Sunday, August 28, 2011

Kau asyik Korea Korea, habis Malaysia?

ehem. ini entri berabad, yang aku nak kongsi. maksudnya, aku dah bersedia nak cakap, sebelum aku berhari raya *tak ada kena mengena* okay, biar aku jawab soalan popular yang orang suka tanya dekat aku. aku kalau soalan orang tanya, memang perfect score, tapi kalau exam *hampas -.-* ragu aku mengakuinya.


Kenapa suka drama Korea?


Jalan cerita dia menarik,berbeza, sangka tapi tak tersangka. Kau dah tahu plot, tapi kau nak tahu apa terjadi. Setiap scene kau nak tahu. Kan kan kan? Ala, sapa kaki tgk drama ni, aku tahulah, korang memang macam aku, kau dah tahu sinopsi sekali pun, kau dah tengok video dia sekali pun, kau mesti layan drama dia en? HAHA. lain bagi drama melayu. Kau ada keinginan nak tengok, tapi bila sampai satu part, kau tahu apa akan jadi. apa akan dia katakan,dialog dia, kau dah tahu daah. macam video si mat luthfi la, tipikal scene dalam malay drama. HAHA. tapi aku still layan drama tempatan juga. sebab aku kan Malaysian♥

Kenapa suka Kpop?


Okay, kenapa? Sebab dia berbeza. Sangat berbeza. First, dia punya MV sangat berbeza la, kalau bagi band macam FTI dengan CNB. Ada jalan cerita yang menarik, buat orang rasa riang ria raya, dengan muka muka comel dan hensem dan riang gembira tu. Bila sedih, sedih gila, dan yang sedih tu, mesti mati sebab kena langgar dengan kereta, accident, atau sebab ada cinta tiga segi *HAHA, aku memang pro part MV sedih ni*. dan kalau group, hmmm, tak payah nak cerita sangatlah. tarian tu, dengan muka muka comel, atau bajet comel, atau gedik ke perasan hot ke, tetap menarik untuk ditonton. Yang best tu, semestinya bila ada tarian la kan. Hailaaa. Lepas tu, mereka ni siap teaser semua. curiosity mesti la meningkat bila tengok teaser je. HAHA. aku tergolong lah juga, masa awal mude remaja join bidang ni. AHHAAH, sekarang, macam hmppphffttt kecuali Super Junior la, sebab ada Donghae. *okay, gatal sangat tu* lagipun kan, Kpop ni, dia ditengahkan dengan hebat tau dekat Korea. Rancangan muzik dia, memang banyak dan menarik, lain dengan kita. Kita selalu banyak temu bual kan, dia tak, dia lebihkan persembahan, macam pertandingan jugaklaah. Tapi aku tetap layan lagu dekat negara aku ni, sebab aku kan Malaysian♥

Kenapa suka Donghae?


Aku rasa soalan ni dah banyak sangat orang tanya. DUH. penat aku nak jawab. aku bagi simple je la, sebab kalau nak cerita pasal dia, memang banyak. first, masa aku noob dalam Kpop *Masa Malaysia pun masih kureng dengan Kpop dimana kau susah nak cari org yang suka Kpop* aku suka dia sebab dia hensem dan comel. Lama lama, setelah aku perhatikan dia, kelebihan dan apa yang dia pernah lakukan, aku rasa dia seorang yang hebat walaupun ada yang lagi hebat dalam group dia tu. Dia mungkin tak boleh jadi se gentleman handsome man , Siwon, dance machine, Eunhyuk dan juga super voice, K.R.Y tapi dia ada sesuatu. hehe. itu antara aku dan aku je la. LOL. tapi apa yang penting, dia mengubah aku. bunyi macam geli, tapi itu hakikat. tapi, kalau boleh, aku memang lah nak orang Malaysia jadi suami aku, sebab aku kan Malaysian♥

Lelaki Korea hensem ke?


Hahahaha, aku nak gelak, HAHAHAHA. okay, aku cakap dekat sini la, kawan aku cakap, artis mereka memang hensem gila, make up tak kalah wa cakap lu. Make up dorang tu boleh sorok semua cacat cela tanpa kita sedar. Kita tengok punylah pehhh licin, tapi tak de lah licin mana. Tapi apa yang aku pasti, memang ramai je ada kulit elok, jaga gila gila. Dan pasal lelaki korea hensem ke tak tu, aku tak sure nak cakap apa. Ada yang hensem lepas surgery, ada memang semula jadi hensem, ada yang tak hensem, aaaaaaaaaah, entahlah, kau tanya lah sapa sapa yang pernah pergi Korea ke belajar dekat Korea ke, atau hidup bekerja di Korea nun. Kau tahulah nanti. Bagi aku, mata sepet tu penting, so ada je dekat Malaysia ni lelaki mata sepet kan kan kan, so apa salahnya, sebab aku kan Malaysian

Apa yang bestnya variety show Korea tu?


Lain dari dekat Malaysia. Susah nak cari rancangan macam mereka di Malaysia. Kan bagus ada rancangan ala ala strong heart dekat Malaysia, atau mungkin dream team tu, haihhh. Ini tak, dekat sini talk show, cakap benda yang common setiap masa. hailaa. Jadi, aku bosan tengok. Kalau ada humor pun, humor yang aku kena gelak dengan tak ikhlas kadang kadang =.= *aku rasa macam orang gila* tapi aku masih jugaklah tonton rancangan tempatan ni, sebab aku kan Malaysian ♥

Kenapa belajar bahasa Korea?


Peh, kalau dulu kau tanya aku, aku akan cakap sebab Donghae tapi lepas aku belajar, aku rasa, sebab aku nak belajar, sebab aku nak explore bahasa mereka. Aku nak jadikan third language aku, dan lepas ni aku aim mandarin. Walaupun aku belajar basic Korean je, tengok drama, kadang kadang tak ada subtitle aku dah boleh 50% faham, tapi aku tetap rasa, kurang. Aku nak belaajr lagi lagi dan lagi, tapi laaa ni, aku dengan bahasa Indonesia aku je la. Tapi, aku tetap suka bahasa Malaysia juga, bahasa utama aku! Sebab aku kan Malaysian.

Apa yang ada pada Super Junior muka jambu yang tak habis dengan Sorry Sorry tu?


Group terhebat. Bagi aku, itu title untuk mereka. Fake ke tak fake ke, bagi aku, mereka punyai satu aura. Dan aku yakin, mereka memang on top la, sebaris TVXQ semua. Dan mereka antara sunbae yang disegani. Mungkin masa akan datang, mereka tak sepopular sekarang, tapi mereka akan tetap bersama, kekal sebagai Super Junior. Dan akan terus, dihormati hoobae mereka. Aku tahu ada yang kata, geli tengok lelaki comel comel macam diorang terutamanya lelaki lah yang cakap, dan ada je perempuan, tapi bagi aku, mereka ni tak kenal budaya Korea sana, so tak tahu, kenapa dia A dengan si B cium pipi selamba, peluk peluk dan pegang tangan padahal sama jantina. Kalau dekat Malaysia, culture kita lain, senang disalah anggap, tapi sana, kau akan fahamlah kalau kau belajar nanti -.- Tapi aku tetap hormat culture aku, sebab aku kan Malaysian.

Kenapa perempuan yg tgk drama Korea nak ada bf macam lelaki dalam drama tu?


