Thursday, April 29, 2010

Flower Girl Part 3


"Tiff, bangunlah. Dah pagi dah ni. Hish, lambat karang kelas Prof Kim," jerit Flower sambil mengetuk ngetuk pintu bilik Tiffany.

"Ah, I malas lah. You pergilah kelas dia,I nak tidur,"balas Tiffany dengan malas sekali.

"Suka hati you lah,I malas nak cakap dengan you lagi. Asyik ponteng kelas je, assignment semua tak siap," luah Flower dengan marah sekali.

Flower segera keluar dari rumah dan berjalan kaki menuju ke stesen bas. Dia menunggu ketibaan bas dengan tenang sekali.Walaupun hatinya geram pada Tiffany, namun hakikatnya mereka rakan baik.Setelah hampir 20 minit menunggu bas, akhirnya Flower menaiki bas yang tiba.

"Cik, jemput duduk,"minta seorang lelaki.
"Eh tak mengapalah, saya naik lambat, memang patut saya berdiri," balas Flower
"Tapi destinasi saya dah hampir, kejap lagi kalau ada orang rebut dengan cik kan lagi susah,"balas lelaki tersebut.

Flower terdiam sebentar. Dia melihat lelaki tersebut dengan wajah yang curiga.

"Kenapa dia nak bagi aku duduk tiba tiba," bisik hati Flower.

"Cik janganlah berfikiran yang bukan bukan, saya cuma mahu membantu cik, itu sahaja." luah lelaki itu.

Flower segera duduk apabila lelaki tersebut bangun dari tempatnya.

"Terima kasih,"ujar Flower dengan senyuman.

"Sama-sama," balas lelaki itu lalu turun dari bas.

Sesampai di Kolej,Flower segera masuk ke dalam bilik kuliah. Dia dapat melihat ramai pelajar sedang menanti kedatangan Prof.Kim. Walaupun Prof Kim masih belum mula mengajar, ternyata wajahnya mendapat sambutan hangat pelajar pelajar kolej.Flower duduk dengan tenang di tempatnya.Secara tidak sengaja dia terdengar perbualan beberapa pelajar.

"Eh, I pun ada dengar benda tu. Dengar kata, professor baru kita ni kacak,"
"I pun, Oh My God, you tahu tak, bukan kacak je, bergaya pulak tu,"

Tepat pukul 9.30 pagi, Professor Kim segera masuk ke dalam bilik kuliah.Kelihatan semua pelajar perempuan terkejut dan tergamam melihat kekacakan Professor Kim.Flower hanya memandang biasa sahaja pada lelaki yang bergelar professor di hadapan. Kuliah pun segera dimulakan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hello, boleh saya tanya, awak ni Flower ke?"sapa seorang lelaki ketika Flower sedang sibuk bermain badminton bersama Hara.

"Yes, kenapa?" tanya Flower.

"Oh, awak kawan Tiffany kan? Dia datang tak hari ni?" tanya lelaki itu lagi

"Oh, hari ni dia tak datang kelas.Kenapa ya?" tanya Flower dengan perasaan penuh curiga.

Ini kerana dia tidak pernah melihat lelaki yang menyapanya sebelum ini. Mahu dikatakan boyfriend si Tiffany, tak pernah pula mamat ni masuk dalam senarai boyfriend Tiffany.Tak mungkin!

"Oh, saya Aiden. Saya sunbae kolej sebelah.",balas lelaki yang dikenali sebagai Aiden itu.

"Oh, jadi awaklah Aiden sunbae yang pandai menari dan menyanyi tu? Kolej X kan? "tanya Hara yang tiba tiba terpegun melihat kekacakan Aiden.

"Eh, janganlah puji lebih lebih."kata Aiden dengan segan sekali.

"Apa yang boleh saya bantu?" tanya Flower.

"Ah, semalam saya terlupa nak mintak nombor telefon Tiffany," Aiden menjawab pertanyaan Flower dengan muka yang malu dan segan.

"Tapi, saya rasa saya kena tanya dia dulu,"kata Tiffany.

"Oh,kalau macam tu, awak ambil nombor saya dan beri kepada Tiffany boleh?" pinta Aiden dengan senyuman.

"Baiklah," Flower menjawab sambil menerima sekeping kertas dari Aiden.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Di perhentian bas...

"Aish, mamat baru pulak si Tiff ni,"ngumam Flower.

"Apa yang awak ngumamkan tu?" tiba tiba muncul seorang lelaki dari belakang.

Flower yang terkejut dengan kewujudan suara tersebut segera berpaling.

"Professor Kim," terpacul perkataan tersebut dari mulut Flower.

"Dekat sini Flower kena panggil oppa,"pinta Kim.

"Ah,maaf Kim oppa,tapi kenapa Kim oppa ada dekat sini?" tanya Flower.

"Oh,oppa nak ajak Flower naik dengan oppa. Oppa hantarkan," balas Kim dengan tenang sekali walaupun kelihatan beberapa pelajar sedang berbisik bisik.

"Ah, eh tak ape lah. saya boleh balik sendiri. Lagipun, kan ada bas ni. Ah, bas dah sampai, saya pergi dulu,"

Flower segera menaiki bas yang tiba dengan tergopoh gapah sekali. Dia amat takut dengan pandangan pelajar lain terhadapnya.

"Budak ni..."ngumam Kim sambil tersenyum melihat gelagat Flower.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Flower, you marah I ke?" tanya Tiffany.

Flower yang sedang sibuk memasak mi segera berpaling lalu menjawab persoalan Tiffany "You rasa?"

"Janganlah macam ni Flower, you tahu kan I memang malas. I penat. Malam tadi kan I keluar lepas Alex sunbae punya perlawanan. Kan I jumpa sunbae baru,oh, cute sangat lah dia,"

"Aiden sunbae?" tanya Flower.

"OMG,macam mana you tahu?" tanya Tiffany dengan nada terkejut.

"Nah, ni nombor telefon dia. Siang tadi dia cari you dekat kolej, dia mintak nombor fon you, tapi I tak bagi sebab you kan pernah bagi tahu I jangan bagi nombor you sesuka hati,"

Tiffany segera mengambil kertas yang berada di tangan Flower kemudian segera memeluk Flower.

"OMG, I TAK PERCAYA DIA BAGI NOMBOR FON DIA!"jerit Tiff dengan gembira sekali.

"Eh, kenapa you happy semacam je ni? " tanya Flower dengan curiga.

"Sebenarnya,dialah Mr.Hot yang I selalu cakap dekat you masa first first kita masuk kolej,ingat tak?"

"Oh, yang menyebabkan you nangis 5 hari 5 malam sebab dia couple dengan ape tu namanya, Ju sunbae? Ah, macam tu la, dia ke?"

Tiffany segera mengangguk sambil berlari lari gembira di dalam rumah. Bayangkan, lelaki yang diusha nye selama 3 tahun sudah memulakan langkah dengan memberi nombor telefon. Memang bahagia.Flower hanya tersenyum melihat kawannya gembira. Tak sangka, lelaki yang sudah 3 tahun diusha rakan baiknya, akhirnya mahu berkenalan dengannya.

"Bila dia akan ku temu?" bisik hati Flower.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya, Flower boleh memandu semula. Keretanya yang rosak kini telah kembali.

"Eh, macam mana perkembangan you dengan Aiden sunbae," tanya Flower yang tersenyum melihat Tiffany membaca mesej di henfonnya.

"Dia baik.I suka. Dah lah comel, pandai pulak tu," balas Tiffany dengan wajah yang berseri seri.

"You nak layan dia macam sunbae sunbae lain ke? You know, macam you selalu buat." duga Flower.

"Tak kan, sebab I suka dia sangat." balas Tiffany dengan yakin.

Tiba tiba telefon bimbit Flower berbunyi.

"Hello,"

Perbualan ringkas tersebut menyebabkan Flower tersenyum lebar. Dia segera memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Eh,kenapa you?" tanya Tiffany dengan pelik sekali.

"Min unni, Min unni kata Hyuk oppa sudi bagi I jadi flower girl kali ni," jawab Flower dengan gembira sekali.

"Serious? OMG, impian you!"

Mereka berpelukan kerana terlalu gembira. Akhirnya penantian Flower selama 16 tahun bakal menjadi kenyataan. Itu sahaja caranya.

bersambung

CAST


Flower: Kim So Eun
Tiffany:
Sooyoung SNSD
Aiden: Lee Donghae SUJU
Kim: Jaejoong TVXQ
Hara: Narsha BEG

6 comments:

cik hani zain said...

wah~
xsbr nk tnggu cite flower jd flower girl!!

han~
5 stars for u ;)

han eba said...

keh keh keh

kimyana said...

woot woot.haha
cepat la sambong..nanti ko da nak masuk U nanti..haha

han eba said...

masuk matrix la. bukan U

sakuranchOvy said...

alamak, eba ade trslp nme kt pt ni>"Tapi, saya rasa saya kena tanya dia dulu,"kata Tiffany *

hehhehe, sorrylahh trbagitau =]]

aiden=dOnghae.owwOoww
hahha x sngke tiffany 2 sooyoung
gagagaga ^^

han eba said...

terima kasih memberitahu kesilapan. HAHA. sengal.

sengal, dr awal tiff memang sooyoung kot