Friday, June 24, 2011

expressionless,aku perlukan TECH GEEK!

lately, post agak santai, guna aku kau. nampak sangat mood tak baik, sebab aku keliru dengan masa depan. masa depan yang aku tak boleh lihat. hakikatnya, semua orang pun tak boleh nak lihat masa depan, HAHA. cerita mengarut je yang reka kata boleh tengok masa depan, macam Doraemon. Khayalan sahaja. haissh



benda yang paling aku risaukan bukan donghae, bukan konsert super junior bukan drama korea baru, tapi masa depan. kalau dulu impian aku nak jadi journalist, wahaha, aku memang terfikir kot nak jadi journalist. tapi, ayah aku tak kasik, okay fine. then aku nak jadi penulis (lebih kurang journalist la) ayah aku tak kasik, nampak sangat aku cenderung kepada bahasa. dan sekarang, bila fikir balik, wah, aku dah jauh menyimpang kot, semua gara gara sains, tapi hidup harus diteruskan bukan?

masa depan, apa akan jadi dengan masa depan? kiamat? itu sudah tentu terjadi, usah dipersoal. perkahwinan? oh, aku nak suju datang buat persembahan kalau aku kahwin. anak anak? aku nak ramai anak, tapi aku rasa aku tak mampu disebabkan hal hal tertentu. profession? oh, tentunyalah aku nak jadi doktor, tapi perjalanan ke arah profession itu yang buat aku ketaq lutut. dream high, dream high. this is just the beginning.

aku tak tahu lah apa akan jadi dengan perjalanan aku lepas ni, aku mungkin tak ambil degree kot, aku mungkin ambil foundation balik. tapi aku takut, kalau foundation nanti aku still tak mampu jadi doktor, saat itu, aku pernah tercakap,' aku akan putus asa'. tapi aku belum bersedia nak hadapai semua ni. kawan kawan aku, semua nak masuk degree dah.ada juga still buat diploma dan asasi, tapi ada juga yang macam aku, berpatah semula.

nak fikir masuk mana lepas ini, buat aku expressionless. tahu tak? aku sering nak mengamuk, marah marah dekat twitter, membebel dekat twitter dan menyebabkan followers aku naik gila, ada yang naik gila, dan ada yang ignore.HAHA. itulah, sebab aku rasa tak selamat, tahu tak perasaan insecure? contohnya macam, kau ada bf, lepas tu ex-gf bf kau datang balik dan rapat dengan bf kau, insecure bukan? itulah yang aku rasa tapi perasaan aku ni tak ada kena mengena dengan bf ke gf. aku tak ada arah tuju. aku tak tahu apa akan jadi esok lusa dan seterusnya, iya inilah cabaran. DUH.

perasaan aku sekarang, bagai seseorang yang tak ada rumah, homeless, rasa dipinggir dan meminggirkan, kau tahu. macam tak diterima masyarakat sebab aku tak sambung degree dan jadi sampah masyarakat, macam dibuang kawan kawan sebab tak lawa dan menyusahkan. dan juga macam diceraikan suami sebab suami ada perempuan lain.erk, itu agak melampau. macam tu lah rasanya, okay kurang la sikit dari di ceraikan. ahhh, tak patut masuk bab ni. ini bab orang orang yang dah matang dan grad macam si Dandelinoid tu. haha. ooops, dia tak mungkin baca blog aku. HAHA.

jadi, apa yang boleh dan bisa dilakukan agar perasaan tak puas hati dan insecure ini hilang? aku perlukan satu lagi follower. mungkin mood aku akan baik lepas dapat lagi satu follower. dah la semua orang abandoned aku, okaaay sesi luah perasaan pulak. okaaay, memang aku selalu di abandoned. bayangkan , semua kawan baik aku study dekat negeri orang, aku yang ditinggalkan di Selangor Darul Ehsan yang tercintan ni, bila dah habis study pun, mereka masih lagi belajar, yang asasi la, yang dah habis matrik pulak, kerja, tak pun date dengan boyfriend, okay aku di abandoned lagi, waaaaaait, aku tak salahkan dia pun, itu hak dia. dan adalah sorang tu, yang suka abandoned aku. dia memang paling kerap abandoned aku, siap masuk asrama bagai, lepas tu pergi study dekat KMNS, lepas tu, tinggalkan aku yang tengah cuti dengan bekerja, lepas tu, pergi rumah mak cik dia, dia ni laa yang paling suka abandoned aku. aku? bila lagi?

