Tuesday, May 10, 2011

Flower Girl Part 9


"Tak apelah Encik Darius, saya balik naik bas je," balas Flower.

"Tapi hujan kejap lagi, kan saya dah kata, mendung," Darius berusaha mengajak Flower naik bersamanya.

Flower mula tidak selesa. Dia tahu, sepatutnya hubungannya dengan Darius tidak harus begini. Dia tidak selesa dengan Darius setelah Darius mengajaknya bercinta. Mana mungkin dia menggantikan oppa yang dinantinya dengan Darius. Lagipun, dia tidak mahu mempermainkan hati Darius. Dalam hatinya, hanya ada oppa yang pernah menyelamatkannya.

"Tak apa lah," balas Flower.

Dia segera menuju ke perhentian bas. Darius terdiam di dalam kereta. Dia hanya memerhatikan kelibat Flower di perhentian bas itu.

"Kenapa dia ni tak nak jalan?" desis hati Flower.

Bas yang ditunggu Flower akhirnya tiba. Flower segera menaikinya. Alangkah terkejutnya dia melihat Darius turut menaiki bas yang sama. Darius duduk di belakangnya. Flower hanya mendiamkan diri.

"Saya tahu saya salah. Saya tak patut ajak awak bercinta. Saya tak tahu pun awak dah ada orang yang awak suka. Saya cuma nak luahkan perasaan saya. Saya ingat awak akan gembira bila jumpa saya, tapi tak rupanya." Darius bersuara.

Flower hanya mendiamkan diri.

"Saya ingat awak akan rasa gembira jumpa saya, betul betul gembira, sebab dah jumpa penyelamat awak, mana tahu, anggapan saya salah. Jadi, saya cuma nak cakap, sayalah orang yang selamatkan awak tu, tapi tak sangka, awak tak perasan saya pun, dan lepas saya bagitahu pun, awak masih tolak cinta saya. Tapi tak apa lah, saya cuma nak kita macam dulu, boleh bertegur sapa," sambung Darius.

Flower masih membatu. Darius duduk di sebelah Flower sambil tersenyum.

"Tidur rupanya,"

10 minit kemudian, Flower terbangun. Dia melihat sekeliling. Kosong. Dia tidak berani melihat belakang, mungkin Darius masih di situ. Dia segera turun apabila bas tersebut berhenti. Dia sempat menoleh kebelakang, kosong. Tiada sesiapa. Darius sudah turun rupanya. Hatinya mula rasa bersalah, namun dipadamkan rasa bersalah tersebut.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Flower duduk dihadapan televisyen sambil menonton variety show, Strong Heart. Dia sukakan rancangan tersebut kerana rancangan tersebut sangat menarik. Tiba tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera mengangkat.

"Hello," sapa Flower.

"Hello Flower, ni Julie,"

"Ada apa Julie?"

"Esok saya tak dapat datang, saya cuti. Awak tolong buka kafe ye, awak ada kunci tak?' tanya Julie.

"Oh kejap, saya cuba check,"

Flower segara mengambil begnya dan membuka. Dia mencari cari kunci kafe.

"Ada Julie, esok saya buka kafe ye,"

"Thanks Flower, I love you,"

Perbualan mereka berakhir di situ sahaja. Flower mengemas beg nya semula. Tiba tiba satu kertas terjatuh keluar dari beg nya. Dia yang pelik dengan kehadiran kertas tersebut, segera memabca isi kandungan surat tersebut. Ringkas sahaja tulisannya.

Flower,

Masa saya tulis benda ni, awak sedang tidur di bahu saya, saya tahu, awak pasti tak percaya, tapi awak dah meragut kesucian bahu saya, HAHA. Saya bergurau sahaja. Maafkan saya sebab buat awak tak selesa di kafe dan saya tahu kehadiran saya buat awak tak senang. Jadi, maafkan saya. Saya nak pergi ke Amerika, sambung belajar.Anggaplah saya tak pernah muncul dalam hidup awak walaupun saya pernah sekali menjadi penyelamat awak. Bye.

Darius.

