Sunday, April 18, 2010

Flower Girl Part 2


Hari ini merupakan semester baru bagi Tiffany dan Flower. Dan semestinya mereka sangat sibuk membantu beberapa pelajar baru yang mendaftar dalam course yang sama dengan mereka.


"Tiff, cepatlah kita dah lambat ni. You masih ada mood nak tengok rancangan tu?" sergah Flower di sebalik pintu.

" Ala you ni, tengok la ni, sunbae kita tahun lepas ni. Handsome betul lah dia ni. Ish, kenapa lah I tolak dia dulu masa dia offer jadi Girlfriend dia"

"Haissh, cepatlah. Hari ni ramai pelajar baru la. Nanti sunbae marah la."rayu Flower

" yelah,yelah".

...................................................................................................

"Er,ni fakulti seni reka dalaman ke?" sapa satu suara.

" Oh ye, you student baru ke?" tanya Tiffany.

" Oh tak, saya bukan student baru,"

" Tengok pun dah tahu, you abang kepada mana mana student ke?" soal Tiffany lagi.

" Tak juga, I bukan abang atau student," balas lelaki itu.

" Tak akan you datang sini sebab nak ajak I jadi Girlfriend you? Dah, tak payah pura pura ok. I reject you sebab muka you tak nampak macam student pun. Maybe umur you 27 atau 28. sorry " kata Tiffany dengan gedik sekali.

Lelaki tersebut tersenyum lalu berkata " I'm 35".

" Who cares?" balas Tiffany dan berlalu pergi.

Lelaki tersebut hanya tersenyum sahaja. Dia melihat sahaja bayangan Tiffany yang berlalu pergi.

.....................................................................................................

Tiffany dan Flower bercadang untuk minum petang di kafe kampus. Hujan renyai renyai menjadi semakin lebat tatkala mereka tiba di kafe.

" Nasib baik tak kena hujan. Wah, hari ni mesti bunga bunga gembira dapat air," Flower memulakan bicara.

"Eh, tadi kan I jumpa satu ajusshi ni macam nak mengurat I you tahu tak," Tiffany membuka cerita

"ajusshi? student baru ke?" tanya Flower.

"Student? Dia dah 30 kot. Tak ada cara lain ke nak ngurat I? Guna cara lapok dengan tanya soalan biasa,"

" Mana you tahu dia nak mengurat you?"

" Eh, I tanya dia, dia ni student ke, dia kata bukan, abang student ke? Pun dia kata bukan. Tapi dia senyum senyum dekat I."

"Biasalah orang popular macam you ni kan ramai peminat,"

" terima kasih Cik Flower puji I tapi kan muka dia macam jenis yang you suka. Macam Super Junior punya ahli,"

" Hahaha, mengarut je.Dah jom, hujan dah berhenti,nanti kejap lagi kalau lebat balik, habis kita dua,"

Flower dan Tiffany berjalan menuju ke car park. Tiba tiba muncul satu suara,

"Flower," sapa satu suara garau

Flower dan Tiffany segera menoleh.Kelihatan seorang lelaki di belakang mereka.

" Cik Flower ke?" soal lelaki tersebut.

" Eh, ni ajusshi tadi. Eh, you nak apa dengan kawan I ha? I kan dah reject you, sekarang you nak kawan I pulak," marah Tiffany

" Tiff, sabar Tiff." Flower menenangkan Tiffany.

Flower merenung wajah lelaki tersebut.

" Tak mungkin," terpacul perkataan tersebut dari mulut Flower.

" Apa yang tak mungkin," tanya Tiffany yang pelik melihat reaksi wajah Flower.

" Betul lah, you ni Flower. Flower apa khabar?" tanya lelaki tersebut.

" Kim oppa, bukan ke oppa dah meninggal?" Flower menjadi keliru.
...................................................................................................

Mereka bertiga kembali ke kafe semula. Tiffany seakan malu dengan 'tindakan" kebudak budakan nya yang menyangka lelaki tersebut mahu menguratnya. Ternyata, lelaki tersebut merupakan pensyarah baru yang akan mengajar mereka bagi semester kali ini.

"Oppa nak minta maaf dekat Flower," Kim mula bersuara.

"Oppa, betul ke ni oppa? Bukan oppa dah meninggal ke?" soal Flower.

"Itu la yang oppa cuba terangkan melalui surat surat lepas, tapi satu pun tak Flower balas,"

" Flower dah pindah rumah. Sekarang duduk dekat dekat sini."

"Patutlah,mungkin surat tu tak sampai. Nasib baik hari tu, Flower selamatkan oppa,"

"Selamatkan?" tiba tiba Tiffany bersuara.

" Ye, kamu berdua selamatkan oppa masa oppa kemalangan hari tu,"

"Ha, yang kemalangan hari tu,ajusshi ke? "tanya Tiff sekali lagi.

"Masa tu,oppa sempat tengok muka you berdua, sebab tu oppa tahu Flower ada dekat sini," jawab Kim tenang.

Tiffany dan Flower terdiam seketika. Bagi Flower, semua ini bagaikan mimpi.

