Monday, September 5, 2011

aku memang suka ponteng


tajuk tu,sila faham sebaliknya, HAHA

sebab tak ada flight ,jadi aku balik lambat ke Palembang. Sebab raya hari tu, aku balik ke Malaysia sebelum sempat aku join orientasi dekat Palembang.

aku memang suka ponteng,lepaklah, ini kan universiti je, ape je. *sila faham sebaliknya*

masa sekolah , aku selalu datang sekolah setiap isnin. aku boleh kata, tak ponteng punya la, hari isnin! *sila faham sebaliknya*

haaaaaaaaaaaah, zaman sekolah aku memang tak suka ponteng dan sekarang bila masuk U, aku suka ponteng *sila faham sebaliknya*

aku benci Donghae *sila faham sebaliknya*

kau busuk, ye kau, yang baca post ni! *sila jangan faham sebaliknya*

Shinyi dah balik Kedah sabtu lepas, Shinryu dah pergi UM semalam, Yana chow hari ini. Aku? Chow esok. Memang berturut la. Lawa siot!

Hari terakhir di Malaysia, aku masih bersyukur sebab aku dan lengchai masih hidup di bawah satu langit. Bukan bumbung! Kami hanya pernah belajar di bawah satu bumbung. hehe.

Macam macam benda aku nak buat sebelum balik ke Palembang. Aku nak minum Cool Blog, aku nak minum Mocha dekat Dunkin Donuts dan aku nak pergi cari mask hari ini. Beli barang, pack barang.

OMG. aku lupa nak kemas luggage.arghhh

kbai;

han

p/s: HAESAYANG officially hilang. Nak buat macam mana? Redha sahaja la. Beli baru nanti. Dan ada kpop konsert dekat Perak 9 sept ni! Dan aku tak ada di Malaysia, sangat UNFAIR. nak tahu siapa post aku gambar dekat bawah ni? Manager si coffee boy! OMG. siapa coffee boy? Penyanyi indie Korea. weehoo.


2 comments:

nurul norman said...

kte pn kaki ponteng ! *sila fhm sebaliknya* eh, tp mcm btl je. actually, overslept. kekekekee

han eba said...

kau punye tak payah faham sebaliknya. HAAHAHAH