Tuesday, April 26, 2011

aku masih nak ke SuperShow 4,

so, apehal lak nak commit suicide. donghae kawin 5-6 kali pun aku tak akan commit suicide.

"why BH like that? I'm sad"

hal pasal berita harian, dah kecoh among peminat K-Pop. ingatkan dalam Malaysia aje kecohnya, sekali sampai forum forum lain yang agak popular tahu, aduhaaai, malunya Malaysia.

Kenapa kenapa kenapa, sesuatu yang sangat popular seringkali menjadi isu yang tak masuk akal. mungkin kita patut tengok balik kot statistik orang yang bunuh diri kat malaysia ni, sebab Kpop ke? Atau sebenarnya, mentaliti sesorang itu? Okay, Han tak nak lah cakap banyak sebenarnya, sebab isu ni pada awalnya isu kecik je, cuma jadi besar sebab tak ada siapa siapa keluarkan statement pasal artikel tu. sebab artikel itulah, sekarang orang yang tak minat k-pop dah pandang serong dekat kitorang yang minat kpop. hailaaa, apa sudah jadi?

takutnya kalau masuk Uni nanti, ade budak kata "weyh, kau jangan ada niat bunuh diri kalau Donghae kawin dengan orang lain," atau " kau ni obses sangat dengan artis korea,bahaya ni. baik aku jauhkan diri,'. ini hanya pandangan han. tapi, sebenarnya, benda ini berlaku dalam dunia realiti. seriuously.

bila cakap minat korea, ada yang rasa menyampah, sebab merata rata peminat Korea. ala, macam kalau kau tanya bebudak yang suka JB, merata rata pastu kau mesti kata, eii, apa je ade kat Beiber tu. Macam tu la en. ala, macam tak biasa pulak en.

"we love our Primadonnas"
salah satu petikan artikel;

Pensyarah Jabatan Media Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, berkata K-Pop digilai remaja kita kerana ketidakupayaan artis tempatan menempatkan diri sebagai ikon cemerlang dalam karya yang dipaparkan

**Han's view:

Han bukan nak kata apa la en, tapi part ini ada juga betulnya. Ada certain artis kita kureng, ada yang hebat. Walaupun Han minat Kpop, Han masih peminat Bunkface, Aizat, Anuar Zain, KRU dan sebagainya. Pelakon pun Han minat jugak, seriously, still minat.

Artikel ni pulak;

1

"Dari segi pengaruh negatif sosial, terlampau obses kepada artis boleh membawa pengaruh keganasan dan bunuh diri kerana artis Korea antara yang gemar bertindak radikal seperti itu, termasuk kes terbaru membabitkan pelakon drama popular Winter Sonata, Park Yong Ha yang menggantung diri.

2

Malah, Korea Selatan antara negara tertinggi di dunia mencatatkan kes bunuh diri antara 14 hingga 15 kes bagi setiap 100,00 penduduknya. Negara kita juga tidak terkecuali apabila statistik menunjukkan tujuh daripada setiap 100,00 penduduk Malaysia mati melalui cara itu dalam tempoh 15 tahun lalu.

3

Pengaruh hiburan Korea juga boleh menjadi punca keganasan jika mengambil kira laporan akhbar ini tahun lalu mengenai gadis 15 tahun mendakwa dirogol rakan bapanya selepas dia diumpan lelaki itu yang menawarkannya menonton filem terbaru Korea

**Han's view:

1. Okay, yang Park Yong Ha tu memang lah dia bunuh diri. Sebab stress. Han akui, kalau korea nun, memang ramai yang ikut, sebab diorang memang sangat sangat fanatik, but please ada ke laporan pasal peminat Kpop malaysia bunuh diri ikut Yong Ha? Hmm, rasa macam tak ada je.


2. Negara kita pun ada kes bunuh diri? Semua negara ada laa. Cuba bayangkan, itu 15 tahun dahulu. Masa itu ada Kpop ke? Tak en? Kalau ade pun, tak hit macam sekarang, so seperti tiada kaitan je. Memang kat korea nun, diorang memang trend pun, tapi bukan kat Malaysia okaay.

3. Filem terbaru Korea? Hmm, part ni bagi Han paling tak boleh blah. Pakcik tu yang gatal, pak cik tu, kenapa pulak filem terbaru Korea disalah kan? Tak faham betul la Han. Fine, sebab nak tengok punya pasal, dia kena rogol en, tapi kalau diteliti, apa sebabnya? decision dan kepercayaan puncanya kak oii. cuba kalau kau minat cite melayu, orang tu offer, pastu kena la macam kes budak ni, haa, masa tu kau nak kata filem melayu pulak ke?

"We know ELFs, you learnt a lot from us, stay strong,"

artikel ni pulak;

1. "Kebanyakan remaja tergila-gilakan artis Korea dan ini menimbulkan kebimbangan masyarakat, tambahan pula artis Korea sinonim dengan kes bunuh diri. Meskipun belum ada kes bunuh diri disebabkan pengaruh artis Korea di negara kita dilaporkan, ibu bapa perlu memantau anak kerana kes seperti ini sudah berlaku di luar negara,"

**Han's view:

okay, Prof ni sendiri cakap, "Meskipun belum ada kes bunuh diri disebabkan pengaruh artis Korea di negara kita dilaporkan" means belum ada, padahal Kpop dah boleh kata agak lama Hit la. cuma this year dengan last year menjadi jadi sebab ada konsert and all en.

2. Selain itu, katanya, promosi yang berlebihan mengenai artis Korea juga boleh mempengaruhi peminat ke arah pengaruh negatif seperti pembaziran apabila berbelanja tanpa had bagi mendapatkan koleksi berkaitan artis kesukaan, pergaulan bebas serta cara pemakaian kurang sopan.

**Han's view:

Ini memang lah tak dinafikan,Han akui, Han memang berbelanja besar la jugak nak dapat cd drama, album , konsert and bla bla bla, tapi at least Han tak guna duit tu beli dadah and benda benda tak elok. okay, sebab barang barang ni, certain fan yang kurang berkemampuan terpaksa cari jalan untuk dapatkan, tapi come on, in Korean drama, we learnt a lot, if you want something, try to get it, but in the right way. dalam variety show, melambak. bukan tu je, perjalanan jadi trainee oleh artis artis Korea pun, jadi contoh. mungkin ade certain fans je yang buat benda tak elok nak dapatkan collection collection tu, tapi yang taak buat hal, takan masuk jugak kot? Pemakaian kurang sopan? Penulis, fikir dahulu, sopan sangatkan pemakaian orang kat Malaysia ni? Semua yang tak sopan tu sebab Kpop ke? Even Kpop seksi, culture diorang lebih kurang kita je. Tengoklah, yang seksi seksi kena ban, anda tahu atau tidak? Hmmm

WG jjang

Han bukan nak cakap apalah, tapi kebanyakan akhbar dan majalah sekarang dah ada ruangan Kpop dan boleh kata ada je la berita pasal diorang, sebab Kpop jugak boleh kata majalah yang kita tak tahu, jadi popular. Sebab letak gambar artis Kpop dekat muka depanlah, majalah laris, perasan tak? Han bukannya nak cakap apa, tapi memang apa yang keluar dekat akhbar tu bikin kontroversi betul. Memang ramai yang marah, siap perli bagai dekat twitter, facebook semua. So berita harian, bila mahu bersuara? Sebab benda ni dah jadi meluas dah. Tak tahu nak cakap ape, tapi benda benda dekat internet ni, cepat aje sebar.

kepada peminat Kpop, sabar je lah. apa kite boleh buat, artikel tu dah diterbitkan pun. harap terus bersabar dan go on dengan kpop kite semua. yang penting, jangan terlalu lalai. ingat ingat sikit :) yang penting, SS4 akan diadakan tahun depan, based on ape yang diucapkan masa SS3, so jangan ada niat nak bunuh diri atau apa, sebab kite semua kena gather masa SS4 :) okay ^^

han


credit artikel: Berita Minggu Ahad 24/ April/ 2011.

4 comments:

aja ja said...

that professor whatsoever , he don't know what KPOP and KOREA is ! ;D .. suka bertindak tanpa usul periksa yang betol =.="

han eba said...

itulaaah. hesh. tapi pelik en, tetiba pasal KPOP je nk kecoh kecoh. bukan kite buat jenayah pun

nurul norman said...

artikel provide dgn evidence konon. tp x berkaitan lngsung artikel yg ditulis dgn bukti2 yg disertakan+statistik. entah apeape. sabo je lee sabo je lee~
huehueuhue

han eba said...

kite bako je. LOL