Friday, November 5, 2010

Flower Girl Part 6


"Ah, Tiff, you dah balik. Kenapa muka pucat?" soal Flower

"I ada something nak bagitahu you." jelas Tiffany.

"I pun. OMG, Tiff, I rasa I dah jumpa oppa tu." ujar Flower dengan wajah yang risau.

"Maksud you?"

"Kim oppa, dia lah oppa tu." jelas Flower lagi

"Ha? You biar betul? Tak mungkin lah." Tiffany terkejut dengan apa yang Flower katakan.

"Ye, dia siap cakap lagi tadi, dia tak sabar nak tengok I jadi flower girl esok."

"Macam mana you syak yang oppa tu dia?" soal Tiffany, meminta sedikit penjelasan.

Flower menceritakan segalanya, apa yang dia bualkan bersama Prof Kim petang tersebut. Dari hal Prof Kim mempunyai kakak sehinggalah kisah Prof Kim bertemu dengan flower girl ketika masih kecil. Segala yang berkaitan dengan kisahnya juga dikaitkan.

"Wah,dah jumpa!" luah Tiffany kegembiraan

"Itulah, tapi I macam tak rasa oppa tu dia, sebab I tak rasa bende yang I rasa masa I jumpa oppa tu first time dulu" ujar Flower berusaha menidakkan apa yang difikirkannya.

"Sebab dah lama tak jumpe kot?"

"I tak rasa macam tu la Tiff"

"Mungkin dia bukan oppa tu. Tapi cerita You macam memang dia oppa tu."

"Apa I nak buat ni? Macam mana kalau salah orang?" hati Flower mula gelisah.

"Tak apa, esok kita akan tahu benda yang sebenarnya. Eh, pergi tidur la. Flower girl kene comel dan berseri seri jugak esok." kacau Tiffany yang mulai risau dengan Flower.

"Tadi you cakap nak cerita something kan?" soal Flower

"Ah?"

"Tadi you cakap ada... "
"Oh, I datang dengan Aiden esok. Hehe."

Tiffany tidak jadi mengungkit kisah abang saudara Aiden di hadapan Flower memandangkan Flower telah mula syak yang Prof Kim itu adalah orang yang dicari-carinya selama ini. Mungkin, cerita Aiden keebtulan sahaja.

Pagi..

"Tiff, Aiden dah sampai~" jerit Flower
"Okay, jom pergi dengan I." Tiffany mengajak Flower pergi bersamanya
"It's okay. I nak pergi ambik barang kejap lagi. I pergi naik cab je."
"Tak takut lambat ke?"
"Tak, I dah cakap dengan Min unni. lagipun majlis start pukul 2 petang. so I ada banyak masa lagi. you tu, Aiden sunbae kan nak bawak you pergi touch up semua, cepat pergi."
"Baru nak suruh you pilihkan gaun . Oh sedih." Tiffany menunjukkan muka sedihnya kepada Flower
"Jangan lah macam tu, kan Aiden sunbae ada." sambil mencubit pipi Tiffany.
"saja je I nak mengada ngada dengan you. HAHA."
"Dah ade boyfriend pun nak mengada ngada dengan I lagi, please~" gurau Flower
"Okay, I pergi dulu. See you soon."
" Bye."

Flower menaiki teksi untuk ke shopping mall. dia ke sana untuk mencari hadiah buat Min unni. Kerana terlalu sibuk dengan kelas, dia masih tidak sempat membeli hadiah untuk kakak sepupunya itu.

"Nak beli apa ye?" ngumam Flower seorang diri.

Tiba tiba, badannya dilanggar oleh sesuatu. Flower jatuh terduduk.

"Oops Cik, sorry saya tak sengaja" ujar satu suara.
" Ouch,"
"Biar saya tolong Cik bangun," ujar suara tersebut lagi.

Kelihatan seorang pemuda, berdiri betul betul di hadapan Flower. Dia menghulurkan tangannya.

"Terima kasih," ujar Flower sambil berusaha bangun dengan bantuan tangan pemuda tersebut.

" Cik tak apa apa?" tanya pemuda tersebut.

"Oh, tak. It's okay" balas Flower.

Tiba tiba;

"Eh, awak lelaki yang dalam bas hari tu kan?" soal Flower.

Pemuda tersebut mengukir senyuman.

"Oh ye, saya masih ingat.Nama saya Darius," ujar pemuda tersebut.

"Nama saya Flower,"

"Awak buat apa dekat sini?" soal Darius.

"Saya cari barang. Awak?"

"Saya cari hadiah untuk perkahwinan kawan saya," ujar Darius.

"Oh, kalau macam tu, teruskan mencari, saya pun ada banyak benda nak cari ni,"

"Okay, jumpa nanti," ujar lelaki tersebut sambil berlalu pergi.

"Ah, okay." Flower membiarkan lelaki tersebut berlalu.


10 minit kemudian,

"Jumpa nanti? Apa maksud mamat tu?" ngumam Flower dengan riak wajah terkejut.

Di majlis perkahwinan;

"Min unni, lawanya. Ya~ memang cantik sangat." puji Flower

"Ish, seganlah Flower ni," balas Min unni malu malu.

"Ah, Flower, dekat sini awak rupanya," Tiffany akhirnya berjumpa juga dengan Flower.

"Mana Aiden sunbae?" tanya Flower.

"Dia bersembang dengan abang saudara dia dekat depan sana,eh, comelnya you," puji Tiffany

"Betul, Min unni setuju. Wah, dah agak lama tak tengok Flower pakai baju ni," kata Min unni yang bersetuju dengan kata kata Tiffany.

"Flower," panggil satu suara.

Flower segera berpaling tatkala terdengar suara tersebut. Suara yang amat dikenalinya.

"Ah, you, buat apa dekat sini?" tanya Min unni apabila terlihat Hyuk oppa bersama seseorang.

"Eh, pengantin lelaki mana boleh datang sini la, Hyuk oppa," Flower bersuara.

Walaupun begitu, Flower berasa tidak selesa kerana kehadiran Prof Kim yang datang ke bilik persiapan bersama Hyuk oppa.

"Ini ha, prof. kamu ni, nak sangat jumpa kamu dengan tengok bakal isteri oppa, sebab tu la." jelas Hyuk oppa yang mula segan dengan tindakannya masuk ke bilik persiapan bakal isterinya.

"Hyuk oppa, handsomenya oppa hari ini, " puji Tiffany.

"Bukan memang selalu je ke handsome," Hyuk memuji dirinya.

"Ei, puji diri sendiri," Min unni mencelah.

"Ala, bakal suami you jugak," balas Hyuk oppa sambil ketawa.

"Er, siapa tu?" Min unni sedar akan kehadiran Prof Kim.

"Oh, ni kawan sekolah I. I baru jumpa dia hari tu. Dia ni prof kepada Tiff dan Flower," jelas Hyuk.

"Ah, nama saya Kim. Oh, tahniah ye sebab dapat suami yang baik macam Hyuk ni," Prof Kim bersuara.

"Eh, dekat sini rupanya pengantin lelaki. Cepat, majlis nak start dah," Daisy imo, ibu kepada Min unni segera memanggil pengantin lelaki supaya bersiap sedia.

"Baik," balas Hyuk ringkas.

"Em, I keluar dulu ye unni, Aiden sunbae dekat luar, Flower, I pergi dulu," Tiff meminta diri.

"Okay," balas Flower.

"Min, you nampak cantik," puji Hyuk.

"Ei, seganlah. Cepat keluar, nanti omma marah pulak," balas Min unni dengan wajah kemerahan sambil menolak perlahan Hyuk keluar dari bilik.

Akhirnya majlis perkahwinan tersebut selesai. Flower berasa sangat gembira kerana impiannya tercapai cuma dia kena pastikan sama ada Prof Kim adalah oppa itu, atau tidak. Dia mula risau, Prof Kim atau lebih senang dipanggil Kim oppa tidak ingat bahawa dia lah budak kecil tersebut. Budak perempuan yang menjadi flower girl tersebut.

"Cik Flower," panggil satu suara.

Flower berpaling. Kelihatan Darius di belakangnya. Flower terkejut.

"Eh, Darius, kenapa awak ada dekat sini? " tanya Flower.

"Ah, sebab ni perkahwinan anak Daisy imo, so memang saya datang. Saya dah lama kenal Daisy imo. Oh, awak datang sorang? "tanya Darius.

"Em, awak datang sorang?" tanya Flower.

"Tak, saya datang dengan adik saya," balas Darius.

"Macam mana awak tahu awak akan jumpa saya dekat sini sebab tadi awak cakap..."

"Sebab saya nampak tag yang awak letak kat bag awak masa awak jatuh tadi, itu yang saya cakap macam tu"

"Ouh.."

Flower terlihat kelibat Prof Kim.

"Darius, saya pergi dulu lah, ada hal. Nnati kita borak lagi," kata Flower.

Darius hanya tersenyum dan mengangguk. Flower segera mendapatkan Prof Kim.

"Er, Prof, saya ada benda nak cakap sikit," Flower memulakan perbualan.

"Ada apa? Wah, saya seronok tengok kamu jadi flower girl hari ini," ujar Prof Kim.

"Prof tak ingat saya ke?" Flower memberanikan diri.

"Apa kamu mengarut ni? Mestilah ingat, kamu kan dah macam adik saya,"

"Tak, maksud saya, flower girl yang prof katakan tu.."

"Kim oppa?" kedengaran satu suara.

Prof Kim berpaling dan kelihatan seorang gadis manis berdiri di hadapannya. Dia senyum kepada Prof Kim dengan manis sekali.

"Siapa awak?" tanya Prof Kim sambil membalas senyuman gadis tersebut.

bersambung...

Cast
Flower: Kim So Eun
Tiffany:
Sooyoung SNSD
Aiden: Lee Donghae SUJU
Kim: Jaejoong TVXQ

Hyuk oppa: Siwon SUJU
Min Unni: Kim Jung Eun
Darius: Kyuhyun

4 comments:

kimyana said...

ek eleh...buat aku konfius la...darius or prof kim??aigoo...

han eba said...

apehal kau konfius pulak? masalah betul

sakuranchOvy said...

aishh, smkin pelik crite ni
cepatcepatcepat ideaa =DD
x sbar tggu smbung =]

han eba said...

idea, datanglah. kau kuseeruuuu