Wednesday, January 19, 2011

Flower Girl Part 7


"Nampaknya, awak dah lupakan saya," balas gadis tersebut.

Kim oppa terpinga pinga.Gadis tersebut segera mengeluarkan keychain berbentuk hati dari tas tangannya.

"Ingat lagi?" soal gadis tersebut.

Kim oppa terdiam. Dia merenung keychain tersebut. Hatinya berdegup kencang. Entah kenapa matanya hanya tertaut pada wajah gadis tersebut. Nafasnya laju. Lidahnya kelu. Gadis comel di hadapannya tersenyum manis.

"Awak flower girl tu? " soal Kim oppa

Gadis tersebut senyum lalu mengangguk. Flower yang berada di situ hanya memerhatikan kisah yang tak pernah difahaminya. Apakah semua ini? Siapakah gadis ini? Dan keychain tersebut, apakah maknanya?

"Kim oppa, nama saya Irene." ucap gadis yang memeperkenalkan dirinya dengan nama Irene.

"Tak sangka kita bertemu dekat sini. Dah lama saya cari awak," Kim oppa memulakan bicara.

Flower yang tidak memahami apa apa terus mengikuti perbualan mereka berdua.

"Flower, ni lah flower girl yang oppa cerita dekat kamu tu. Tak sangka dia ada di sini. "

Kim oppa memperkenalkan Irene kepada Flower. Flower hanya tersenyum. Segala sangkaannya musnah. Ternyata Kim oppa bukanlah oppa yang dicarinya.

"Oh, tadi kamu ada benda nak cakap, apa dia? Cepatlah cakap, " ujar Kim oppa lagi.

"Oh, tak ada apa apa. Saya pergi dululah. Lupa pulak yang saya janji dengan Tiffany nak jumpa dia. Saya pergi dulu," ujar Flower berlalu pergi.

Hatinya remuk. Ternyata sangkaan nya salah. Kim oppa bukanlah orang yang dicarinya. Hatinya menangis kesedihan. Di manakah oppa tersebut? Berjayakah dia berjumpa dengan lelaki yang telah menyelamatkannya?

"You, betul ke Kim oppa orangnya?" tanya Tiff sebaik sahaja Flower melabuhkan punggung di sisinya.

Flower hanya menggeleng. Wajahnya sugul sahaja. Tiffany mula risau. Tak kanlah hari ini akan hancur? Hari yang dinanti nanti oleh Flower.

"Bukan dia. Bukan dia" air jernih mula mengalir keluar dari mata kecil Flower.
"Eh, jangan lah nangis, tak apa lah kalau bukan dia, mamat yang you cari tu mungkin ada dekat sini," ujar Tiffany cuba memujuk.

"Kalau dia ada, dia dah cari I dah.Keronsang ni kan petunjuknya," air mata terus mengalir tanpa henti.
"Eh, ni kenapa ni? "Tanya Aiden yang tiba tiba muncul.
"Oh, tak ada apa apalah sunbae. Biasalah masalah perempuan," Tiff menjawab persoalan yang dilontarkan Aiden.
" Tiff, I ada hal lah. I kene hantar kakak sepupu I balik. Adik dia ada hal, so tak boleh balik sekali,"
"Okay, tak kisah pun. I nak temankan budak ni ha,"
"Okay, I love you. Bye"
"Love you too,"

Tiffany merenung Flower. Impian kawannya musnah. Majlis hampir tamat, namun dia masih belum berjumpa dengan lelaki tersebut.

"Hai cik Flower," tegur satu suara

Flower mengangkat muka. Darius berada di hadapannya bersama senyuman. Flower segera mengelap air matanya.

"Oh, encik Darius. Ada apa ya?" tanya Flower.

Tiff terpinga pinga melihat perbualan antara lelaki yang diketahui namanya Darius dan juga Flower.

"Kenal ke diorang ni. Handsome jugak mamat ni" detik hati Tiffany

"Cik Flower kurang sihat ke?" tanya Darius apabila terlihat si Flower menangis sebentar tadi.

"Oh tak, saya tak ada apa apa," balas Flower.

"Oh, tak apalah kalau Cik Flower tak nak bagitahu. By the, way nice to meet you. Yang sebelah ni siapa namanya?"

"Tiffany," Tiffany membalas apabila dia disoal.

"Tiffany. Baiklah, saya balik dulu,"

Darius berlalu pergi. Flower hanya melihat kelibat Darius yang makin lama makin hilang dari pandangan. Ternyata, kalau hendak diteka Darius sebagai orangnya, tak mungkin. Sebab, kalau dialah oppa tu, dia mungkin dah sedar keronsang yang dipakainya. Hatinya hancur, bagai kaca terhempas ke batu. Satu hari yang indah, dah berlalu. Berlalu bersama impian yang hancur!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Lately ,I tengok kawan you tu muram je, kenapa? " tanya Aiden
"Tak ada apa apa lah you. Dia just ada problem sikit. Tu je, " balas Tiffany.

Ternyata, kata kata Tiffany hanyalah untuk mengelakkan pelbagai soalan yang akan ditanyakan buah hatinya itu. Sebenarnya, sudah 2 hari Flower tidak makan. Mujurlah sekarang cuti semester. Tidak perlu untuk keluar ke mana mana. Hanya duduk di dalam rumah. Sudah beberapa kali dia memberi peluang kepada Flower untuk ikutnya keluar berdating dengan Aiden, namun Flower kerap kali menolak. Menolak seboleh bolehnya. Dia yang kecewa dengan apa yang terjadi, masih lagi tidak mampu menahan air mata. Di manakah oppa tu? Hatinya sering tertanya tanya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seminggu kemudian.

"Min unni, Flower tak ada apa apa la, jangan risau," kata Flower ketika berbual dengan Min unni di dalam telefon.
"Mana boleh, cepat datang kedai imo, unni nak cakap sikit," tegas Min unni.
"Flower tak ada apa apa, betul," Flower cuba meyakinkan Min unni
"Tiffany dah cerita segalanya dekat unni, kamu jangan nak mengada ngada," Min unni terus meletakkan telefon

Luluh hati Flower apabila mengetahui yang Tiffanny menceritakan halnya kepada Min unni. Kenapa Tiff buat macam ni? Dia segera mengetuk pintu bilik Tiffany. Tiffany yang sedang sibuk mengemas baju, segera membuka pintu bilik.

"Kenapa you buat macam ni dekat I Tiff?" marah Flower

" Apa ni Flower?" Tiff tidak faham.

"You jangan buat buat tak tahu boleh tak? Apa you dah cakap dekat Min unni?" marah Flower lagi.

"I bagitahu apa yang betul je," rendah suara Tiff

"Eh, I percaya you, tapi apa you buat ni?"

"You ingat I sampai hati ke tengok you tak makan semua? Muka tu dah pucat semua..." luah Tiff.

" Kenapa you nak sibuk?"

"You tu kawan I. Kawan baik I."

"Kalau you kawan I, kenapa you bagitahu unni pasal ni, nak family unni risaukan I, " marah Flower dengan suara yang tinggi.

"Apa you merepek ni? Flower, tolonglah,kembalilah ke dunia you. Kalau you tak jumpa dia sekarang, maybe nanti."

"Apa you tahu? I bukan macam you. Boleh suka mana mana lelaki je. I bukan teruk macam tu."jerit Flower. Air matanya menitis

"You cakap I teruk?" air mata Tiffany mula berlinang.

"Ye, you teruk. You suka mainkan lelaki, you tak faham pun apa I rasa."

"Fine Flower, you yang terbaik. I ni tak ada apa apa kan? Dah puas hati? I dah salah dengan you, I bukan kawan yang baik. I teruk " Tiffany menghempaskan pintunya. Hatinya benar benar terluka.

Flower terduduk di hadapan pintu Tiffany sambil menangis. Badannya lemah, matanya tertutup. Gelap.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Flower membuka mata. Dia melihat keadaan sekeliling. Dia dapat melihat wajah Min unni dan Hyuk oppa di sisi.

"Dah bangun dah," ujar Min unni.

"Flower, dengar suara oppa tak?" soal Hyuk oppa

Flower sekadar mengangguk. Dia masih lemah.

"Apa nak jadi dengan kamu ni Flower. Mak kamu risaukan kamu. Imo pun. Unni lagi la," bebel Min unni.

"You, dia kan baru sedar, biar dia berehat," ujar Hyuk oppa.

2 hari kemudian;

Flower sudah boleh makan dan bersembang seperti biasa. Namun, wajahnya masih sugul. Dia menanti kedatangan Tiffany, namun hampa.

"Mungkin Tiffany marah dekat aku," detik hati Flower.

"Hey, Flower," sapa satu suara.

Kelihatan Aiden berdiri di depan wad Flower.

"Sunbae, "

"Tengok, siapa yang sunbae bawak.."
Flower terdiam seketika, dia merenung Tiffany yang berwajah sugul sedang berdiri di sisi Aiden. Dia segera turun dari katilnya. Merapati Tiffany yang telah dilukainya. Tangan Tiffany yang berada dalam genggaman Aiden, segera Aiden lepaskan. Membiarkan dua gadis ini bersendirian, Aiden tahu itu yang terbaik. Dia meninggalkan mereka.
Air mata Flower berlinangan. Tiffany hanya mendiam.

"Sorry," ujar Tiffany.

Flower merenung Tiffany. Air matanya mengalir deras. Kawan baik yang dilukainya bertul betul berada di hadapannya. Hanya kerana dia kecewa, dia telah menyakiti satu satunya kawan baik nya. Dia segera memeluk Tiffany.

"I'm sorry , I salah. Maafkan I," tangis Flower.
Tiffany membalas pelukan Flower. Dia juga turut menangis. Hatinya tak mampu terus membenci kawan baiknya itu. Dia sangat sayangkan Flower.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah keluar dari hospital, Flower bercadang untuk bekerja sementara. Maklumlah, tengah cuti semester. Memang harus dimanfaatkan dengan mencari wang. Flower bekerja di sebuah kafe berdekatan dengan kolejnya. Kafe milik kakak saudara Aiden itu sangat cantik dan mewah. Bukan itu sahaja, kafe tersebut amat laris.

"Latte satu,"pesan seorang pelanggan.
Flower mencatit apa yang dipinta oleh pelanggan.

"Itu sahaja ke? " tanya Flower lagi.

"Oh, saya nak awak jugak. Saya nak ajak awak pergi dating,"

Flower berhenti mencatit. Dia memandang wajah pelanggan nya. Mukanya merah. Darius berada di hadapannya.

"Encik Darius," terpacul kata kata tersebut dari mulut Flower.

"Hai Cik Flower, apa khabar? Sihat?" tanya Darius memulakan perbualan.

"Sihat. Eh, saya pergi ambil latte dulu. And one more thing, maaflah saya busy. Tak boleh nak keluar date dengan Encik Darius,lainlah kalau dah habis waktu kerja " ujar Flower sambil berseloroh dan berlalu pergi.
Darius tersenyum kecil. Dia mengangguk.Flower kembali membawa cawan berisi latte kepada Darius. Dia meletakkan cawan tersebut di atas meja Darius, dan kemudian berlalu pergi.
"Eh, dengar kata, hari ni boss nak turun, nak tengok kafe. Kau janganlah bersembang pulak dengan pelanggan tu," tegur Liya, rakan sekerja Flower.

"Oh, okay," balas Flower.

Sudah pukul 10 malam. Kafe hampir tutup, namun Darius masih belum berganjak. Dia sudah memesan 5 cawan latte dan 5 gelas air kosong. Flower tidak mengendahkan Darius pun. Dibiarkan sahaja Darius yang dari tadi asyik menaip sesuatu.

"Flower, kamu pergi kemas meja pengarah, I nak tutup semua suis. Kejap lagi balik lah pengarah tu,seharian dekat sini," arah Julie, supervisor kafe

"Pengarah? Mana? Tak nampak pun. Cik Danielle ada datang ke? Tak nampak pun?" Flower pelik.

"Oh lupa pulak saya, Cik Danielle memanglah tuan punya kedai, tapi tu ha, kat depan tu, Encik Darius tu lah pengarahnya. Adik Cik Danielle. Eh, cepatlah pergi kemas," jelas Julie.

Flower terdiam seketika. Darius pengarah kafe ni? Dia segera mendekati meja Darius dan mengemas.

'Macam mana, jadi tak?" tanya Darius

"Jadi apa?" Flower pelik

"Tadi awak kata, awak busy. Kalau nak ajak date, lepas kerja. Rasanya awak dah habis kerja kan?"

"Eh, saya main main je."

Darius bangun lalu mengambil dulang di tangan Flower. Dia meletakkan di atas meja. Flower terpinga pinga. Tangannya ditarik oleh Darius.

"Eh, apa ni Encik Darius," tanya Flower yang terkejut dengan tindakan Darius.

"Julieeee, saya bawak orang awak ni keluar. Dia terus balik. Tolong amik barang dia," ujar Darius dengan suara yang mesra

"Okay boss," balas Julie dengan senyuman.

"Hah, nak pergi mana?" Flower amat terkejut dan terpinga pinga

"Dating la, " balas Darius dengan senyuman.

'Haaaaa?"

"Awak mesti dating dengan orang yang dah selamatkan awak. Dah, jom pergi,"

"Apa ni?"

bersambung...

Cast;

Flower: Kim So Eun
Darius: Kyuhyun SUJU
Tiffany:
Sooyoung SNSD
Aiden: Lee Donghae SUJU
Kim: Jaejoong TVXQ
Min Unni: Kim Jung Eun
Hyuk Oppa: Eunhyuk SUJU
Irene: Yoon Eun Hye
Julie: Sohee WG
Liya: Park Shin Hye

4 comments:

kimyana said...

OMG!aku plak rasa nak tumnbang bc part ni!so sweet la..;))=))^.^

han eba said...

kau memang! -.-

nurul norman said...

OMAIGOAT~!! kyuhyun ke si darius 2
wHhoOoaa~ ssuai la =DDD

sukasukasuka ^.^
part8 =DDD

han eba said...

sabar la -.- hailaaaa