Friday, April 29, 2011

Donghae in Baju Melayu


HAHAHA, mimpi paling sweet yang Han ada bersama Donghae :)

Kalau selalunya Donghae sombong bagai dalam mimpi, tapi sebulan lepas, Han ada mimpi pasal dia, tapi sweet gila. HAHA.

AL KISAH..


ada satu konsert free, konsert KPOP. ramai sangat orang and konsert tu macam dalam stadium tau. sebab ramai sangat, so Han pun duduk la belakang belakang. al maklumlah, ramai artis Korea datang, so peminat konfem la banyak en. start start je, 4minute keluar and mereka betul betul dekat depan Han. means, Han tak duduk tepi sekali, Han duduk macam kerusi ke tiga dari tangga macam tu. tapi 4minute muncul dekat tangga tengah tengah tu. HAHA, tak sangka.

Lepas tu, Super Junior punya turn. tapi diorang muncul dekat pentas atas sana. sambil nyanyi nyanyi, diorang naik atas, lalu tangga. and Donghae lalu tangga Han. HAHAHAHA. dan yang paling tak boleh blah, setiap barang yang dia baling, boleh kata semua Han dapat. Dia macam baling dekat Han, macam tu la. lepas tu orang orang lain macam pelik, ape kehalnya budak ni dapat banyak barang. Han pun agak pelik masa tu , pastu Han cakap dengan Donghae in Korean, han tanya dia apa semua ni?

Lepas tu, dia macam terkejut lalu dia cakap Korean Han salah. lepas tu, Han pelik la, apa mamat ni. dia pun tetiba bagi kertas and pen, dan suruh tulis apa yang Han cakap tadi. Semua orang dekat situ pun bertambah pelik. Dia bukan nak nyanyi, nak cari pasal. KEKEKEKE. pastu Han tulis lah apa yang Han cakap tadi "apa semua ni" dalam hangeul, lalu dia tengok dan senyum. memang betul laaaa ejaan dan sebutan -.- sengaja je.


lepas tu konsert habis, Han tetiba ada dekat backstage dengan parents. lepas tu, Super Junior lalu betul betul depan Han! Tapi, Donghae je yang tak ada. So Han kata dekat parents, nanti tahan Donghae tau, nak tangkap gambar dengan dia, Han pun lepas cakap, segera ke tandas betulkan tudung :) masa Han dalam tandas uh, Han jenguk jenguk ke luar, sekali nampak dia tengah cakap dengan parents Han tapi di pakai baju melayu warna putih, pakai songkok, HANDSOME GILA. ahahahahahaha.

lepas Han keluar, parents Han kata dia dah tak ada. dia kena balik. van dia dah tunggu. diorang kena ke airport. rushing! so, Han sedih, cepat cepat lari keluar dari bahagian backstage tu dan pergi ke van tu. masa tu, ramai sangat peminat kerumun. Han nampak dia dalam van tu, dia pun nampak Han. dia senyum je. Lepas tu, Han jerit la nickname twitter Han. dia tak dapat tangkap sebab dia dalam van dan tak boleh keluar. so Han jerit dan jerit, "it's aigoohan, aigoohan" tapi, dia still tak dapat. T.T

sekali, ada satu lagi kereta park, IU pulak keluar, so semua peminat serbu kereta tu pulak. Yang van super junior dah start jalan, masa tu memang sedih gila so Han kejar la. tapi tetiba van tu berhenti, dan Hae bukak pintu, jenguk kan kepala dia keluar. Pastu Han cakap dekat dia, "twitter, aigoohan" then dia cakap Ok sambil senyum :) love love love.


lepas tu, Han cakap saranghae :) dan..... dia pun cakap, na do saranghae. AWWWWW ♥ then, dia lambai Han dan senyum. van tu pun pergi...

mimpi paling bahagia seantero mimpi. LOL.

bestnya. nak mimpi macam tu laagi :) kekekeke. tapi beberapa minggu lepas tu, jumpa Hae dalam mimpi sekali lagi, tapi dalam mimpi tu, dia jadi watak sampingan je, dia jadi penumpang LRT. hahha. hot gila. dengan glasses dia lagi. tapi dalam mimpi tu, dia sombong dan gatal. dia menggatal dengan seorang perempuan hot dalam LRT tu. tak boleh blaaah, buat aku ingat persembahan dia masa SS3 yang dengan perempuan tu je.

hehe. bahagia en :P

han

6 comments:

nurul norman said...

ape ni sweetsweet sgt mcm fanfic je. ni yg bwt kte jeles. keekkekeke =p =DD

terasa nk post psl mimpi kte dgn hyuk pulak. heehhehehehe =DDDD

han eba said...

LOL, I wanna read that. hahah

dah mimpi macam tu, nak buat cemana? lol

nurul norman said...

nnt ade mood kte tulis mimpi tu. muehehehhe~ exited terlebih. kkekekke

han eba said...

hehe, baik :)

airayaya said...

aiii bahagianya >.<

han eba said...

haruslah kan ;D hahahahaha