Tuesday, January 18, 2011

tak puas hati



hello.

sebenarnya dah lama dah tak puas hati dengan sorang hamba Allah ni. tahulah pandai, hebat bestari dan terdidik dengan ajaran agama.almaklumlah, family dia jenis yang pandai mengasuh anak. okay fine.

tapi peliklah, Han rasa dia tak pernah sedar yang setiap kata- kata dia tu berbisa dan menusuk kalbu orang lain. bukan nak kata apa la, dah sempurna dah orang nya. pandai, boleh kata ada rupa jugak, loaded dan sebagainya, tapi ada satu je tak kena. satu benda. yang tak semua orang perasan, hanya certain people yang dia mungkin aim, atau dia berani nak tegur yang menyakitkan hati konon untuk menyedarkan orang sahaja akan terasa.

mungkin dia tak sedar kesilapan dia,sebab dia memang orang yang berkeyakinan. dan jarang sekali nak buat salah, tapi pelik pelik pelik, kenapa laaah apa yang dia buat tu hanya pada orang yang dia rasakan low tarafnya lebih tepat membawa maksud orang yang kurang keyakinan, kurang kepandaian, terlalu baik, bermulut negatif dan sebagainya? kan pelik? macam mana nak klasifikasikan dia? suka menunjuk - nunjuk dengan orang yang tak ada. dengan orang yang tak miliki bakat dan sebagainya. apakah semua ini?

tak faham diri dia yang sebenar. memang tak faham. entahlah. adakah sebab dia ingat semua orang diam, so dia betul. ingatkan tak cakap belakang, tapi cakap jugak, dalam dia. haiyaaa, tak faham. dengan certain orang, layanan dia bagus, contohnya dengan orang bijak bestari dan juga orang yang boleh kata nampak baik di mata dia. entahlah, manusia sekarang memang pelik. yang bestnya, dia memang susah nak terima pendapat orang lain, dan kekadang dia rasa diri dia hebat dan tak boleh tengok orang lain lebih sikit, dia akan jeles.entahlah.


bagi Han pulak, kita manusia boleh nilai dan tegur, tapi kalau nak tegur tu, berhemahlah sikit. kau belum jumpa orang yang nak lawan hujah kau, bila dah jumpa, mau kau terdiam.jangan fikir bila orang diam tu, maknanya orang takut dan setuju dengan kata kata kau. tak semua orang macam tu. dengan eden boleh lagi, kau boleh lukakan eden. tak kisahlah, kau nak cakap apa, eden nangis belakang je. tak akan sakitkan kau. sebab eden tak akan cakap kalau sedih ke marah dengan orang.

ingat, telajak perahu boleh berundur, telajak kata, badan binasa. dan jugak, tak perlulah nak cakap apa yang kau buat tu betul,padahal kat mata orang lain, tak. -.- memanglah eden tak kenal kau, memang! tapi eden boleh tahu kau orang macam mana. yang decide akhir sekali, tetap eden.

maaflah, cakap pasal kau dekat blog ni. bagi eden, kau memang dah terlalu baguus dan sempurna. cuma kadang kadang, kau tak sedar perbuatan kau tu teruk da tak elok. kau mesti tak nampak perbuatan kau tu teruk sebenarnya. entah berapa hati kau sakiti, tapi ALLAH masih bagi peluang dekat kau. tapi ingat, dosa kau pada orang lain tu, hanya orang tu aje yang boleh ampunkan.

han


p/s: hari ni mama Han akan jalani satu pembedahan. harap semuanya selamat . harap tak ada ape ape :)

No comments: