Saturday, July 23, 2011

bila lelaki disentuh pasal aurat . . .


selalunya, kalau pasal aurat, sentiasa dikaitkan dengan perempuan, memang selalu sangatlah. kalau ada yang cakap pasal aurat, memang tak lari nak mengutuk perempuan, aku faham, nak bagi kesedaran katanya.

aku tak benci, kalau nak cakap pasal aurat ini, aku terima dengan hati terbuka, tak kiralah aku tergolong dalamnya atau tidak, tapi ingat, kalau nak tegur tu, haruslah berhemah. ada certain tu, aku tengok, kemain kondem, kutuk habis, wahai manusia, sedarlah, dalam dunia ini, kite boleh menegur, tetapi berhemah lah yea.

okay,apa yang aku nak bebelkan, memang pasal aurat, pasal aurat lelaki. tak salahkan aku nak ulas, pasal apa yang terjadi beberapa jam yang lalu, di sebuah laman sosial yang kalau kita buka, memang bukan untuk study, tapi bersosial, itu hakikat! setiap hari bukak, konon ulang kaji lah kan. HAHA

ada seorang hamba Allah post pasal aurat, dan semestinya pasal aurat perempuan. kemudian, salah seorang pengkomen, memberi contoh kepada aurat lelaki pula, iaitu main bola pakai seluar pendek, nampak aurat, walhal boleh pakai seluar panjang. itu contoh aurat lelaki. tiba tiba sahaja, ada satu lagi hamba Allah bergelar lelaki, mula mengomen. katanya, ada sahaja pemain pakai seluar pendek tapi pakai tights, bagi aku, memang betul apa lelaki itu katakan, tapi tak semua bukan? aku tak ada benda nak ulas, aku tak pihak mana mana, cuma aku hanya komen pada entri tersebut dengan katakan, yang wajib adalah wajib.

betul bukan? aku tak kata pun, lelaki salah main bola, lelaki berdosa. oh tidak sama sekali. aku cuma kata, wajib adalah wajib. apa yang aku kurang faham, dia tiba tiba sahaja berkata "yang hang gatai2 tengok laki main bola kenapa?" masa itu hati aku terdetik, dia mungkin tujukan pada aku, atau hamba Allah yang cakap pasal lelaki main bola. jadi aku masih kurang faham, dan aku bagi pihak 'hang'----dari segi konteks dia, mungkin 'perempuan, aku atau hamba Allah itu' ----- memintanya jaga percakapan, tiada sesiapa yang menonton bola, kerana gatal. Dan seandainya gatal, jangan mudah golongkan semua perempuan yang menonton bola itu, menontonnya kerana gatal. bagi aku, aku tak minat bola, so, ada sahaja perempuan yang tak tengok bola. kalau ada tengok pun, sebab minat atau terpaksa *sebab kat rumah ayah abang adik semua conquer tv gamaknya bila ada game*

ape motif gambar dua lelaki hensem ni?

kemudian, dia mula mengaum dengan katakan jangan salahkan bola sepak, game lain pun, pakai tights. bagi aku, hamba Allah yang cakap pasal bola itu, hanya beri contoh, bukannya apa. dia rasa tidak puas hati hanya kerana itu. wahai manusia, itu contoh sahaja. penat juga aku berdebat bila dia terasa aku kondem dia pasal aurat lelaki dan bola sepak, walhal apa yang aku cuba sampaikan, tiada alasan bagi yang wajib.

aku tahu, kite terlalu jauh dengan penyentuhan aurat pasal lelaki ni, kita tak berapa fokus pada hal itu. sama macam bila artis Korea pujaan aku ripped baju nampak pusat, aku rasa terkejut dan tak menonton part yang aku rasa tak patut ku lihat, aku geli dengan lelaki showing abs, OMG. atau lelaki tanpa baju. AKU TAK TAHU KENAPA. haihhh.

dan kesimpulannya, maybe
antara lelaki dan lelaki, haruslah berdebat pasal aurat lelaki ni, sebab perempuan dah selalu berdebat pasal aurat ni. banyak pulak tu di sentuh. ini baru perempuan tegur pasal lutut, dah mengamuk. tak tahu aku nak cakap apa.

Donghae, jangan nak rip shirt kau, aku tak suka. simpan abs kau dan segala macam bagai, okay! Aku suka sebab kau suka pakai seluar panjang :) BAHAGIANYA ;)

kbai,

han

p/s; nanti update pasal farewell party dan ini teaser teuk dah keluar, tapi seksi, jadi aku amik cut version.

No comments: