Friday, May 7, 2010

Flower Girl Part 4


"Apa Flower cakap, nak tak dia jadi flower girl untuk majlis kita? " tanya Hyuk oppa.

Hyuk oppa seorang doktor dan bakal berkahwin dengan Min unni. Min unni merupakan sepupu Flower. Flower dan Min unni amat rapat dan ibu Min unni sendiri merupakan wedding planner. Jadi, sejak kecil lagi, Flower dan Min telah terlibat dalam banyak majlis perkahwinan dan menjadi flower girl.

"Mestilah dia nak. Dia kan memang suka, tapi sejak kejadian lepas, kami takut nak bagi dia jadi flower girl," balas Min unni.

"Kejadian apa? Macam serious je," tanya Hyuk oppa dengan penuh tanda tanya.

"Kejadian yang hampir buat kami semua kehilangan Flower," jawab Min unni dengan tenang sekali.

.....................................................................................................

Di kafeteria;

"Hari ni ada orang tu happy gila," usik Tiffany.

Flower hanya tersenyum dengan gembira. Dia tahu kawan baiknya juga turut gembira untuk dirinya. Tiba tiba muncul kelibat Aiden sunbae di kafeteria kolej mereka.

"Aih, ada orang tu, putera dia dah datang dah," sindir Flower.

Tiffany yang tidak faham akan maksud Flower terpinga pinga dengan kata kata Flower.

"Hai you," sapa Aiden kepada Tiffany.

Kelihatan beberapa pasang mata melihat sahaja tindakan Aiden yang segera duduk di meja Tiffany.Maklumlah, lelaki kacak.

"Eh, you," sapa Tiff malu malu.

"Well, boleh I join ke?" tanya Aiden.

"Boleh je," balas Flower.

"Actually, I nak keluar dengan Aiden sunbae la Flower." kata Tiff.

"Oh, okay. Jangan lambat balik dah la.Aiden sunbae, jangan lewat ye.Ouh, I kena jumpa Min unni ni, bye,"

Flower berlalu pergi selepas menghabiskan kata katanya.

"You nak pergi mana?" tanya Aiden kepada Tiff.

"Kita pegi shopping la," balas Tiffany.

Aiden mengangguk sahaja.

------------------------------------------------------------------------------------------

"Min unni,Flower dah datang," panggil Flower ketika tiba di rumah Min unni.

" Ah, masuklah Flower," ajak Min unni.

"Ah, berseri je wajah unni. Bahagia ke?" usik Flower.

"Ada ada ja kamu ni Flower.HAHA.Ha, ni gaun kamu. rasanya muat. sebab budak yang patut jadi flower girl ni ada hal pulak on that day," terang Min unni.

"cantiknya,suka lah.Oh, mana Hyuk oppa, Flower nak cakap terima kasih sebab bagi Flower jadi flower girl,"tanya Flower.

"Hyuk oppa ada on call, so dia tak ada, tak apa, nanti Unni sampaikan okay," jelas Min unni.

"Okay," balas Flower ringkas.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"I rasa, this time you mesti jumpa dia yang you cari tu," Tiffany memulakan perbualan.

Seminggu lagi, majlis tersebut akan berlangsung. Tentunya, Flower berasa amat gementar. Maklumlah, sudah 16 tahun dia tidak menjadi flower girl. Dan pada hari perkahwinan tersebut, dia mesti sedaya upaya mencari dia, orang yang menyebabkan Flower menjadikan flower girl sebagai satu matlamat.

"I harap,macam tu lah,"balas Flower.

"I nak tidurlah. Penat siapkan assignment.Bye,night."

Tiffany segera masuk ke dalam bilik dan menghempaskan diri di atas katil. Akhirnya, tiba juga waktu tidurnya. Maklumlah, dah bekerja keras hampir seminggu untuk siapkan assignment.Sementara itu, Flower pula terimbas kisah lepas.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Tolong saya, tolong saya," jerit Flower ketakutan sambil berlari.

BANG!

16 tahun lepas,Flower telah diculik ketika satu majlis perkahwinan di mana dia menjadi flower girl. ketika Flower sedang bersiap,Flower telah diculik oleh dua orang penculik. Penculik tersebut merupakan musuh perniagaan ayah Flower. Oleh kerana telah bankrap,dia telah menculik Flower sebagai tebusan. Pada hari perkahwinan tersebut, Flower hampir ditembak namun dia telah diselamatkan oleh seorang budak lelaki yang ketika itu secara tidak sengaja sedang membaca buku di tempat berdekatan.

"Awak tak apa apa, mari lari," ajak budak lelaki itu.

"Saya takut," balas Flower sambil menangis.

Kerana ketakutan, budak lelaki tersebut segera mengendong Flower dan membawa Flower ke satu tempat yang selamat iaitu di sebuah taman permainan.Pada saat kedengaran bunyi tembakan, keluarga Flower yang ketika itu sibuk mencari Flower, semua segera mencari dari mana datangnya bunyi tembakan tersebut. Oleh kerana bimbang akan anaknya, ayah Flower iaitu Marcus telah segera mencari tempat dimana bunyinya tembakan bersama polis. Orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan tersebut turut membantu dalam pencarian Flower dan akhirnya berjaya menangkap penculik tersebut.

'Mana anak I?" tanya Marcus kepada penculik.

"Dia dah mati,"balas penculik lalu ketawa.

Sementara itu,

"Nah, minum air ni," kata budak lelaki tersebut sambil menghulurkan sebotol air mineral.

"Terima kasih," ucap Flower dengan senyuman.

"Nama awak?" tanya budak lelaki tersebut.

"Nama saya Flower,"balas Flower pendek.

"Nampak kamu ni macam budak sekolah lagi, berapa umur kamu?" tanya budak lelaki itu lagi.

"7 tahun. Terima kasih selamatkan saya," ucap Flower.

" Ah, sama sama. saya juga panik masa tu. saya sedang membaca sebenarnya. ah, kamu kena panggil saya oppa sebab saya lagi tu. saya 11 tahun." jelas budak lelaki itu.

"Baik oppa," balas Flower sambil tersenyum.

"Awak ni flower girl ke?" tanya budak lelaki itu dengan penuh mesra.

"Ye, saya diculik,"balas Flower yang masih trauma.Dia hampir menitiskan air mata.

"Eh, jangan nangis. Bertenang, oppa sebenarnya patut ke majlis perkahwinan tu, tapi oppa tak suka hadirinya," ujar budak lelaki itu dengan senyuman

Dia cuba memujuk Flower yang sedang mengeluarkan air mata.

"Nah, oppa bagi awak. Jangan nangis lagi" pujuk budak lelaki itu sambil menghulurkan keronsang berbentuk rama rama kepada Flower.

Tangisan Flower terhenti apabila melihat budak lelaki itu menghulurkan keronsang tersebut.

"Cantik," ujar Flower.

"Macam awak," balas budak lelaki itu dengan ringkas.

Flower tersenyum sahaja. Budak lelaki tersebut segera mengambil bukunya dan melihat jam tangannya.

"Ah, oppa dah terlambat ni. Oppa kena pergi dulu." pinta budak lelaki itu.

"Kenapa?" tanya Flower.

"Nanti pemandu dan noona oppa cari. Ah, simpanlah keronsang tu. Oh lupa,awak boleh berjumpa dengan oppa lagi kalau awak jadi flower girl untuk apa apa majlis perkahwinan yang melibatkan Daisy imo (aunt) okay.Oppa akan sentiasa cari awak nanti " jelas budak lelaki tersebut berlalu pergi.

Daisy imo merupakan ibu kepada Min unni.Dia merupakan adik kepada ayah Flower. Daisy imo merupakan seorang wedding planner.

"Eh, siapa nama oppa,"

Persoalan itu masih terjawab sehingga kini. Selepas kejadian tersebut, Flower telah berhijrah ke Amerika bersama keluarganya. Oleh kerana tidak tahu akan nama oppa yang selamatkannya, dia menjadikan hal itu sebagai rahsia dalam hidupnya.

bersambung.

han


CAST

Flower: Kim So Eun
Tiffany: Sooyoung SNSD
Aiden: Donghae SUJU
Hyuk oppa: Siwon SUJU
Min Unni: Kim Jung Eun

6 comments:

kimyana said...

alaaaaa.cept la yg seterusnya..x saba nak dgr
ari isnin da nak berangkat..mana sempat!!waaaaaaaaaaa

cik hani zain said...

wah~
hero dh nk mncul!
xsbr nk tnggu han smbung~ =)

han eba said...

kim: sabarlah~~ HAHAHA. bair kau tadapat baca. AHHAHA

han eba said...

hani: HHEHEHEHE

farah fishy said...

wat sendirik ke fanfic ni..perghh

i like...hehehe

mannaseo bangapseumnida!!

han eba said...

oh, an nyeong ^^ mestilah buat sendiri. HAAHHA ^^