Tuesday, September 21, 2010

Flower Girl Part 5


Hari ini, Flower tidak tahu kenapa dia begitu teruja untuk ke kolej. Hatinya berbunga riang. Mungkin kerana pada esok hari, impiannya untuk menjadi flower girl akan tercapai.

"Aihh, berseri seri nampak? "usik Tiff
"Orang nak gembira pun salah ke Cik Tiff oi." balas Flower.
"So apa you nak buat kalau you jumpa dia esok?" tanya Tiff.

Flower terdiam seketika. Mungkinkah oppa yang menyelamatkannya akan bertemu dengannya esok? Flower mengeluh.

"Dah dah, pagi pagi dah mengeluh, buat I tak ada mood je nak pergi kelas," suara Tiff pabila mendengar keluhan Flower.

"Eh, sejak bila you dah pandai pergi kelas ha? Ha, ni mesti Aiden sunbae punya kerja kan? " teka Flower.

Entah sejak bila, Tiffany semakin rajin ke kelas. Al maklumlah, kekasih hati emas intan payungnya itu merupakan sunbae yang bijak lagi hebat. Kalau nak jadi perfect couple, mestilah dia pun kena macam kekasihnya juga, betul tak?

"Demi Aiden oppa, I sanggup redah lautan api sekalipun. " ujar Tiffany beserta gayanya yang gedik.

" Dah lambat ni, jom lah ke kelas." ajak Flower sambil tersenyum melihat gelagat rakannya.

..............................................................................................................

"Okay kelas, terima kasih hadir kuliah saya, kita jumpa dalam kuliah seterusnya. Pastikan anda semua buat revision dengan baik, dan jangan main main. Nanti fail subject ni, baru tahu," ucap Prof Kim sebelum mengakhiri sesi kuliahnya.

"Oh terlupa saya, Flower, saya nak jumpa awak selepas ni, ada benda nak bincang. Yang lain, boleh beredar." kata Prof Kim tanpa menghiraukan pandangan pelajar lain.

Gosip mengenainya menghantar Flower pulang telah tersebar dan semestinya satu kuliah tahu tentang hal ini. Bukan itu sahaja, keramahan yang ditunjukkan Prof Kim kepada Flower mula menyebabkan pelajar lain rasa menyampah dengan Flower kerana mendapat layanan yang sebegitu baik daripada seorang professor yang kacak.

"Errrr, ada apa prof?" tanya Flower.
" Prof, lain kali janganlah pakai bagitahu je dekat satu kuliah yang prof nak jumpa Flower," Tiff bersuara.

"Kenapa?" tanya Prof Kim yang tidak mengerti dengan kata kata Tiffany.

"Prof kan ada rupa, bijak, kacak, lepas tu cara layanan prof dekat Flower kan lain sikit, nanti student lain fikir apa pulak,"

Selamba sahaja Tiffany berkata tanpa menyedari yang wajah Flower sudah menjadi merah.

"Oh baik, lain kali saya tak buat, "balas Prof Kim yang menyedari tindak tanduknya itu akan mencetuskan gosip liar.

"Ada apa prof nak jumpa saya? " tanya Flower buat kedua kalinya.
" Oh, esok awak akan ke majlis Min unni dan Hyuk oppa, betul tak?"

Flower terkejut dengan apa yang diluahkan oleh Prof Kim. Bagaimana dia tahu?

"Ah, macam mana prof tahu?" tanya Flower.
" Hyuk oppa kamu tu kawan saya masa kecil, saya baru sahaja berjumpa dengannya semula. Dan bila dia tahu saya mengajar di sini, dia cepat cepat bagitahu bahawa awak sepupu bakal isterinya. Jadi, mestilah awak akan hadiri majlis tu kan?" terang Prof Kim.

Tiba tiba, Tiff menyampuk perbualan mereka.

"Keciknya dunia ni, err, prof, Flower,I mintak diri dulu. Sunbae dah tunggu I ni. " ujar Tiff dengan wajah riang.