"Meragut kesucian bahu? Ada ke?Penyelamat? Lawaklah dia ni " Flower mengumam.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Morning Flower," sapa Cik Danielle, empunya kafe.

"Morning Cik Danielle. Nampak lainlah hari ini, ada apa apa ke?" tanya Flower.

'Darius nak ke Amerika hari ini. Itu yang saya pakai elok elok sikit. Hahaha. Tak lah, lepas hantar dia, saya ada majlis. Mana Liya?"

"Oh, dia amik syif petang hari ni,itu yang saya sorang tu,"

"Oh, okay. Buatkan saya Morning Coffee please," pinta Cik Danielle.

"Okay,"

Flower terus melayan pelanggan setelah menyediakan Morning Coffee untuk Cik Danielle.

"Flower, marilah bersembang dengan saya," ujar Cik Danielle.

"Lagipun, pelanggan dah tak ada dah ni, ini la masa saya boleh beramah mesra dengan pekerja saya," sambung Cik Danielle lagi.

Flower menurut kata boss nya yang comel dan baik itu.

"Pukul berapa flight Encik Darius, " terpacul kata kata itu daripada mulut Flower. Dia tidak pernah menyangka soalan tersebut akan keluar dari mulutnya.

"Pukul 4 petang. Itu yang saya ingat nak jenguk kafe dulu, lepas itu hantar dia dan ke majlis." terang Danielle.

"Oh, macam itu,"

"Awak rapat ke dengan girlfriend Aiden tu? Dengar dengar, awak kawan baik dia, betul ke? Baik tak orangnya?" soal Danielle.

" Ye, saya kawan rapat dia. Dia baik dan dia sangat suka dekat Aiden sunbae," balas Flower.

"Itulah, saya pun suka tengok mereka, comel je," balas Danielle.

"Cik Danielle bila lagi?" tanya Flower.

"Saya? Selagi si Darius tu tak kahwin, saya tak sampai hati nak kahwin. Dialah satu satunya keluarga saya." jelas Danielle.

Flower hanya tersenyum. Mungkinkah oppa yang ditunggunya telah berkahwin?

"Flower, awak tak ada teman lelaki ke? Saya dengar awak ada lelaki yang awak tunggu, betul ke?" tanya Danielle.

Flower hanya mengangguk. Dia mengukir senyuman. Hatinya sakit tiap kali diungkit kisah oppa tersebut. Di manakah oppa itu?

"Eh, awak ada keronsang rama rama tu? "soal Daniell sambil menunjuk ke arah keronsang yang dipakai Flower.

"Oh, ini. Ini pemberian kawan saya, dah lama dah," balas Flower sambil memegang keronsang tersebut.

"Dulu, saya pun ada keronsang macam ni. Sebijik. Masa tu, keronsang ni ada dua sahaja dalam negara. Yang saya punya, pemberian terakhir mama saya, tapi entah mana pula si Darius hilangkan. Masa itu, majlis perkahwinan pertama di handle oleh kawan mama, jadi saya wakilkan mama saya ke majlis tersbut.Kawan mama tu wedding planner dan yang pengantin pula, anak kawan papa. Jadi, kami berdua wakilkan parents kami yang dah pergi buat selamanya. Saya masih ingat, betapa cold nya sikap Darius. Dia tak suka ke majlis keraian waktu itu. Budak cerdik, biasalah. Membaca sepanjang masa." jelas Danielle.

Flower mula curiga. Dia mula syak, mungkin darius itulah oppa tersebut. Tapi, Darius tak pernah ungkitkan tentang hal ini pun.

"Boleh saya tahu, masa itu umur Encik Darius berapa tahun? " soal Flower, mmberanikan diri.

"Ermm, 11 rasanya. Sebab masa itu, dah setahun mama dan papa meninggal," balas Danielle.

"Oh, wedding planner tu siapa pulak?" tanya Flower.