" Sebenarnya, gf oppa yang tulis surat tu. Dia marah dengan oppa sebab kenal dengan Flower. Dia ingat, oppa ni dah jatuh cinta dengan Flower, itu yang dia buat macam tu. Hantar surat kata oppa dah meninggal. oppa baru tahu hal ni masa berpisah dengan dia 3 bulan lepas,"

"Sorry oppa, tak sangka sebab Flower hal ni jadi macam ni,"

"Oppa memang sayang dia tapi tak sangka pulak dia macam tu. Oppa rasa bersalah terhadap Flower,"

"Tak apa oppa, Flower yang patut minta maaf, sebab Flower lah oppa dengan unni gaduh dan berpisah,"

"Dah berapa lama oppa dengan unni tu?" tanya Tiff

" 7 tahun, tapi akhirnya oppa tahu dia tak ada sedikit kepercayaan pun dekat oppa," balas Kim sedih.

"Oppa kata 3 bulan lepas? Itu sama dengan masa oppa kemalangan," duga Flower.

"Oppa kemalangan sebab hal tu Flower,"

"Baguslah oppa tak apa apa apa, sekali lagi Flower mohon maaf,"

"Tak apa, eh sekarang tak boleh panggil oppa dah sebab I'm your prof this semester,"gurau Kim

Flower tersenyum tawar sementara Tiffany tunduk sedikit tanda segan. Iyalah, berperangai macam apa sahaja di hadapan lecturer yang akan mengajar sepanjang semester ni.

"Ini memang malang,aigoo" bisik hati Tiffany.

...................................................................................................

Kuliah baru sahaja berakhir. Tiffany segera berlari keluar. Al maklumlah petang ni Alex sunbae akan beraksi.

"Tiff, you nak pergi mana," tanya Flower.

"Alex sunbae main hari ni, I nak tengok,"

"I balik sorang sorang? I kena balik naik bas la ni?" soal Flower.

'Apa you mengarut ni, you kan bawa kereta.I tak ape, nanti I suruh Seo sunbae hantarkan,"

"Hello, kereta kan dekat workshop, mana ada kereta lain lagi?"

"Alamak, I lupa la pulak," balas Tiff sambil menggaru kepalanya.

"Tak apa lah, I balik naik bas je la. You tu jangan lambat sangat balik,"

"Okay, bye."

...................................................................................................

Flower duduk seorang diri di perhentian bas menunggu ketibaan bas. Selalunya, waktu ni bas dah sampai, tapi tak tahu kenapa hari ini, bas tersebut lambat. Makin lama, makin ramai orang di perhentian bas.Tiba tiba dia terdengar bunyi hon yang kuat. Kelihatan sebuah kereta berhenti betul betul di hadapannya.

'Flower, mari naik saya hantarkan,"

"Ah, Prof Kim, tak apa lah, saya balik sendiri,"

"Rasanya bas lambat lagi, mari lah naik,"

Flower menerima pelawaan Kim kerana tak mahu Kim oppa terasa.

"Kalau dekat luar, tak payah la panggil Prof Kim," Kim memulakan bicara.

"Haha, Flower segan la pulak macam tu,"

"Apa nak segannya? "

"Yelah, kan oppa jadi my prof,mesti lah segan nak tukar panggilan,"

"Tapi kalau kat luar, oppa lebih selesa digelar oppa,"

"Oh macam tu, baik oppa,"

Kim tersenyum melihat wajah Flower yang semakin merah. Mungkin Flower malu. Almaklumlah, ini merupakan pertama kali dia dihantar pulang oleh seorang lelaki.

...................................................................................................

Jam sudah menunjukkan pukul 12AM dan Tiffany masih belum pulang pulang lagi. Flower menghabiskan masanya menunggu Tiffany dengan menonton drama Hwang Jini. Baginya, drama ini memang menyentuh hati.

"I dah balik,"sapa Tiffany.

"Lambatnya you balik,"

"Ah, sorry Flower. Tadi I jumpa budak comel. Haha, tapi budak Kolej lain la.Dia pun sunbae jugak"

"Haha, you ni, taste you memang sunbae ke?"

'Dari you, taste you super sunbae," balas Tiff sambil ketawa.

"Ha? Super sunbae?" Flower menjadi keliru.

"You ingat I tak tahu siapa hantar you balik tadi?"

"Mana you tahu?," tanya Flower terkejut.

"Anna tanya I, tapi I kata both of you dah kenal lama,"

"Haish, nasib baik. Kim oppa tu macam abang I je la,"

"You jangan suka dia sudahlah.I rasa you tak lupa kan impian you nak jadi flower girl,I mean matlamat impian you tu.

Flower terdiam mendengar kata kata Tiffany. Betul, impian tu mesti ditunaikan.

"Ok, I nak mandi lah,"

Drama tersebut tamat sebaik sahaja Tiffany masuk ke dalam bilik. Flower segera menutup televisyen. Perlahan lahan dia terimbas kisah lalu.

bersambung

han eba

CAST

Flower: Kim So Eun
Tiffany: Sooyoung SNSD
Kim: Jae Joong TVXQ
Anna:Kim Tae Hee

8 comments:

cik hani zain said...

yeah~
5 stars untk han
=)

han eba said...

5 stars? ape dia. HAHAHA

sakuranchOvy said...

wahhh, smkin mnrik.
jaejoong 2~ =DD

yeayyhh, 5star ! =]

han eba said...

terus membaca yeee

kimyana said...

cepat la setrusnya..x saba ni..aku kan flower girl..haha:p

han eba said...

PERASAN. ahahhaha

sakuranchOvy said...

kkkaauu yana ?
aigoo
hahahhaha
x pela skali skala kau. hahaha =DD

han eba said...

HAHAHAH,sekali sekala? HAHAHA