Wednesday, June 1, 2011

berkaitan Super Junior M dan artis kita


aku tahu entri macam ni melambak, dari bias artis malaysia sampai bias Super Junior M. aku faham, aku faham.

isu besar berlaku, di mana semua berpunca dari tweets artis malaysia terhadap super junior, kemudiannya, balas balasan antara ELFs. aku lihat,aku nilai dan aku faham.dan sekarang, aku pun ada pendapat aku sendiri.

aku rasa, dalam hal ni, tak boleh nak salah kan SJ M mahupun artis malaysia. okay, mungkin artis malaysia ada salah sikit, tapi sikit je la, itu pun sebab keluarkan kata kata kesat terhadap SJ M, I mean yang cakap nak kencing kat muka semua tu, okay, itu agak biadap, tapi aku faham, sebab masa tu tengah marah en, biasalah. kita semua bila dah stress, pastu marah bagai, memang macam macam keluar, hmm, aku faham. bahasa bahasa yang kononnya indah tu, dah jadi bahasa biasa kita, itu aku tak mahu campur, sebab aku pun tak suka nak mencarut mencarut ni.

bagi part yang cakap SJM yang request toilet tu, aku rasa tak mungkin. maybe manager atau yang bawa super junior ke malaysia yang request, sebab semua nya mereka uruskan. SJM hanyalah membuat persembahan, itu aku pasti.

aku tahu, ELFs marah dengan tweets kurang sopan tu, tapi korang tak boleh nak salahkan artis yang nak ke toilet tu. memang lah , depa terasa di double standard. tandas pun tak boleh guna, memang lah en. diorang memang lah bukan international sebab itu belum tahap mereka, tapi layanan haruslah sama. cuba kalau SJ M tu tak international, aku rasa, diorang pun tak dapat layanan baik. ade certain ELFs marah marah, okay, aku baca pun aku marah, tapi aku letakkan diri aku di tempat diorang jugak, aku rasa memang kesian. cuma maybe diorang rude time tweet tu je, hmm, manusia biasalah~ kita marah marah, sampai ada cakap nak migrate ke negara lain, tanak jadi malaysian *kau tak bersyukur ke?* ada maki maki bagai, come on, we're Malaysian ELFs. We're international fans too. so kita kene fikir panjang kalau nak tweet, lantak lah orang, tapi kita tu, kita, kene ingat ingat.


aku bukanlah nak kata aku sokong artis malaysia, aku tak sokong mana mana. aku tetap BIAS SJ. aku ELF. aku ELF tapi buat tweet yang nak ke tandas tu, aku agak concern jugak. kesian wey, kesian. lepas tu, ELFs yang bersatu padu hentam tu, aku tahu korang marah, tapi aku just harap korang letakkan diri kat tempat diorang, tu je. aku tahu, ELFs memang sangat bersatu, aku tahu kita semua sayang SJ, aku pun, aku pun fanatik bagai kot.

bagi aku, hal ni adalah tanggungjawab organizer. salah organizer. bagi aku, diorang yang harus aturkan semuanya dengan betul. harus tahu bagi layanan. aku tahu, kau nak bagi layanan first class kat international artis, aku faham, tapi janganlah sampai di lupakan artis malaysia. aku tahu, bunyi macam aku sebelahkan artis Malaysia, aku cakap sejujurnya, aku tak. aku melihat dan menilai, lepas tu, aku fahamkan apa yang jadi, dan entri ni tercipta. aku suka kau bawak artis tu datang malaysia, sebab aku pun minat depa, tapi sebab salah organizer yang tak reti nak arrange, last last artis kesayangan aku kena kutuk dengan artis negara aku. jadi aku agak sedih. aku nak artis artis semua bersatu, tak kira lah dalam malaysia dengan luar malaysia. aku tak suka lah kecoh kecoh macam ni. aku nak semua orang boleh terima Super Junior M/Super Junior dekat malaysia. aku tak nak sebab tweets marah marah tu, ada certain yang tak minat SJ terus pandang SJ ni macam demanding. aku tak suka.

yang aku tak faham cuma MILA. MILA! aku tak faham kenapa dia harus tweet macam dia yang kene teruk? setahu aku, dia persembah siang kan? kenapa dia nak tolong kecohkan keadaan? anda tak suka artis Korea ke? okay, kalau hang tak suka, tak apelah, kami tak perlukan anda pun, ramai lagi suka. tapi dah KBS memang nak panggil artis korea, salah ke? kan anda kata anda tak ambik pun job tu sebab bajet bawah piawaian, jadi diam sahajalah. kalau anda rasa bajet tu jadi sikit sebab bawak artis korea ataupun anda rasa tercabar dengan artis korea, itu anda punya masalah lah. anda harus ada passion kalau nak nyanyi. tak kira bayar sikit ke tak ke, kalau anda dah buat keputusan tolak, sudah, sampai disitu sahaja , END. ni yang nak kata bawak beyonce , B.E.P bagai tu, aku rasa macam kau nak kata, tak payah lah ada SJ ni. fine la kan. Beyonce dengan B.E.P aku tak minat, tapi tak adalah aku nak compare depa dengan SJ. dah kalau kau tak suka, diam diam je la. kau ni sengaja eh, nak menempa populariti dengan cara macam ni? aku memula bolehlah nak kata kau artis ok ok, tapi bila attitude macam ni, memang aku pantang la. kau ada terlibat dalam hal toilet ke? ada?

aku kesal jugak bila artis tak ada attitude, aku kesal. attitude tu bawak nama kita. aku tahu manusia buat salah, aku pun banyak buat salah, sebab aku manusia. hanya Allah je yang perfect.

maaflah kepada sesiapa yang terasa, cuma aku nak korang tahu, SJ M memang tak salah, artis kita hanya salah sebab kutuk, maksud aku yang pasal toilet je , sebab Mila punya part aku memang tak dapat analisis kenapa dia bengang sangat dan yang salah sebenar benar dan harus ke kursus organize event adalah yang terlibat dalam hal organized tandas dan sewaktu dengannya.

ambil iktibar, aku Malaysian, aku suka Kpop. aku bangga jadi Malaysian.

aku rasa MAX 247 tu yang harus lenyap. hesh


Donghae tak ada laaaa. aku agak gembira di situ, sebab aku tak pergi laa. sebab tu dia tak datang. hehe.

aku busy lately, aku busy dengan budak budak. lagi 4 hari je. SABAR!

han

9 comments:

_fahakyu_ said...

this is super agree :] and mila die xbuat persembahan siang pun, die xde kaitan.

han eba said...

thanks. tapi kenapa dengan dia? marah marah?

Khaliesah . said...

btol..

ak rs yg salah pihak yg uruskan persembahan tu.
dah tau suju request toilet, sdiakan la toilet utk artis mesia jgak.
ish3

nurul norman said...

saya suka bahasa anda yg indah =DD (bkn perli tau, ni kenyataan) ngeh3 =DDD

han eba said...

khaliesah: itulah pasal. nak organize bawak diorang bagai tapi tak reti nak arranged

nurul: teheeee

Nabihah-N said...

Nak like tapi tak boleh. jadi saya tulis lah,

LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE! thank you! ♥

han eba said...

hahaha, ingat nak kata like tapi tak like. LOL. i mean, mcm tak sutuju. tehee. rupanya setuju. thankies :)

aja ja said...

last statement tu yg plg best ! ;D
"aku rasa MAX 247 tu yang harus lenyap" haha ;DD manusia masing2 melakukan kesilapan :)

han eba said...

betul! hehehe, memang depa yang harus lenyap, kehkehkeh, tiru bagai