Monday, July 18, 2011

andrea hirata punya pasal.


punca aku habiskan hampir RM 50 untuk novel beliau sahaja, haru. baru sabtu lepas aku beli satu, Laskar Pelangi, hari ini aku tambah dua lagi, walhal, laskar pelangi tu tak habis lagi. ini semua gara gara, aku perlukan semangat. kalau dikira untuk bulan ni, baru empat hari, aku dah habiskan RM 80 untuk novel beliau, apekah??

aku baru baca pasal bab bab tertentu, dan aku rasa, penekanan beliau terhadap sesuatu situasi, sesuatu sekitar keadaan, sangat teliti, aku nak tahu, kisah apa yang cuba dicoretkan oleh beliau dengan lebih terperinci. aku ada perubahan di situ, dulu aku baca novel kanak kanak, ala yang remaja remaja sekolah rendah menengah tu, tapi aku tak sentuh novel cintas, aku pernah dua kali baca, tak tahan, tak boleh, kalau yang komedi tu boleh lah, tapi part komedi je aku baca, part complicated, aku tak sentuh. wahaha. comel en aku ? *tetiba*

tadi aku pergi selesaikan sedikit hal di bank, bertemankan shin yi. lepas tu, merayau rayau dia sekitar mall yang ada. lepas tu borong novel dekat MPH, lepas tu blah. arah tuju nya banyak, terlaksananya satu sahaja. HAHA. sengalness.

aku masih menanti passes aku, baik kau hantar MTV, kalau tidak aku report dekat Donghae *mcm besar sangat donghae yee*

esok aku nak ke TS, bersama siapa? nanti lah aku cerita.

kbai

han.

p/s; glasses aku digunakan untuk tangkap gambar dengan JB, aku mesti dah insane ni. OHGOSH

No comments: