Monday, September 12, 2011

benda sensitif di bawa main!

aku mula jelek, kalau kau terus macam tu.

isu agama, isu sensitif bukan? Isu yang melibatkan agama aku, agama orang lain, jangan pernah kita bangkitkan isu yang boleh menyebabkan sesuatu kumpulan itu berpecah belah. jangan pernah bangkitkan isu yang sensitif pada orang lain.aku memang rasa, orang seperti ini, tak beradab.

Kalau kita sesama agama, aku faham lah, kita saling berkongsi pasal agama kita. kalau nak bangkitkan isu agama org lain, pastikan kau tu intelek, ini tak, apa pun tak boleh *HAHA* yelah, kau tak tahu pasal agama aku, diam je la, kau sibuk nak komen itu ini kenapa? kau kata kau free thinker? free thinker tu lantak kau la, aku kisah apa, tapi aware la sikit pasal orang lain.

aku memang tak suka. aku boleh hormat agama kau, kenapa tidak kau? kenapa kau nak pertikaikan benda yang kau tak faham. kau tak faham apa pun pasal agama aku, tapi cara kau cakap, macam kau rasa agama aku tu untuk di bawa main main. aku boleh terima pandangan orang lain, tapi beragaklah!

kenapa kau nak cakap pasal tudung? kenapa kau persoalkan tudung orang? kau tu pakai hot pants bagai,seluar pendek semua, ada aku kisah? Tak kan? Sebab aku hormat kau dan agama kau. Aku tak tahu mendalam pasal agama kau, jadi aku tak ada nak komen komen, kau tu tak faham pasal agama aku, nak cakap lebih? OMJAAY.

Kau nak pertikaikan kenapa perempuan nak kena hormat suami? OMGOSH, sebab kau bajet free thinker la kau tak tahu benda benda macam ni. Semua agama suruh perempuan taat pada suami. Hish, nampak sangat kau sendiri tak mendalam pasal agama kau, itu yang aku pelik.

Kau kata, Tuhan itu satu. Memang lah satu, bagi aku, SATU! bagi kau pun satu! Tapi Tuhan kita tak sama bukan? Fahaman agama kita berlainan bukan? Kalau aku boleh hormat agama kau, kenapa tidak kau? Aku masih boleh terima segalanya, but sampai satu masa, aku mungkin akan buat sesuatu yang kau tak suka. Hormat la orang lain. Kalau aku boleh hormat, kenapa kau tak boleh?

Come on la, kita satu batch, satu negara, berbilang bangsa, kenapa kau nak suarakan benda benda sensitif dekat aku? Kalau kau tak suka tudung, rasa menyampah, jangan suarakan macam kau bagus sangat. Kau ni memang tak belajar sejarah ke apa? =.= dalam pelembagaan dah kata, itu isu sensitif. ish.

Kawan seagama kau boleh tahu pasal rukun islam dan hormat aku, hormat agama aku, kenapa tidak kau? Sebab kau bajet kau tinggal dalam suasana alaf baru ni, kau anggap itu semua kuno? Haish, kesian kau ni, aku rasa kurang didikan. Hari tu, aku kenakan sekali, tarik muka. Tahu kau malu bila aku buat macam tu, rasa terkena kan? Tapi aku tak ada efek pun kalau kau asyik cakap dan bajet bagus dengan aku. Aku terima je, tak ada nak tarik muka.

Kan bila kau sentuh hal agama macam ni, aku dah pandai balas cakap kau, siapa suruh? Kau tahu aku Islam, kau boleh pula tanya kenapa aku tak pergi ikut orang agama lain sembahyang? OH GOSH. kau asyik cakap, pasal Tuhan itu satu, dan jangan mendiskriminasikan orang lain sebab agama,Aku rasa, kau nak cakap, agama aku, selalu mendiskriminasikan agama lain? Atau kau nak cakap aku mendiskriminasikan agama lain? Whatta FISH is that?

Aku puasa, aku tak kisah kau makan depan aku. Aku tak kisah langsung. Kalau aku mendiskriminasikan agama lain, konfem aku dah marah dah korang makan depan aku, aku dah caci maki dah. Ish, tak faham aku!

Orang yang bajet bagus dan free thinker, meh sini aku nak cakap. Kita ni, ada agama masing masing. Reti retilah hormat agama lain. Kau nak free thinker sangat kan? Haaa, free thinker pun pandai hormat agama orang tau. Walaupun ada yang tak percaya Tuhan, tapi dia masih tahu orang sekeliling dia percaya dan dia tak akan membangkitkan isu agama. Kalau dah bagus sangat, dah free thinker sangat, dah fikir bagus sangat sampai nak senda gurau agama orang lain, aku rasa kau baik belajar dulu pasal semua agama, penuhkan dada tu dengan ilmu, supaya kau tak akan asyik nak bangkitkan benda yang kau tahu sensitif.

Aku tak sound kau sebab aku hormat kau, tapi bila hal macam ni, sampai dah melampau, sorry lah kalau aku balas kata kata kau, aku memang tak ada niat~

aku rasa, kita yang dah berbilang agama dan bangsa ni, tolong saling hormat boleh? Ajaran hormati orang lain, aku rasa semua agama pun ada terapkan, kecualilah kau yang bajet free thinker hebat, padahal free thinker lain masih tau apa itu hormat. Orang macam ni lah selalunya orang gelar, "belum apa apa dah berlagak" yelah, baru seminggu dapat title medical student, mestilah kaan =.=

whatever la.

kbai;

han

p/s; Sabar je la. Sabar!

2 comments:

nurul norman said...

ohh panaass panaasss =O
gagaga lek luu bro~! =p =DD
syabas dan tahniah buat anda =D woott woott =DD

han eba said...

panas laaa. tah pape tah. bajet bagus. ish, sabo je la. kamsahae ;D