"Erm, Daisy imo. Haha, hari itu, dia kahwinkan anak dia. Saya dan Aiden serta Darius datang. "

Flower mengenggam tangannya. Dia dapat rasakan, memang Darius lah oppa tersebut. tapi kenapa Darius tak pernah tanyakan dia perihal dahulu? Kenapa tak pernah beritahunya depan depan. Berterus terang?

"Erm, Cik Danielle, saya nak ke tandas, "pinta Flower.

"Oh, okay. Saya nak tunggu si Liya ni, " balas Cik Danielle, mengizikan.

Di dalam tandas, Flower menangis. Dia memegang keronsang tersebut. Dia mengimbas kaishnya dahulu.

"Kenapa Darius? Kenapa aku tak sedar? Kenapa? Memang dia, surat tu. Memang dia" tangis Flower.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Noona, datang seorang ke? " tanya Darius.

"Kamu ada nampak orang lain ke? " soal Cik Danielle.

"Oh, hari ini kafe macam mana?" soal Darius lagi, sambil menggaru kepala. Malu sebab tanya soalan bodoh.

"Julie mohon cuti, Liya ambil syif petang. Flower sahaja yang ada dekat kafe tu. Tadi masa noona keluar,Liya masuk. Adalah jugak si Flower tu teman. Kenapa? "

"Oh, tak ada apa apa, saja tanya,"

Di kafe

"Pergi, tak, pergi, tak " Flower bermain dengan akal.

"Apa aku patut buat? " ngumamnya.

Dia segera mencapai telefon bimbit dan mendail nombor Tiffany. Panggilannya dijawab.

"Tiff, I ada hal nak beritahu you ni," terjah Flower.

" Eh, ni Aiden la, kenapa ni Flower, suara semacam je," tanya Aiden yang terkejut dengan terjahan Flower.

"Oh sunbae, sorry. Mana Tiff, minta dia jawab telefon" pinta Flower.

"Kenapa Flower?" Tiffany segera menyoal.

Dia berhenti menyuap nasi ke mulut Aiden sunbae. Aiden hanya mendengar perbualan mereka.

"Apa?!!" Tiffany terkejut.

Tersembur nasi yang berada dalam mulut Aiden sunbae dek kerana terkejut dengan Tiffany yang tiba tiba sahaja meninggikan suara. Dan tentulah nasi tersebut, tersembur ke wajah Tiffany.

"Sorry," Aiden memohon maaf sambl tersengih.

Tiffany merenung Aiden sunbae seperti singa yang lapar.

"Okay, okay, you pergi. I cakap dengan Aiden suruh call dia, okay. Apa apa, call I," pinta Tiffany.

Flower segera bersiap lalu berlari keluar dari kafe. Dia segera menahan teksi dan segera ke lapangan terbang. Sementara itu, Aiden cuba mendail nombor Darius, namun gagal. Darius sudah menutup telefonnya.

Mungkinkah mereka berjumpa? Sempatkah Flower bertemu dengan oppanya?

bersambung..........

Cast

Flower: Kim So Eun
Darius: Kyuhyun SUJU
Tiffany: Sooyoung SNSD
Aiden: Donghae SUJU
Julie: Sohee WG
Liya: Park Shin Hye
Danielle: Ha Ji Won

6 comments:

nurul norman said...

knpe sweet sgt~!! OHDUDUSKUUSS !! kekkkeke
dh la kyuhyun darius tu. terbayang-bayang lak. huehuehue

dptkah mereka berjumpa ? jengjengjeng.........

han eba said...

sweet? HAHAHA. lol. hoi, sekali jumpa org nama darius, amik kau

nurul norman said...

darius org putih byk la. ramai jgk yg hensem. ekkekke

yg melayu/mix nama darius x jmpe lagi. doa-doakan lahh yee smga jumpe yg comelcomel hensem dan org 2 berkenan kt kte lak. hahahahahhhaa =p =DDDD

han eba said...

comel comel? hensem hensem? bukan dah ade ke. B*N* tu ape?

Nurnadiah Hani said...

ooh no! u chosed the very very favorite couple of mine! cute sgt2 kyu hyun <3 so eun!

han eba said...

kyu mmg cute. TEEHEE. so eun lawa :) hehehe