Tuesday, June 28, 2011

bila semuanya artis Korea,OMG =,,=

"Artis Korea, UKISS, sebagai cover majalah ;D"

aku tahu, tajuk ni macam bikin panas je. HAHA. memang betul pun, Malaysia ni dah dilanda demam Kpop, sampaikan, dekat mana mana korang pergi, korang akan jumpa orang minat kpop. Dalam 10 orang jiran bilik kau,8 daripadanya, memang tegar dengan KPop ni. boleh kata, Korean drama pun antara drama kegemaran mahasiswa dan mahasiswi yang suka duduk depan lappy menonton drama drama korea, pergh, penangannya memang hebat, tak payah ceritalah. aku sendiri, sanggup habiskan masa nak tengok drama je, itu pun tengok sikit sikit, sebab aku tengok streaming. Kalau yang download pulak? satu hari satu cerita boleh habis bhaaaii.

itu dia realiti dekat malaysia ni. kalau dulu aku nak cari kawan minat Kpop pun susah, tapi laaa ni, kau cakap je Suju ke Beast ke FT Island ke, pergh kejap je kau dapat kawan baru. Tak caya kau cuba la. Memang Kpop ni boleh mengeratkan silaturrahim, positif positif tak seperti apa yang pernah disiarkan berita harian, negatif pasal kami.

1 july dan 24 july, mereka beraksi ;D

tapi aku perasan sekarang, ada yang buat event nak panggil artis Korea, contoh MTV Worldstage nanti, ada Beast. Aku nak pergi. Wuwuwuw. lol, kasi pass free, anyone? ;D lepas tu, Hari Belia hari tu, tengok lah siapa yang datang? Super Junior M. bukan senang kau tahu nak jemput diorang. Itu dia, cara depa tarik pengunjung. Sekarang, kalau baca surat khabar, aku memang konfem la tak ada masa nak tengok pasal politik yang aku sendiri tak faham, aku just baca sebab sekarang dah ada ruang nak cerita artis Korea. Kalau dulu, internet je la kau boleh jumpa ceritanya. HAHA. Majalah? Oh, itu yang paling hangat la ni. Korang jangan terkejut kalau jumpa majalah hiburan yang dalam penuh cerita artis Malaysia tapi cover depan, gambar artis Korea. HAHA. yeah, memang kita dilanda demam kpop. Semuanya sekarang, pasal artis Korea. Laku majalah bhaai. Pergh. Tapi aku ada terfikir, agaknya nanti majalah yang cerita pasal kisah seram pun, letak Kpop artis as cover, masa tu aku nak gelak golek golek boleh? Hehehe. Kalau drama dekat TV tu, dah terlalu biasa, dari zaman aku sekolah rendah dah ada. HAHA.

Boleh kata, start dari tahun lepas, memang Malaysia ni sentiasa dikunjungi artis Korea. Dah ramai dah datang. Ada buat Fan Meet ada buat Konsert, ada buat Showcase pun ada just nak datang jadi duta. Hmm, memang sambutan yang diberikan sangat superb. Tapi bila dah dilanda demam tahap maksima ni, aku rasa takut pulak. Nak tahu kenapa?

Paling laris di Malaysia ;D Sememangnya talented.

Bila aku pergi mana mana, aku akan jumpa orang yang suka biased aku iaitu Donghae. Dan kalau dia jenis okay tak apa, tapi kalau yang baru nak jinak jinak ni, lepas tu nak bajet marah aku suka donghae, aku rasa, Kpop tak perlukan kot orang macam kau, aku pernah kena kot, serius =.= bukan sebab benda ni je, tapi aku takut pandangan orang lain terhadap orang yang minat Kpop. Kau tahulah, orang yang minat Kpop sangat support artis dia. Tapi sefanatik kami pun, kami tak adalah fanatik macam fan dekat Korea. Percayalah. Ada yang tak suka kpop, fikir kami ni tak support artis Malaysia, nak marah marah. Aku rasa, orang macam ni salah tafsir. Hesyhh.