ni benda common yang selalu di komen oleh orang orang yang buta pasal kami yang minat Korea. Sebenarnya, kami memang nak macam, tapi tak adalah nak sangat, tak ada lah important sangat. sekadar keinginan yang biasa je. Bukannya nak sangat sangat. Contoh la, aku memang la nak ada orang ikat tali kasut aku bila terlerai, tapi aku tal ada lah nak sangat, maksud aku, aku lebih rela ikat sendiri. Aku nak jugak ada lelaki selamatkan aku time aku dalam kesusahan yang teruk, macam dalam drama Korea, tapi aku masih nak solve sendiri kesusahan tu. Kadang kadang, orang tak faham, fan girl ni macam mana. Mereka hanya nampak, menilai sendiri dan berkata kata dengan mudah. Macam adik aku. Aku cakap Donghae tu abang ipar dia, dia marah marah dan bebel bebel cakap aku ni berangan, tapi hakikatnya, aku ni tak adalah nak dia jadi laki aku, hish. fan girl memang suka la fantasy fantasy gedik gedik panggil oppa semua, tapi last last kawin dengan orang Malaysia juge,tak kire apa bangsa. tak pun, orang lain, yang penting bukan yang dia gembar gemburkan. HAHAH. tapi aku tahu, dekat Malaysia ni ada je lelaki macam tu, cuma tak menyerlah. Gagal menyerlah, tak macam Seth Tan. Tapi Seth Tan tu pun, bagi aku biasa, aku tak tergila gilakan dia macam aku suka Hae =.= HAHAH.

Pendapat?

Aku rasa, yang suka cakap pasal fan girl atau Korean freaks ni, yang suka bash bash tu, aku rasa elok kau faham dulu la siapa sebenarnya kami. Kami tak pentingkan badan dia ada six packs ke tak/slim habis, kami tak pentingkan dia topless/sexy ke tak, kami hanya fans. Kami hanya huha huha kejap, kemudian normal. Kami tetap manusia. Aku tahu, Korean Wave makin menge'wave' dekat sini, tapi aku mula rasa jelek juga. Sebab semua pun nak pancing kami yang suka Korea ni. Kalau dulu, satu dua magazine je ada pasal Korea, sekarang semua magazine nak ada, campur surat khabar lagi =.= hishhh, benci taau. aku tak tahu nak beli yang mana daaah.HAHA.

kalau dulu budak kecik nyanyi lagu westlife, siti nurhaliza, aizat dan adam, sekarang lagu Beast, Super Junior, Wondergirls dan SNSD bermain di bibir mereka, siap dengan choreo. Hahaha. Kalau dulu kau asyik dengar lagu Malaysia, Indonesia dan Inggeris dalam radio, la ni, ada lagu Korea lagi *part yang aku suka*. Kalau dulu budak budak baya aku umur 11 ke 12, pakai biasa biasa, sekarang budak Malaysia umur macam tu, dah kenal Korea, semua style Korea. Memang sekarang, semua pun Korea.Tapi aku tetap masih rakyat Malaysia yang tipikal, LOL, sebab aku kan Malaysian.

Wave tu wave jugak, fan girl tu fan girl juga, jalur gemilang dah pasang belum? Hoii, tak reti nak pasang ke? Aku awal awal dah naik dah bendera, tahu? Kekekeke.

Konklusi

Korea korea juga kawan kawan, tapi asal usul, budaya dan pegangan kita jangan dilupa. Apa pun jenis lagu, drama atau kumpulan yang kita suka, KITA TETAP MALAYSIAN. Negara kita pun harus dihargai, apa yang ada di negara ini, harus terus dihargai. Kenapa?
sebab kita kan Malaysian♥ ^^

dikesempatan kecil ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua readers. dan kawan kawan aku, tak kira di mana korang berada. maaf kepada sesiapa yang pernah aku lukai hatinya, tersengaja atau tak, sori tau. aku tak ada niat, serius. berhappy lah korang semua sebelum masuk U buat degree hensem tu. LOL.

aku juga nak ucapkan, selamat menyambut hari kebangsaan. Malaysia, tanah tumpah darahku. Merdeka! terimas atas segalanya.

kbai;

han

p/s: pendrive aku yang namanya HAESAYANG telah menyorok dalam rumah ni, aku memang bunuh dia kalau aku jumpa, serius. LOL

5 comments:

eja an said...

nice! same thoughts >.<

UknoWana said...

kekeke... kyopta!! teehee...

han eba said...

eja : thankiesss

uknowana: apa yang comel?

aja ja said...

hahaha ini best ni ;D

han eba said...

heheh ;D