Saturday, January 22, 2011

Flower Girl Part 8


"Ha, ni kenapa muka marah semacam ni?" tanya Tiffany sejurus Flower pulang.

Flower hanya mendiamkan diri. Dia berkira kira sama ada mahu menceritakan apa yang berlaku atau tidak.

"Cik Flower, saya kan sedang bertanya," suara Tiffany lagi.

"I bengang ni," ujar Flower sambil meniup niup rambut yang tersusun rapi di dahinya.

"Eh, kalau you dah tiup tiup rambut dekat dahi tu, maknanya marah sangat ni," ujar Tiffany, faham dengan gaya Flower.

"Haissssh," Flower mengeluh.

"Apa jadi ni?" Tiffany mula tidak faham dengan apa yang Flower cuba sampaikan.

"Tak ada apa apa. I okay. Penat je." ujar Flower sambil berlalu pergi.

"Eh, budak ni, pelik semacam je," Tiffany mengumam seorang diri.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Morning," sapa Darius sejurus masuk ke dalam kafe.

"Morning boss," balas Julie.

"Morning," Liya pula menyapa.

Suasana sunyi seketika. Sepatutnya terdapat satu lagi suara membalas sapaan Darius. Darius semakin pelik. Dia memandang sekitar. Kelibat Flower tiada di situ.

"Mana Flower?" tanya Darius.

"Eh, manalah kami tahu. Malam tadi kan boss keluar dengan dia, " Liya menjawab soalan Darius.

"Hello, morning. Sorry lambat." Flower segera bersuara sebaik tiba di kafe.

Darius memandang Flower dengan senyuman. Flower hanya memandang wajah Darius dengan fikiran yang kosong. Tiada sebarang reaksi. Dia bergegas ke dapur, melakukan rutin hariannya, menyediakan Morning Coffee untuk pelanggan. Darius faham mengapa Flower bertindak begitu. Mungkin dia masih terkejut.

Flower tidak senang dengan kehadiran Darius di kafe. Dia terimbas peristiwa malam semalam, di mana dia di bawa makan malam di sebuah restoran di hotel. Dia amat terkejut.

"Encik Darius, kenapa bawak saya makan dekat sini," tanya Flower memulakan bicara.

"Oh, kan saya cakap, kita dating. Oh by the way, jangan panggil saya Encik lagi, panggil saya Darius oppa,"

"Eh, apa hal mamat ni," desis hati Flower.

"Mulai hari ni, anggaplah saya sebagai lelaki yang sukakan Cik Flower,"

"Apa maksud encik Darius?" tanya Flower yang semakin bingung dengan tindakan Darius.

"Eh, rasanya tadi aku dah cakap jelas dah, aku dah selamatkan dia, dia tak dengar ke," desis hati Darius.

"Encik Darius, saya tak faham dengan semua ni, kita baru je kenal, apa Encik Darius nak daripada saya," Flower memulakan bicara.

"Saya tak mungkin bercinta sekarang, saya tak bersedia," sambung Flower lagi.

Flower segera bangun dan berlalu pergi namun tangannya sempat dipegang oleh Darius.

"Hati awak ada orang lain ke?" tanya Darius dengan nada kecewa.

"Walaupun dia kecewakan saya, tapi saya harap dia akan muncul," balas Flower.

Flower berlalu pergi. Hatinya masih marah dengan tindakan Encik Darius yang tiba tiba sahaja mengheretnya ke restoran, kemudian mengarut, mengajak bercinta pula.Hatinya masih belum pulih dengan ketidak hadiran oppa tersebut, kini tambah lagi satu masalah, boss sebagai teman lelaki?

Darius pula begitu kecewa dengan apa yang terjadi.

"Dia mungkin dah ada orang lain, jadi dia tak kisah siapa aku, tapi kenapa dia pakai lagi keronsang rama rama tu lagi?" ngumam Darius yang pelik dan kecewa.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hey Flower, " sapa satu suara.

Lamunan Flower terhenti. Kelihatan Aiden sunbae dihadapannya.

"Eh sunbae, ada apa?" tanya Flower

"I datang makan je, ingat nak jumpa Darius hyung, tapi tak ada pula," keluh Aiden

"Tiff mana?" tanya Flower lagi.

"Dia kata dia ada hal dengan classmate dia," balas Aiden

"Itu mesti pergi jumpa Anna tu," Flower meneka

"Yes, dia ada mention that name tadi. By the way, I nak latte,"

"Oh, okay,"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Flower, you kena tolong I," rayu Tiffany.

Pagi pagi lagi Tiffany sudah membuat bising. Merayu rayu pada benda yang tak logik. Hari cuti Flower musnah dengan rayuan tak logik Tiffany.

"I tak nak lah, I bukan kenal pun kawan you tu," balas Flower,sambil menarik selimut.

"Tapi I dah janji dengan dia, I nak kenalkan you dengan dia, I janji, I ikut.Please~" pinta Tiffany bersungguh sungguh.

"Tak nak lah, I nak lepak dekat rumah hari ni, I penat,"

"Please, I dengan Aiden pun ada, tak tipu. Jom lah Flower."

"Tak nak, I penat Cik Tiff oii,"

"Sampai hati you buat I macam ni, betapa berusahanya I cari masa kawan I tu, tahu tak," luah Tiffany yang kecewa dengan tindakan Flower menolak pelawaannya.

Flower berasa serba salah. Dia berkira kira untuk pergi, namun dia mengalah. Dia segera bangun.

"I setuju, tapi kali ni je. Jangan pandai pandai buat blind date untuk I lagi, faham?"

"Okay darling," balas Tiffany yang begitu gembira apabila mendengar keputusan Flower.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Nama I Dennis, nice to meet you," ujar seorang lelaki berbadan tegap.

"Nama I Flower," ujar Flower.

"Comel nama tu, macam orang nya," puji Dennis

"Thanks,"

"Oh Dennis, ni boyfriend I, nama dia Aiden," Tiff memperkenalkan Aiden kepada Dennis

"Hai," sapa Dennis

"Hai," Aiden menyapanya semula.

Temu janji yang dijalankan di taman tema tentunya menyeronokkan. Tapi dengan orang yang betul, barulah seronok.

"I tak suka perempuan yang tengok drama , entah apa yang seronoknya." Dennis meluahkan pendapatnya.

Dari tadi, dia asyik menceritakan perihal dirinya. Flower pula hanya berdiam. Dalam hatinya menyumpah nyumpah Tiff dan Aiden yang meninggalkannya dengan Dennis.

"Oh Flower, you kena panggil I oppa sebab I lagi tua daripada you,"

Flower hanya tersenyum. Tak tahu topik apa yang sesuai dibincangkan dengan Dennis,seorang doktor di sebuah hospital yang agak popular dengan kepakaran doktor doktornya.

"You study apa ye?" soal Dennis

" Seni reka dalaman," jawab Flower, ringkas sahaja.

" Biasa je kos tu, tapi sesuailah untuk perempuan macam awak,"

Flower begitu terasa dengan kata kata DOKTOR HEBAT tu. Dah la tak suka perempuan yang tengok drama, lepas tu, cakap kos yang diambilnya biasa biasa.

"Maaflah, I tak sepandai oppa," Flower merendah diri

"Tak apa, itu tak jadi masalah. Yang penting, perempuan yang akan jadi wife I nanti, menepati citarasa I,"

"Oh,macam tu,"

"You ceritalah pasal diri you, lelaki macam mana yang you suka," pinta Dennis

"I tak tahu lah, I tak pernah berangan pun, tapi I suka Suju dan juga tonton drama,"

"Oh, you suka tonton drama? Kenapa semua perempuan gilakan SUJU dan drama?" ujar Dennis dengan nada yang agak menyindir.

"Macam jugak kenapa lelaki suka SNSD dan DOTA," balas Flower.

"I tak gilakan DOTA dan SNSD."

"Tapi I suka SUJU dan drama drama, macam mana yea?" Flower memberanikan diri meluahkan pendapat.

"Nampaknya I jumpa perempuan yang sangat biasa hari ni,bukan type I,kenapa lah Tiff kenalkan dekat I,"

Flower hanya diam. Kurang ajarkah dia menegakkan pendiriannya.

"Kalau macam tu, I tak mahu buang masa duduk dengan you, kita tak serasi, I tak perlu kenal you sangat, so, I banyak kerja, I nak balik," ujar Dennis denga sedikit kekecewaan

Dennis berlalu pergi meninggalkan Flower seorang diri di taman tema. Hati Flower saat itu sangat geram dan marah. Dia segera menghayunkan langkahnya keluar dari taman tema tersebut dan menuju ke perhentian bas. Dari tadi dia cuba mendail nombor Tiff, namun tak diangkat. Begitu juga Aiden sunbae.

'Siaplah korang," desis hati Flower.

Tiba tiba, sebuah kereta berhenti betul betul di hadapannya. Flower kehairanan.

"Eh, Flower, marilah naik dengan saya, dah mendung ni, hujan kejap lagi ni" pelawa Darius

Flower mula berbelah lagi. Kalau naik, nanti soalan mengarut ditanya, kalau tak, hari dah mendung. Nak hujan. Payung tak ada.

"Nak naik ke tak ni, " desis hati Flower.

bersambung

CAST

Flower: Kim So Eun
Darius: Kyuhyun SUJU
Tiffany: Sooyoung SNSD
Aiden: Donghae SUJU
Anna:Kim Tae Hee

Julie: Sohee WG
Liya: Park Shin Hye

Dennis: Junhyung BEAST

han

2 comments:

kimyana said...

wah~darius tumpangkan kete??wootttt3~~~~~

han eba said...

kau pulak teruja. mana kau tahu tumpang ke tak?LOL