Sunday, November 28, 2010

aiseyh


apakah ini? entry bahasa melayu kah?
kalau ye kau nak buat apa? campak Han dalam longkang, atau lebih hebat lagi mungkin membaling Han sampai langit ke tujuh kemudian biar tercampak ke negara Afrika? Oh jangan, saya orang MALAYSIA. bahasa rasmi negara saya BAHASA MELAYU.

okay, sebelum mengarut dengan falsafah yang sampah ni, baik Han menaip terus perkembangan terbaru. acecece, macam berita la pulaks. okay cik Han, lupekan sahaja niat anda ingin terjun ke dalam bidang penyiaran, anda telah di pangkah awal awal lagi oleh ayah kau. aigoo. mungkin, takdir kata, anda jadi doktor, ah amik kau, jadilah kau doktor. tak ape tak apa, kalau eden dipaksa jugak belajar doktor, fine eden terima, eden nak buat macam mana, bukannya eden tak nak pertahan diri, dah pertahan diri dah, dah tahu dah kebolehan diri tu tahap ikan yu je, tapi memang terpaksa nak buat macam mana lagi? meranalah diri~ Oh hoi!

okay, semester dua ni kelihatan agak sukar, kelihatan sahaja. rasa pulak, adelah sikit. HAHA. ujian tu, ujian. bersabarnya Cik Han kesayangan Lee Donghae. HAHA.okay, jangan lah jealous, dia memang sayang Han ni lebih, nak buat macam mana, HAHAHA. berangan lah kau. tengok, angan angan kau, memang lah sepanjang masa, tapi kau tak direstu jugak nak jadi penulis, terima je la. HAHAHA. oh dunia!

okay, sambung balik pada semester 2, well, semua macam terkejut Han dah macam lain, HAHA. amik kau, impression yang hebat superb eden bagi. kat budak tu pulak, seems tade effect, ah lantak kau lah,yang penting, apa kau tahu, eden tahu. HAHAHA. kau ingat hebat sangat ke gelakkan orang? HAHA. sarcastic konon sekarang, weyh, tak lawak weyh, memang superB tak lawak! semua orang pun tahu, tak lawak. HAHA.

mereka semua ingat saya sudah mempunyai BF, haha. bilakah? hanya kerana cincin itu dan sedikit perubahan yang Han tunjukkan? oh tidaaak. tidak sama sekali. well, kesukaran menjengah di sem 2 ni bila mana lecturer cina untuk subject maths tu dah kembali. Ah hai, dia ajar trigo pulak tu, mau mati eden. Kenapa bukan madam yang ajar kami T.T lecturer tu ajar laju. kembalikan madam! T.T sedih betul. agaknya, dia ingat semua dalam kuliah tu, add math dapat A+++++ ke? aissh. sukar sukar. mungkin madam kembali untuk chapter 3? hmmm. mungkin.


oh, ada lagi, aissh. well, Han yang kacak ni, yang kacak ni dan yang kacak ni, mendapat ujian sekali laaaagi apabila kene siapkan english project. hehehe.dalam masa seminggu, bertungkus lumus menyiapkan nya dan semua tutorial tak buat:) well, itu baru satu, ada lagi satu project. tapi alhamdulillah presentation tu dah selesai dan madam english kami yang agak cerewet tu, sangat sukakan kami punya presentation. wahahaha. "this is what I want, exactly" hahaha. bangga *di udara kejap*

dan, sekarang masalah ATM. saya mahu keluar duit, tapi ATM sakit. jadi, dia dapat MC buat beberapa hari. ganas benar budak budak kat sini, atau kaya sangat bebudak kat sini, sampai nak keluar duit sepanjang masa. atau sengkek, sebab tu keluarkan duit? entah lah. oh elaun, bila kau nak sampai kepadaku, biarku rasmikan dirimu dengan polaroid. HAHAHAHA. oh kau, guna duit elaun pulak nak beli polaroid.eh hello, I guna duit yang I nak beli polaroid tu untuk belanja bulan ni tau sebab elaun tak masuk lagi, sesuka je cakap eden menyalah gunakan wang simpanan eden. hesssyh. yelah, malas lah pulak nak mintak mak ayah, dah betul betul sengkek tahap petala kelapan macam ni pun, masih tanak mintak mak ayah duit. Han hanya ada RM 3 di dalam tangan, untuk dibelanjakan. tahu tak? Ini semua kerana ATM tu, aiseyh, macam mana nak hidup. maka, berdansalah teh dan juga biskut. itu je makanan buat masa ni. entah bilalah dia nak elok, haissh. usah risaukan saya, I'm strong enuff :)


ah hai, result keluar 30 november ni, entah apa lah yang eden dapat. malas nak ambik kira, yang dah lepas lepas. kalau sebab pointer ni tak boleh mohon perubatan, nasib lah. pointer sikit, ada hati nak mohon perubatan? HAHAHA. memang sah gila. ala, tengoklah, kalau pointer tu tak layak, maka tak layak lah. kalau layak, dan Allah kata LAYAK, maka layaklah saya. saya dah redha dah sampai diri sendiri pun tak tahu nak jadi apa. aduhai. yang paling terasa pedas tak macam asam pedas nya ialah bila semua jumpa mesti cakap " awak sesuai jadi doktor" "saya nak awak jadi doktor" dan main kuiz pun " your profession is a doctor" amik kau, semua nak cakap suruh eden jadi doktor. bukan tu je, roomate bagi pinjam novel pun, bagi yang heroin dia pelajar perubatan, YA ALLAH, adakah ini petunjuk mu? Aku masih tak mengerti ya Allah. kau tunjukkanlah pada ku, jalan yang benar, yang mana satu hala tujuku. jangan biarkan aku berteka teki dengan petunjukmu ya Allah.

dan buat semua rerakan ku tak kira di mana jua anda berada, terutamanya yang selonggok dekat KEDAH tu (hazye, athirah, sha, nadira, hazyrah) , belajak leklok eh, jangan memalas *patut cakap pada diri sendiri* dan sekor yang dekat KMNS tu ( hahaha, gurau nyaaah) jangan asyik bersuperjunior je *patut cakap pada diri juga* belajar leklok.lepas tu, hang pilih lah, nak amik matematik ke, farmasi ke, suke hang la.


dan saya, han eba kacak superB kemilikan donghae, dengan rasminya memilih untuk menjadi doktor. tak kisahlah doktor gigi ke *bekerja bersama mama* atau doktor perubatan *melibatkan diri bersama ayah*, yang pentingnya DOKTOR. hahaha. macam taksub la pulak, HAHAHA. tapi saya masih mahu menjadi penulis. HAHA. jangan halang tau. HAHA. haru betul lah minah sekor ni.

baiklah, biar saya akhiri entri ni dengan hadis. benda ni jumpa dalam diari tahun 2011 yang si shinyi bagi *awal nya kau bagi diari*

"doa seseorang itu akan selalu dikabulkan selama ia tidak terburu buru, dimana ia mengucapkan "saya telah berdoa kepada Tuhan, tetapi TUHAN tidak memperkenankan doa saya" (Bukhari & Muslim)

han

No comments: