Wednesday, June 22, 2011

Flower Girl Part 10


Sementara itu, di lapangan terbang, Darius sedang menunggu untuk masuk ke balai perlepasan. Dia kelihatan tenang. Pelbagai perkara bermain di dalam mindanya. Tentang kafe, kakaknya, masa depannya dan yang paling utama, Flower, gadis yang telah lupa tentang dirinya.Tiba tiba, seseorang dari belakang, menyentuh bahunya. Dia terkejut lalu menoleh.

"Flower..." terpacul nama Flower dari mulut Darius.

Flower kekal berdiri di hadapannya. Flower tersenyum. Dia merenung Flower, lama sekali.

"Darius, kenapa kamu ni? Ini noona la," akhirnya, bayangan tersebut bersuara.

Serentak, bayangan Flower hilang dan bayangan realiti noonanya muncul.

"Oh Noona, cepatnya sampai, marilah duduk, " ajak Darius.

"Kenapa kamu kata Noona ni Flower tiba tiba?" Cik Danielle kelihatan pelik dengan reaksi adiknya sebentar tadi.

"Tak ada apa apa lah Noona, saya tersalah sebut nama je," Darius cuba menutup kesalahannya tadi.

"Jangan nak tipu lah, kenapa Flower boleh bermain dalam fikiran kamu? Agaknya tadi kamu call pun, nak tanya pasal Flower agaknya" Cik Danielle cuba mengagak apa yang Darius sedang cuba lakukan

Darius membatukan diri. Tiada kata yang keluar dari mulutnya. Tekaan noona nya begitu tepat, seratus peratus tepat.

Dalam masa yang sama, Flower masih lagi di dalam teksi. Semuanya gara gara kemalangan yang baru sahaja berlaku 5 minit lepas. Kerana kemalangan itu, jalan raya sangat sesak. Flower meyakinkan dirinya yang dia pasti sempat bertemu dengan Darius.

"Mesti sempat, mesti," bisik hati Flower.

Tiffany dan Aiden masih gagal menelefon Darius.

"Kita telefon noona nak ? " cadang Aiden.

"Oh, yeah, you call la onni cepat, I takut Darius oppa dah berlepas, cepattt, " desak Tiffany.

----------------------------------------------------------------------------------------

"Darius baru sahaja berlepas, kenapa Aiden?" soal Cik Danielle melalui telefon.

"Dah berlepas? Oh kalau macam itu, tak apa lah, terima kasih noona," kedengaran suara Aiden yang bergetar kerana hampa.

"What? Dia dah berlepas? Macam mana dengan Flower? " tanya Tiffany.

Aiden menundukkan kepala, Tiffany faham akan maksud itu, hampa.

--------------------------------------------------------------------------

Sesampai di lapangan terbang, Flower sudah tidak mampu menahan air mata lagi. Ternyata, Darius telah pun berlepas. Dia terduduk kehampaan, menangis sambil menggengam keronsang tersbut.

"Oppa, oppa, ...." mulutnya tidak lekang menyebut oppa.

Hatinya hancur luluh, lelaki yang dicari selama ini, betul betul berada di hadapannya tetapi kenapa dia tidak sedar, kenapa? Hatinya begitu sakit memikirkan kebodohannya. Terlalu banyak kebetulan antara mereka, namun kenapa dia masih tak dapat meneka bahawa lelaki yang cuba mendekatinya itu, adalah oppa yang dicarinya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Flower, sabar lah, nanti kita cuba tanya Cik Danielle pasal Darius okay?" Tiffany cuba menyedapkan hati Flower.

"Entahlah Tiffany, entah apa lagi akan jadi? Kenapa I tak sedar, kenapa? " Flower hilang keyakinan, dia menyalahkan dirinya.

"Flower, I faham perasaan you, tapi I harap you sabar, apa kata you pergi Amerika cari dia? "

Flower terdiam, dia berfikir sebentar.

"Felix, Felix!" terpacul nama tersebut dari mulut Flower.

"Felix? Abang you yang handsome tu ke? Kenapa dengan dia?" soal Tiffany yang pelik dengan kelakuan Flower.

"Inak pergi Amerika, " itu kata putus Flower.

-----------------------------------------------------------------------------------

"Selamat kembali ke Amerika orang timur, " ujar satu suara.

"Oppa! Hey orang timur, konon konon dah jadi orang barat lah ni? " Flower mengacah oppanya, Felix.

"Mari, kita ke rumah oppa. Oppa dah siapkan bilik kamu, tapi oppa musykil, kenapa kamu kata kamu nak datang sini?" soal Felix.

"Saya nak cari orang, oppa tolong saya boleh? " pinta Flower.

Felix membalas dengan senyuman, sudah tentu dia akan membantu.

--------------------------------------------------------------------------------

"Budak yang Flower cari tu, junior oppa, "

Felix memberitahu berita tersebut kepada Flower. Flower bagaikan tidak percaya, dia terkejut. Kecilnya dunia ini. Sangat kecil.

"Tapi kan, kenapa kamu nak cari dia, itu yang oppa tak faham, " Felix masih musykil.

"Oppa ingat kejadian 16 tahun lepas? "soal Flower.

" Tentulah ingat, oppa hampir kehilangan adik," balas Felix yang masih kesal dengan hal lepas itu.

"Lelaki ni lah yang dah selamatkan Flower, dialah orangnya." ujar Flower.

Felix terdiam. Flower menceritakan segalanya agar Felix oppa tidak keliru atau pun pening kepala memikirkan hal sebenar.

"Baru oppa faham, " ujar Felix dengan senyuman.

----------------------------------------------------------------------------------

"Ada apa sunbae nak jumpa saya?" soal Darius.

Darius kelihatan cemas apabila diberitahu bahawa Felix sunbae mahu bertemunya. Namun, dia cuba bertenang.

"Saya dapat laporan bahawa kamu ada mengganggu kehidupan gadis lain, betul ke? " tanya Felix sunbae.

Darius terkejut dengan kata kata Felix sunbae.

"Tak ada lah sunbae, mana ada. Saya kan baru sahaja di sini, mana mungkin saya nak kacau mana mana gadis dekat sini. " jelas Darius.

"Saya tak nak tahu itu benda betul ke tak, tapi saya nak awak mohon maaf dengan gadis ni. Petang nanti, awak sila pergi ke sini untuk mohon maaf, masa itu, saya akan dengar penjelasan awak berdua, awak nak nafikan atau nak mengaku, kita buat petang nanti. Baiklah, saya sibuk ni, kena pergi dulu. Jumpa nanti,"

Felix sunbae berlalu meninggalkan Darius yang terpinga pinga.

"Apa aku buat? Dekat siapa? Ish, ni mesti prank senior kepada junior ni. Tak nak aku pergi. Hmm. " desis hati Darius.

Bersambung..

p/s: idea tiba tiba hilang DANG!

CAST

Flower: Kim So Eun
Darius: Kyuhyun SUJU
Tiffany: Sooyoung SNSD
Aiden: Donghae SUJU
Danielle: Ha Ji Won
Felix: Hyun Bin

han

4 comments:

nurul norman said...

byk la idea tibatiba hilang. saje bwt suspen. cis !
hahahhaha =DD

han eba said...

HAHAHAHAHA, hilang la, for real

Nurnadiah Hani said...

han...cepatla update citer ni...huhu...

han eba said...

going to ;D