"Ah, jangan balik lewat," nasihat Flower.

"Okay!"

Tiff meninggalkan Prof Kim dan juga Flower berdua-duaan. Kemudian,mereka berjalan beriringan menuju ke kafe.

"Awak tak ada ke kekasih macam si Tiffany tu?" tanya Prof Kim sambil menyedut minumannya.
"Tak ada, saya bukan macam dia. Saya tak jumpa lagi, " ujar Flower sambil menahan rasa malu untuk menjawab soalan yang baginya tak sesuai ditanyakan oleh seorang professor kepadanya.

"Saya tak sabar nak tengok awak jadi flower girl esok," ujar Prof Kim.

Flower sedikit terkejut dengan apa yang dinyatakan oleh Prof Kim. Kenapa dia tak sabar?

"Kenapa pulak prof tak sabar?" tanya Flower, cuba memberanikan diri.

"Sebab saya sukakan seorang flower girl ni. comel sangat. tapi saya hanya jumpa dia sekali je. Lepas tu, saya dah tak pernah jumpa dia dah. Mungkin, dia cinta pertama saya." terang Prof Kim malu malu.

Terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Prof Kim, lantas Flower mula bertanya soalan.

"Prof jumpa dia masa bila?" tanya Flower.
" Majlis perkahwinan la. Dia jadi flower girl. masa tu, saya ni budak jugak, dia pun. tapi saya suka bila tengok muka dia, manis je. dan yang paling saya ingat, saya ada beri dia......"

belum sempat Prof Kim menghabiskan kata kata nya, dia dikejutkan dengan bunyi telefonnya. Dia segera menjawabnya.

"Bagi apa..."ngumam Flower seorang diri.

Fikirannya ligat memikirkan kemungkinan Kim adalah oppa tersebut. Tapi, benda ni macam sukar dipercayai. Kenapa dia tak sedar selama ni yang lelaki yang dicarinya ada sentiasa di sisinya?

"Tak mungkin, tak mungkin prof orangya.." Flower bermonolog sendirian.
"Alamak Flower, saya kena pergi dahulu. Kakak saya dah call ni, suruh balik. Kita jumpa esok sahajalah, " ujar Prof Kim.

Flower hanya mengangguk,. Fikirannya bercelaru. Tak mungkin, tak mungkin! Prof Kim pun ada kakak? Dia teringat pada kata kata oppa yang menyelamatkannya dahulu;

"Nanti pemandu dan noona oppa cari. Ah, simpanlah keronsang tu. Oh lupa,awak boleh berjumpa dengan oppa lagi kalau awak jadi flower girl untuk apa apa majlis perkahwinan yang melibatkan Daisy imo (aunt) okay.Oppa akan sentiasa cari awak nanti "


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aiden: You, kenapa you tak nak jadi Flower girl macam Flower?
Tiffany: Kenapa, you nak I jadi ke?
Aiden: Tak, mesti comel kalau you jadi. Ha, cakap pasal flower girl, saya ada benda nak cerita.
Tiffany: Apa dia? Macam menarik je.
Aiden:Ni kisah abang saudara I la.
Tiffany: Apa dia?

Tiffany hanya mendiamkan diri sahaja selepas mendengar cerita Aiden. Dia mula mengesyaki sesuatu.

"Tak kan lah, sepupu Aiden ni, lelaki yang Flower cari selama ni?" getus hati Tiffany.

bersambung....

CAST


Flower: Kim So Eun
Tiffany:
Sooyoung SNSD
Aiden: Lee Donghae SUJU
Kim: Jaejoong TVXQ

4 comments:

sakuranchOvy said...

eeiishhhh !
hmpir2 nk tau rahsia
suspender gile
hishhh2~ aigoo~
hahahha

xsbr tggu pt6 =]

han eba said...

yeahhhhh

kimyana said...

weh,part yg sblum flower girl kat mana weh??

han eba said...

kau tekan ah fanfic tu. yang file under.