Aku sendiri, aku memang gila sangat dengan artis Korea, tapi tak adalah aku membelakangkan artis negara aku. Aku sokong jugak ;D aku bersorak depa menang anugerah, aku suka dengar lagu mereka, masih menonton filem mereka, so stop lah, tak payah nak marah aku sebab aku suka Korea. hesyh *geleng kepala* dan yang paling aku cuak, cuak dan cuak, bila ada artis Malaysia tapi Kpop wannabe. HAHA. aku tahu, korang confirm dah tahu pasal diorang kan. HAHA. boleh aku gelak habis tak?? HAHAHAHAHAHAHA

1st ever Kpop group in Malaysia, OH NOOO?

okay, secara jujurnya, aku nak cakap lah, tak payah la nak tiru. ada identiti sendiri bukan? kalau dah orang Melayu tu, orang Malaysia tu, tak payah nak kata kau KPOP GROUP. buat sakit hati aku dengar. Kalau korang tak salah guna Kpop tu, mungkin korang dah diterima. Lagi satu, zaman KRU yang menari sambil menyanyi tu, kenapa orang boleh terima? sebab diorang muncul dengan cara tersendiri. Tak macam yang baru baru ni, banyak nak tiru je lebih. Kalau dah Mpop tu Mpop la jugak. Okay ;D Cuba jadi macam Aizat ke, Bunkface ke, Hujan ke, KRU ke, ada imej dan gaya, tak payah nak tiru =.=

cuba kau comparekan gambar ni dengan gambar bawah, HAHA. speechless bukan?

wannabe


the real Kpop group

the real Kpop Group

wannabe?!!


Demam kpop yang melanda ni sebenarnya ada buruk dan baik. Cuma aku tak suka satu je, bila sesuatu popular sikit, orang senang pandang negatif. Macam ada yang cakap, semua peminat kpop ni teenagers,tak matang. HAHA. weyh, ramai je ibu ibu dan bapa bapa yang suka Kpop okay. Even drama Korea pun depa layan, orang yang sempit fikiran je yang fikir, peminat Kpop ni tak matang dan kebudak budakan serta hanya remaja belasan tahun je minat, what, Only Teenagers? HAHA

aku masih ingat lagi, waktu aku pergi konsert, aku jumpa ramai kakak kakak dan makcik makcik. Masa konsert, ada yang pangkat nenek pun datang. Aku tak tipu. Tapi apa yang orang fikir, hanya la budak belasan tahun je yang suka. So sad. tapi aku tetap nak tegaskan, tanggapan orang orang macam ni lah harus dilupuskan.

Kesimpulannya, aku dah jadi runsing sebab semua benda pun nak ada relate dengan artis Korea. Kenapa runsing? Kau bayangkan, kau nak beli majalah feveret kau, tapi ada majalah lain yang letak kaver kumpulan Korea yang kau suka, terpaksalah kau beli dua dua. Duit melayang~~ , wohooo.

Janganlah gunakan artis Korea ni sebab nak sambutan hangat je, hesyh ;O

apa apa pun, kita semua still malaysian and sokong artis malaysia. tak payah risau lah ye ;D kbaii ;D

ehhh, A SHOUT FOR RAMIZA FROM ME. THANKS A LOT ;D

kbai;

han

p/s; tapi kalau aku ditakdirkan kahwin dengan Korean, macam mana? HAHA.

4 comments:

nurul norman said...

oke lg sng nk dpt kwn bru bile crite psl kpop ni. TAPI yg bwt panas bile dorg bajet tau SEMUA psl artis tu la artis ni la PADAHAL bru tahu semalamnye. cerita rak bagai ape. SAKIT TELINGA+MENYAMPAH=geram gilee ni. tekanan lak dgn merekamereka ni. mcm yg sis nell ckp, their not FANS but FAKERS.

klau nk suka ke mnt ke bole la, kte pn suke dpt mcm tu. tp cerita bagai menyampah oohh.

sokong klau ttbe jdoh dgn org korea, hae mungkin =DD weee~
inakhyukjae ! =DDD

han eba said...

that's right. bajet tahu tu menyampah

chenta bieyla ELF said...

huhu.. agree with u la.. dyowg ney just gnekn cover kpop utk lariskn jualan.. pdhal lam mjlh ckit je sal kpop.. huhu.. n y pleng mnyakitkn aty,kbnykn akhbar n mjlh ney, just cte gosip2 negatif sal kpop..pas 2 ad info2 ny xtol lgsong.. thats why, cblom bli, tgk isi ny lu.. lao x, mmbzir kowt.. haha.. actually,xcited tgk blog ney ad pic2 SJ.. BTW slamat brknalan.. i'm ELF, sihan biased (siwon+hankyung) ^_^

han eba said...

hello :) thanks for coming. as you can see, i'm dongahe biased ;D ye, betul tu. susah la kite camni, dalam cite artis melayu je banyak, baju seksi gila padahal islam en. kalau tak islam, tak ape la. pastu, bagi kaver depan kpop, aduhai T.T