kadang kadang, aku perlukan orang mesej aku, walaupun aku tak balas. contohnya lah , macam ni;

hai awak -----------nak termuntah. bukan bukan , macam ni laa >>>> hai, kau buat apa, sihat ke?

tak pun, lebih aggresif dan penuh kasih sayang

woii, aku rindu kau gila gila.

lebih bermakna;

tiba tiba kau terlintas di fikiran wahai sahabat ----------- bunyi geli, tapi aku penah buat kot. AHAHAHAH.

tapi hakikatnya, TAK ADA. sebab tu lah, aku tak nak top up, sebab tak guna pun, sebab tu aku tak nak angkat phone siapa siapa call, sebab kalau call pun, mesti bersebab, so jangan call aku, unless kau rindu aku. DUH.

tak tak, macam ini sebenarnya, *apa yang aku bebelkan ni, OH EM HAEEE*

okay la, okay, sebenarnya aku tak perlukan semua tu, sebab aku tak kisah pun, tapi sekarang aku perlukannya sebab kalau aku nak pergi berhibur, mak aku tak kasik, konfem konfem la, kau nak pergi shopping one day, sorang sorang. FUHH. jadi, aku jadi tak tentu arah, kau tahu? aku tidur pukul 8 pagi bangun pukul 3 petang. hebat bukan? jadi aku perlukan sedikit perasaan warm dari rakan rakan. HAHA. geli jee aku type.

aku ajak abang aku yang duduk rumah macam taiko ni pergi main game dekat PAS tak pun dekat TS, dia kata, ape barang =.= tak ada masa. hotaaaak dia. HAHA. jangan risau, aku dan abang beza setahun, dia panggil aku dengan gelaran yang manjaaa, begitu juga aku *manja laaah sangat* kau tahu ke? tak en ;P AHAHAHHA. kadang kadang, kasar pun ada, dia panggil aku ngok, aku panggil dia sakai. ngekk betul mat ni. aku cakap dekat dia, siapa jadi GF dia memang kesian la, sebab tak boleh berhibur. asyik asyik pergi makan, tengok wayang, blaaah la. aku tak sanggup jadi GF dia macam tu kalau setakat buat benda benda macam tu, shopping, makan, tengok wayang, HUH.


main benda ni best :) gyahahah


aku ada rancangan berbeza sedikit ye, kalau aku keluar dengan laki aku pun. HAHA


oh, aku nak beli MacBook Pro, tapi macam mahal nak mampus je, campur dengan Apple Plan Care, aku tengok harga, 4K dan ke atas. ketaq lutut aku . HAHA. kalau setakat lappy dia je, aku boleh bertolak ansur lagi, masuk plan dia yang RM 900 tu, aku dah, bapak mahal =.= haissh. aku tak kaya, aku tak boleh beli benda benda macam ni. sheeeesssh. oh ,biar aku pikir dulu laaa. tak pun, aku kasi rembat VAIO lawa tu, atau Lenovo, kasi campak dan pijak pijak. HAHA. HYPER AKU. korang ada cadangan?



Me: Oppa, please give me one of your Apple's product. Please. Juseyo oppa *aegyo.

dia terus buat muka macam ni kau tahuu!!

Hae: no!

kbai,

han

p/s;
so, click lah follow aku, aku tak paksa, aku just perlukan, itu sahaja.

4 comments:

nurul norman said...

jgnlah bersedih sgt. kau sedih, kte lagi lah sedih. kte lagi sedih, kau lagi lagi lagilahh sedih. lamalama jd laGILA. gegegege~~~ wuwuwuw
hahahha =DD

han eba said...

kau menunjukkan kegilaan kau? AHAHHA

kimyana said...

weh,mana ada aku abandoned ko.T.T

han eba said...

ah kau