I benci player. Nasib baik I dah puas mainkan dia,HAHAHAHAHA"
" Jap, you bukan player jugak ke?" balas Flower terhadap kenyataan yang dibidas rakan baiknya itu.
" I perempuan suci," balas Tiffany dengan gaya gediknya.

Tidak berapa lama kemudian,

" Eh,apa tu? Kemalangan la," Tiffany bersuara tatkala melihat sebuah kereta dalam keadaan terbalik di sebuah selekoh.
" Ahh, yelah. Tapi kita dah lambat ke kelas,"balas Flower.
" You, kita kene selamatkan dia,"
" Taaapi..."
" You dah lupa prinsip yang you ajar I? Kene saling membantu, berhenti la,"
" Ouh okeyh,"

Tiffany dan Flower segera turun dari kereta mereka. Mereka mendekati kereta tersebut namun tiada siap pun di dalam.

" Arghhhhhhhhhhh." jrit Tiffany.

Tanpa disangka sangka muncul seorang lelaki dan memegang bahu Tiffany dari belakang. Badannya berlumuran darah.

"Tolong saya," pinta lelaki itu.

Tiffany yang ketakutan menolak lelaki tersebut jatuh ke bawah. Dia segera menyorok di belakang Flower.

" Tiff, ape you buat ni?"

Flower segera menghampiri lelaki tersebut. Dia segera menyuruh Tiffany memanggil ambulans sementara dia cuba memberi bantuan kecemasan kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut memandang Flower tanpa suara sementara Flower berusaha menyelamatkan lelaki tersebut.

....................................................................................................

Di Hospital

Flower segera ke hospital setelah tamat sesi kuliah manakala Tiffany segera menguruskan hal temu janjinya dengan sunbae sunbae yang lain.

" Doktor, macam mana keadaan mamat yang kemalangan waktu pagi tadi?" tanya Flower kepada seorang doktor.
"Mujurlah dia tak kehilangan banyak darah,keadaannya dah stabil tapi buat masa ni kami tak galakkan Cik melawat dia," balas Doktor.
" Terima kasih,"
" Sama sama,"

Flower segera beredar dari hospital.Harapannya agar lelaki tersebut sembuh secepat mungkin. Itu sahaja harapannya.

....................................................................................................

seminggu kemudian

"Tiff, you rasa apa jadi dengan mamat hari tu ha?" soal Flower.
" Entah, dengar kata lepas 2 3 hari, dia blah dari hospital macam tu je, jahat tau," balas Tiff sambil membelek belek cincin di jari
"Eh, mana you dapat cincin tu?"soal Flower curiga.
"Ini? Oh, Jay sunbae bagi. Lawa kan?"
" Ish, ni bukan harga belas belas ribu yang kita tengok dekat kedai hari tu ke?" Soal Flower terkejut.
"You memang genius! Ah, sunbae tu suka I sangat sampai dia rela. HAHAHAHA" tawa Tiff.
" Malas I nak layan kisah cinta you, baik I layan drama Goong lagi bagus,"
" Haaa teruslah tatap muka si Yul Goon you tu sampai muak.Dah beratus ratus kali tayang, you sanggup tengok? Hahaha"
"Sekurang kurangnya I tak permainkan dia okaay, dah malas I nak layan you," bidas Flower sambil membaling bantal ke arah Tiffany.

Tiffany hanya ketawa sahaja melihat gelagat Flower. Tak kisahlah macam mana pun Flower tu, dia memang gadis yang baik. Suka membantu serta bijak cuma satu je kurang, dia terlalu percaya pada kisah kisah dongeng dan tak dapat lari dari menggelarkan diri sebagai Primadonna dan ELF bila bersemuka dengan rakan rakan yang satu kepala dengannya di dalam forum. Orangnya lincah di dalam internet tapi berbeza pula di dunia realiti.

bersambung....

Cast:

Flower: Kim So Eun
Tiffany: Soo Young SNSD
Alex: Danial Henney
Min Unni: Kim Jung Eun
Hyuk oppa: Siwon SUJU



han eba

6 comments:

cik hani zain said...

sambung sambung sambung =)

p/s : xsbr nk tau smbungn cite ni ^^

han eba said...

baik :) HEHEHEH nanti ye

kimyana said...

weh cepat sambung..x saba dgr seterusnya..syok gila..rasa aku lak yg jd cm flower..hahha*syok sendiri..hahaha

han eba said...

kau memang jenis syok sendiri.HAHAHA. Idea best tak datan glagi. sabarlah.

sakuranchOvy said...

yana tbb. hahaha
kau mmg mcm 2 yana =p

kte rse flower 2 mcm eba
kan ahjushi taste eba, super sunbae.
hahahahahaha. lawak~ =DD
hohhoho =DD

han eba said...

EH HELLO, bila masa lak Flower is me. AHAHAHA. bukan eeeh