Tuesday, August 23, 2011

kisah pendek di bumi kaya, Indonesia


oh hai. entri kali ni panjang sangat. kalau rasa nak baca, bacalah. kalau tak, erk, suka hatilah. nak mulakan dengan apa? kejap, motif gambar? SEBAB HENSEM!


WHATTA, HEECHUL NAK BLAH PERGI ARMY THIS SEPTEMBER? DUH!


aku sesak nafas, bak kata mandarinnya, que yang. haila, nak chow dah. sabar la sat, kita enjoy dulu dengan tour bang :'(

okay, kembali kepada cerita asal. ehem, ehem. okay, ini kisah aku dengan bumi kaya , Indonesia. dan lebih spesifiknya, aku dan Palembang. Aku dan kota kedua terkaya di Indonesia, iaitu Palembang. Aku dan Palembang, aku dan Palembang =.= okay, cukup, ape aku mengarut ni? untuk lebih lanjut pasal Palembang, reti reti kan google yeah =.= (ayat yang buat Pika bengang setiap kali aku cakap, Google lah)

okay, masa hari first sampai, aku tak buat apa apa, aku cuma kemas bilik yang dah berhabuk. dan itu kali pertama aku berbuka di tanah air orang, itu kali pertama. bunyi macam sadis boi, tapi, erk, tak sadis sebenarnya. aku berbuka makan nasi lemak air asia kau tahu, hehe. lepas tu, Kak Lis (yang jaga rumah kos kami) datang ke bilik dan memberi aku sesuatu. aku nampak benda tu macam familiar, tapi pelik. dia suruh aku makan. semangkuk benda yang aku macam, aku kata , macam' familiar' tapi apa yang aku sangka itu sangat salah. apa yang aku fikirkan saat itu,ahh menolak aja, segan deh. segan. haha. dia kata "jangan takut, makan aja, ini makanan indonesia" aku ragu ragu, beberapa saat kemudian, ambik je la. hish.

dan apa yang aku sangkakan adalah pengat pisang, sekali, kuahnya ala ala pengat pisang punya kuah, tapi bukan pisang, sebaliknya, ubi. erk, agak pelik di situ. tapi, aku taram je la sebab Kak Lis bagi bonus dengan secawan coca cola (sejuk!) hakikatnya,aku rasa macam membazir kalau nak beli coke dekat sana, sebab harga dia macam mahal dari Malaysia, oh mai!

hari kedua dan seterusnya aku lalui dengan baik. aku bersahur kadang kadang makan maggie dan juga apollo. kau tahu apollo tak? Kek apollo tu, yang bersalut coklat tu. tahu dak? TAK? aku sarankan kau Google sekarang dan hafal rupenya, kemudian datang ke blog ni semula, dan sambung baca, HAHA.

berbuka? agenda paling best. agenda paling aku tunggu, iaitu order nasi goreng dari mas taufik. mas taufik ni, dia ni, kita boleh upah dia beli makanan, tapi kita bayar duit minyak motor dia. kekekeke. so, setiap kali berbuka, aku memang makan nasi goreng. tak ada yang lain, tak ada. cuma ada sekali, aku ke A&W dan merasai nikmatnya float di sana. dekat sana, aku rasa nak gelak guling guling kau tahu, sebab dia cakap "selamat datang ke aewae", ahh, macam tu lah. bagi foreigner macam aku, peh, sesuatu yang menakjubkan boi. bukan main boi, bukan main!

dekat sana, aku habiskan novel dwilogi andrea hirata iaitu padang bulan dan cinta di dalam gelas. kau akan tahu apa itu
'cinta di dalam gelas' lepas kau baca ! bukan seperti apa yang kau sangkakan, bukan boi. dan, memandangkan aku belum ada rezeki nak punyai laptop, jadi aku siap sediakan Namhae (iPod), tetris game dan novel tu beserta majalah epop keluaran terbaru, yang aku malas nak baca sebab aku asyik melayan novel si andrea (maksud aku,time dekat malaysia, aku baca novel dia tapi tajuk lain). Haila.

okay, dekat sana, sekitar 2.00 am waktu sana dan 3.00 am waktu sini, akan kedengaran, ada orang jerit 'SAHUR SAHUR' dan dia akan pukul something yang dia bawak. walaweyh, kalau kau tengok jam, eh baru pukul dua, tanpa kau sedar, kau bukan di Malaysia. Kau di Indonesia. Aku ada niat nak join benda tu sebenarnya, dan kalau korang sering ikuti tweet aku, aku ada jiran lelaki dekat rumah kos tu yang datangnya dari Malaysia dan ambik kos sama dengan aku. dia, aku gelar ' jiran prihatin ' kerana dia bangkitkan aku sahur dengan ketuk tingkap aku dan cakap "eba, bangun sahur. eba, eba!" kuang asam, aku dah sahur, kau kejutkan aku. sebab tu lah aku panggil dia, jiran prihatin. okay, berbalik pada pakcik sahur tu, semalam, aku sembang dengan jiran aku depan pintu, cerita pasal itu ini dan bla bla. lepas tu, aku cakap aku nak join orang jerit sahur sahur tu, then dia cakap, nanti pukul 3am (hari ini) kita pergi lah ikut dia jerit jerit, dan aku cakap, pukul 2am dah keluar dah pakcik tu jerit sahur sahur. jadi, tepat pukul 2am, aku dan jiran prihatin berusaha keluar dari rumah kos itu untuk ikut pakcik tu. gate pertama berjaya dibuka, namun tidak gate kedua. =.= GAGAL dibuka. kau tahu gagal? TAHU? jadi, kitorang pijak je gate tu, tengok mamat tu jerit sahur sahur, HAHA. macam ni pun boleh boi~ HAHA. lepas tu, aku dengan selamba cakap hai dekat pakcik sahur tu, dia macam terkejut masa pandang aku yang masa tu dalam hoodie warna hitam (gaaaaaah, hantu) , lalu dia memalingkan muka, dan jalan ke depan sikit dan memalingkan muka ke arah aku, dan berlalu pergi dengan jeritan sahur sahurnya. jiran aku cakap "kau ni pelik lah" aku memang PELIK boii.

okay, habis kisah sahur, aku pergi hal registrasi. okay, aku kena pergi kampus lain, iaitu kampus utama untuk register. Terletaknya di Indralaya yaa bapak bapak dan ibu ibu sekalian. jadi, memang kena bangun awal. okay, di sini aku selitkan lagi salah satu sebab kenapa dia dipanggil jiran prihatin, like seriously, baru semalam aku tahu dia suka membebel dan bercakap cakap, baru semalam setelah berconversation di depan pintu. okay, kenapa gelar dia jiran prihatin lagi ni? kenapa? ada ke, dia suruh aku bangun pukul 5am, sebab nak suruh aku siap siap pergi Inderalaya padahal janji keluar pukul 6.30am. kau dapat bayangkan, awal gila suruh aku bangun. dia bebel cakap, nanti nak siap and bla bla. aku macam, ahh, kisah apa. 5.30am pun boleh bangun! 30 menit waktu tidur itu sangat penting ya, sangat laaah penting bagi aku. HAHA. okay, kembali ke hal registrasi, aku kena register, dekat Inderalaya nun. so, sepanjang perjalanan, aku sangat tersentuh. sangat tersentuh. perjalanan ke Inderalaya ni macam satu perjalanan melalui satu kawasan pedalaman. kiri kanan hijau, tak diteroka. tak diteroka! sebab itu aku kata, bumi kaya. hijau dia tu bukan hutan, tapi macam ala ala sawah padi. dekat situ, kau akan nampak, ada wanita wanita tua menyapu jalan, ada rumah usang yang berpenghuni, ada kanak kanak sedang bekerja, ada lelaki mengangkat muatan berat, ada banyak lori yang besar dan macam macam. kau akan rasa semacam terharu. terharu sangat sebab cantik dan sedikit rasa simpati. aku sampai tweet donghae suruh dia datang sini. di tepi jalan banyak gerai gerai macam selalu kita tengok dekat jalan dalam yang jual buah buahan tu. hailaa. dan saat tu, waktu tu, disebabkan novel novel Andrea itu juga hati aku terdetik "banyak yang akan aku belajar dari bumi ini."

sampai di sana, kami uruskan hal urine test, dan semestinya, kalau bulan puasa, susah gila kau nak dapat urine (merujuk kepada aku) dan aku jugak pergi buat ID kad bagai. dapat kot semua, warna kuning kau tahu. gila penyokong FT I sland. HAHA. dan hari itu berakhir dengan sangat penat. sangat penat wa cakap lu !

Penat kan baca? Tak nak baca dah? Terserah. Ingat, aku hanya memerlukan pembaca dan pengkomen setia sahaja;P terima kasih kepada yang sudi nak sambung. dan yang dah dapat kad raya, yeay! haha. okay, jom sambung. sebelum tu, ni version B punya cover album. AWWW,cuci mata..

=.= suka sangat nunjuk pusatnya,hmphhhhft

tinggal di negara orang memang rumit, memang rumit. lagi lagi, tempat rumah kos aku tu, merupakan Islamic Town. so, kita kena tahu lah nak beradab. kitorang kena jaga adab as foreigner dekat sana. tak boleh nak bajet macam negara kita. hmm, dan yang penting, tingkah laku itu, memang kena jaga. kalau tak, haissh, takut jadi benda yang tak di ingini. contoh, jangan jalan dua dua dengan lelaki. tak elok dilihat jiran tetangga terutama pada waktu malam. macam tu la. jaga adab la, Islamic Town kot. dan diminta, barang berharga semua di simpan baik baik. kena jaga keamanan. jangan buat hal. jangan bergaduh dengan orang orang sana, baik baik dengan mereka. hormat culture mereka, banyak lah. malas nak sebut. itu peringatan kepada kitorang sebelum start belajar dekat sana september ni.

dan dalam 10 hari aku habiskan masa dekat sana, aku tak banyak explore kawasan tu sangat sebab aku rasa belum masanya.Buat masa ini, aku familiar dengan Palembang Square sahaja. nak beli apa apa, datang sini je, senang sikit hidup aku. hahahaha.

okay, ini cerita paling best aku nak cerita. oh sebelum tu,dekat sana kan, banyak kot drama Korea tayang. HAHA. tapi dubbed dalam bahasa Indonesia la kan. Tapi, aku layan je. HAHA. okay, cerita best? apa dia? bilang sama aku cepat! LOL

semalam, aku kembali ke rumah kos aku, naik ojek boi. macam biasa la, aku jadi minah rempit dekat sana. LOL. haha. so masa aku naik ojek tu, mas yang bawa ojek tu tanya "tak balik hari raye ke?" kau tahu boi, dia bukan kata lebaran (yang biasa disebut Indonesian tapi hari raye) cakap KL kot. rupanya, baru aku tahu bila dia cakap macam ini dekat aku " nanti balik raye, kirim salam sama upin dan ipin" LOL, kaki upin ipin rupanya mas ni. HAHAHAHA. kalau korang nak tahu, Upin dan Ipin sangat popular tau dekat sana. wa cakap lu, super popular. Haila. Dekat sana ditayangkan dalam bahasa Malaysia dan ada subtitle Indonesia. Patutlah aku pergi carefour sana, aku tanye ada ke tak lapik meja, mas tu cakap melayu dengan aku "tak adeee" cakap KL boi! HAHAHA.

dan ini paling tak boleh bla, memang lawak tahap kambing. tadi nak balik, lalu imigrasi. check visa, pakcik tu cakap dengan aku " balik hari rayee kee?" OMG, semua dah jadi orang Malaysia ke? HAHAHAHA. lepas tu siap cakap " datang nanti bawak nasi lemak!" dalam hati aku, hmmm. lepas tu, aku tanya "pak nonton upin ipin ya?" lepas tu dia cakap "Iya, ada roti canai lagi" LOL. aku dah macam, SPEECHLESS. semua demam upin ipin ke? OMGOSH. haihh. dan lepas tu, aku pun masuk la balai perlepasan. hehe.

well, apa yang aku ceritakan ni, semuanya benar. aku just nak kongsi dengan korang. pasal kot, kawasan uni semua, bila aku rajin, aku update la. atau tak, kau Goo... (pepaham je la kan) HAHA.

penat gila aku taip, haihh. dah dah, aku nak tengok update SUJU pulak. da da~

kbai;

han

p/s:buku, steteskop dan sekalian yang lain tak beli. haha. perasan tak ada boi aku selalu tulis? itu cara orang melayu Belitong cakap, macam gantikan nama. hehe, lebih lanjut, pepaham lah kan.oh ni khas untuk semua, I fall and run for you Hae, confident je kau eh Hae ;P


4 comments:

kimyana said...

aku tak tahan dengar part 'jiran prihatin' mcm kelakar sgt bunyi.hahaha

kat sana memng sahur dorg ketuk bnda tuh sama mcm cerita indon.aku ingtkn dlm tv je dorg ketuk2 bgn sahur.haha.bestnyeeee~;D

han eba said...

yelah, jiran prihatin, okay apa nama. penat aku fikir nama untuk dia. HAHAHAHA

yeah, nanti aku ketuk kuali depan umah kau time sahur.cakap je bila

-@kie@'92- said...

eba! bile gi indon? x gi tau pon...gaga~ wat ape kat sane? cam best je..

han eba said...

pergi exactly this 6.9. hari tu pergi sebab nak daftar :) I miss youu