Saturday, May 14, 2011

aku nak bebel, kau duduk diam diam

aku bukak blog sana, tak update. blog sini tak update. memang bosan tahap maksima, bila hangpa nak update?

main facebook, layan junior yang nak masuk matrikulasi, macam macam soalan, aku bukan tak nak jawab, cuma penat.balik balik soalan sama, hoi aku dah terang sekali, cukup la.bukan aku je, senior lain pun. ada yang masih dalam dilemma memilih universiti sampai aku pun dilemma jugak. apakah aku mengarut ini?

lately entri banyak bahasa melayu, sebab diri ini,entah kenapa tiba tiba nak berbahasa melayu. sebab bahasa inggeris susah. LOL. orang duk sibuk sibuk nak perkasakan bahasa inggeris, aku pulak? HAMPEH.

entah, aku rasa diri ini kosong. hati jiwa raga, kosong. HAHA. banyak dosa ni. haila. aku tak tahu nak choose course apa la ni, dengan resultnya belum keluar, masa depan? hahaha, entah, aku dah biasa tak buat keputusan sendiri. hesy, nasib badan. hangpa kalau ada chance buat keputusan, buatlah. tak semua orang dapat buat keputusan sendiri. hehe.

kalau boleh diundurkan masa, nak je aku jadi rebellious awal awal dulu, amik course yang aku suka, tak payah la aku terkapai kapai hidup kat matrikulasi ni. subjek sains, matematik tak dilupakan, buat aku rasa nak gantung diri atas awan, tidur dan tidur sambil terbang terbang di awan. kejap, korang jangan salah faham, gantung diri di awan tu maksudnya, hidup bebas. choii , bukan bunuh diri. gila ke? benci tahap maksima dekat matematik, fakta aku sejak dari sekolah rendah. aku nak amik mass com T.T huhuhu. sedih


entahlah, macam mana nak decide masa depan ni? Hoi, impian aku nak ada family yang bahagia, dan anak anak kecil yang comel, itu hanyalah impian. kekeke. sebabnya, aku pun tak sure dengan apa yang akan terjadi. hanya Allah sahaja yang tahu. heiheihei.

ha ni, aku bebel jap. korang en, kalau nak belajar, jangan lah nak kedekut. jangan kedekut masa. tak kisah lah kena belajar berapa lama, terima je la. belajar ni satu benda yang baik. tak salah kalau kau kena asasi 2 tahun pun, kalau kau memang ada niat nak belajar dan jadi apa kau nak jadi, terus kan je lah. tak kira la, hang dapat matrikulasi padahal hang 10 A kawan hang pulak dapat asasi UITM padahal dia dapat 8 A je, lantak la. kau sambung je la study kat mana mana yang kau dapat. tak kisah. usaha dan niat tu penting. macam eden la. la ni baru nak sesal. dulu masuk matrikulasi, hati tu tak nak terbuka untuk matrikulasi ni ha, last last, result pun tak terbuka, tertutup je. kekekeke. lepas tu, duduk sibuk fikir nak belajar apa. HAHA, itulah. niat tu penting, niat.

hesy, aku rasa macam tak sedap hati la dengan result yang nak keluar ni. pening kepala aku. la ni, tengah tunggu super junior foresight loading. hehehe.

bye


han

No comments: