Friday, September 2, 2011

childhood memories

aku tak nak cerita pasal raya. sebab bila raya je, aku mesti bangun paling lambat, mandi, bermaaf maafan, tangkap sedikit gambar dan tidur.

agenda utama raya : tidur

pembaca hensem dan cantik sekalian, jangan kau tiru perangai tak senonoh dan sememeh penulis blog amatur ini.

aku nak cerita pasal kisah aku dan kampung. memandangkan aku dah lama sangat nak cerita benda ni, aku rasa, aku harus memperuntukkan masa untuk recall semua memori yang aku pasti, hampir hilang dimamah usia. ada kawan aku cakap, memori tu tak ada butang delete, so tak boleh hilang. tapi aku percaya, memori tu akan hilang, kalau kau dah hilang ingatan secara kekal. HAHA.

okeh okeh, aku nak cerita, kisah aku dan kampung.

sejujurnya, aku masa kecil, tak duduk dengan parents aku. sebab? sebab mereka busy bekerja, nak jaga adik aku yang time tu kecik lagi, so aku dan abang aku, ditugaskan memeriahkan hari hari opah dan atuk aku. *seharusnya, merosakkan hari hari mereka, tapi come on la, cucu sulung dan kedua nak duduk bersama, haruslah bahagia* sebenarnya, paling tepat, merosakkan hari maksu aku, sebab masa tu, dia masih remaja, aku dengan dia beza 11 tahun je. abang aku dengan aku beza setahun je. hehe. so , aku tak nak cerita panjang pasal intro yang aku rasa hanya nak memanaskan jari untuk menaip, ehem.

aku jadi budak kampung, dari umur 2 tahun kot (aku tak sure) sampai umur 4 tahun. dan lebih hebat, abang aku pernah bersekolah dekat kampung. gahahahahaaha.

apa yang aku masih ingat pasal kampung?


aku selalu tolong nenek aku asingkan kekabu dengan bijinya. kau penah tengok tak kekabu tu punya pokok? kulit luar kekabu? biji kekabu? hmm, bandor sangat lah korang ni. haila. pi gugel tu.

aku pernah makan buah koko yang atuk aku petik. sat, korang tahu ke pokok koko tu macam mana? tak? bandar gila lah kau =.= syok uh makan buah dia.

atuk aku selalu buatkan layang layang untuk aku. guna lidi. aku dengan abang aku selalu la juga main layang layang. bahan utama------ benang, surat khabar, gam dan lidi. hehe. rindunya. atuk aku memang sayang dekat aku. hmm.

aku ada pancing! atuk aku buat guna buluh. masuk hutan cari buluh. cacing sebagai umpan :) walaupun buluh, bagi aku itu sangat berharga.

aku pernah asingkan tempurung dengan kelapa. bawah tempurung ada satu lagi layer, kulit kelapa tu la. kulit tu aku kene bersihkan. so, aku pun tolong opah aku. diorang panggil mematik. bukan matematik ye hensem hensem dan cantik cantik sekalian, MEMATIK. gambar bawah ni, sebagai rujukan.


aku pernah berendam dalam parit yang dulunya BERSIH. syok siot. haha. sekarang, macam macam sampah ada, aku tengok pun tak lalu. hish. memandangakn parit tu searus dengan laut, errk, maksud aku air tu air laut, bila musim hujan, laman rumah opah aku akan banjir, tapi rumah opah aku kan kat atas, rumah kampung, so rumah tu tak masuk air la. so, bila laman banjir dan jika time tu luck, siap hujan, hmmm, memang aku raya sakan habis lah kan. aku tak tipu, syok gila. la ni? aku rasa macam, air tu dah kotor, so aku malas nak main dekat laman tu, lagipun aku dah terlalu BANDAR dah. dan aku malu untuk akui, aku dah jarang balik kampung. opah dengan atuk aku selalu datang sini.

aku selalu ikut atuk aku naik motor pergi kedai *aku jadi minah rempit dulu. (maksud aku, aku bonceng motor)* bila sampai kedai, aku mintak beli jajan. kau tahu, zaman dulu kan susah, lagi tinggal dekat kampung, so atuk aku beli tapi yang murah la. dan dan dan, dulu ada mainan yang jutawan/jutaria macam tu la. aku selalu suruh atuk aku beli, tapi sebab tak ada duit, atuk aku tak beli. time tu RM 10,besar tu duitnya. haihh.

kalau dah pergi kedai, mesti pergi pasar jugak kan? opah aku selalu bawa aku pergi pasar. La ni, nak pergi pasar pun tak mahu, aku memang terlalu dibandarkan. salahkan bandar ni. HAHA. salahkan diri sendiri la. opah aku selalu belikan aku asam, dan sampai sekarang, aku suka asam. dan kalau kat pasar tu, ada mainan tau. dan kau tahu tak tetris game tu? tahu tak? dulu rm 18 kau tahu. aku nangis nangis minta dekat atuk aku. tapi sebab tak ada duit, so dia tak beli. aku selalu juga la sedih sebab aku nak mainan tu. lama aku tunggu untuk dapat mainan tu, dan aku tak ingat bila, tapi setelah satu penantian yang sangat sangat lama, akhirnya aku dapat satu, warna hijau. tapi benda tu aku tak tahu dah kemana.memang teruk punya orang .

"aku ada beli yg baru, harga rm4. zaman kegemilangan benda ni dah berlalu"

kau pernah tak, pagi pagi bangun, turun kat bawah, tunggu lori cina kutip hasil kelapa yang opah aku usahakan tadi. banyak, tapi duitnya sikit. aku selalu tunggu lori tu dengan nenek aku. sambil sambil tu, aku pecahkan tempurung kelapa dengan baling dia ke jalan. hehe.

sebenarnya, masa aku sekolah rendah, bila bulan puasa je, mak ayah aku mesti hantar aku dan adik beradik aku balik kampung. dan sepanjang bulan puasa tu, aku duduk dengan atuk dan opah aku. aku dibawa pulang ke bandar masa aku dah nak masuk 5 tahun. so, aku pergi sekolah tadika semua dekat bandar ni, bandar yang aku duduk sekarang ni la.

dulu, masa kecik, aku selalu ikut opah aku pergi surau berdekatan, yang aku jalan 1 minit pun dah sampai. AHAHAHAH. dekat gila. ada satu malam tu masa nak pergi surau, aku nak bajet hebat, dalam kegelapan malam yang tak ada lampu tu, aku tutup mata sambil jalan atas titi. dan resultnya, aku jatuh dalam parit yang waktu tu airnya agak tinggi. lalu, aku dengan kepandaian yang dikurniakan(bajet lagi), aku terus peluk tiang titi tu sementara tunggu maksu aku selamatkan aku. HAHAHA. lawak oh.

bila aku dah nak masuk 5 tahun, aku dibawa balik ke sini. duduk sini. bandar yang tak ada parit, tak ada pokok kelapa dan pokok pisang. kalau dekat kampung, aku selalu cari kepompong dekat pokok pisang, lepas tu masukkan dia dalam parit, dan mati laah dia. aku pembunuh serangga kot masa tu. hish. jahat en en en. korang pernah kena gigit lipan? pernah tengok lipan secara live, panjang dan merah? aku takut sebab aku selalu kena gigit. geli akuu. dan aku nak tanya, korang pernah tak kejar itik atau bangun pagi bukak reban ayam dan itik?

aku rindu zaman itu.

duduk dekat bandar, memang tak best bagi aku masa aku kecik. ayah aku kata, sini ada byk kemudahan, dan aku redha. tapi setiap kali opah aku datang sini dengan atuk aku, bila diorang nak balik je, aku mesti menangis, sebab aku dah terbiasa dengan diorang. aku suka sangat diorang. tapi tengoklah, bila dah meningkat dewasa, aku sangat sangat jarang balik, sangat sangat jarang. dan aku selalu juga mengelak, sebab nya, aku mula rasa tiada apa yang menarik. biasalah, zaman remaja ni selalu buat kita alpa. kadang kadang, setahun sekali je aku balik. ish ish, teruk betul aku ni. haiyaa. nak buat macam mana, kadang kadang aku sibuk juga. tusyen dan macam macam aktiviti. ayah dengan mak aku pun selalu sibuk. hmpfttt.

aku dah terbiasa dengan bandar, aku dah terbiasa dengan kemudahan, sampai aku lupa tentang tempat aku pernah membesar dahulu. tapi aku rasa, semua akan kembali seperti dahulu. tengoklah, aku dah nak belajar dekat Indonesia nun, lebih kurang macam kampung aku je aku tengok. lepas tu, dulu habis je sekolah rendah, aku dah tak naik motor dah dengan ayah aku, aku tak suka, tapi la ni, aku nak belajar dekat sana, transport paling mudah, adalah motor (yaaaaah, rempit again la nampaknya) . memang betul,

bila kita lupa tentang sejarah, sejarah akan berulang.

jadi budak bandar memang best, semua senang, tapi duduk dekat kampung banyak memberi pengalaman dan memori.

aku rindu zaman pergi makan ABC dekat warung Pak Itam, pergi kayuh basikal dari darat ke bagan, rindu untuk naik bas ke bandar dan aku rindu macam macam la. tapi hakikat dan nyatanya, aku telah meninggalkan zaman itu dan aku akan meninggalkan Malaysia ini juga.

memori ini mungkin tak akan kekal dalam kotak memori aku , kalau satu hari nanti aku hilang ingatan, tapi biar ia mekar dalam blog ni. dan seandainya aku hilang ingatan satu hari nanti, bagi aku baca blog ni, sebab aku coretkan banyak sangat memori pasal aku, dalam ni.

dah, aku nak kemas barang. bilik bersepah macam sarang tikus atau tongkang pecah. luggage semua tak kemas. aku dah nak fly, kan aku cakap, aku memang pemalas. apa pun tak kemas.

kbai;

han

p/s: heenim, good luck untuk military! Himnaeeeyo. jiran prihatin dah balik Indonesia. aku je lambat. HAHA. ini aku selitkan satu selca aku dan maksu aku. abaikan dia, dan beri perhatian kepada wajah hensem aku, ok!


3 comments:

nurul norman said...

kapas ? koko coklat ? bestnye ! =DD xpyh nk bndar sgt la kan. hahahaa
untung la kau dpt rasa semua tu. kte mse kecik pn suka blk kmpung. tp, kte xde memori indah2 mcm tu dgn atuk nenek +.+

nnt kt indon, carik la pokok koko+pokok kapas, bole bwt kapas utk bntal kau. erkk~! hahahha =p =DD

kimyana said...

ahahaha.lepas ko cerita segala hal ko pernh buat kat kg.serius aku nak ckp aku memng bandar.aku tak tahu semua segala perihal semua tuh..kah8

han eba said...

athirah: bandar la ni kaan. HAHAHAHAHAH. banyak masa aku nak pi indon cari benda alah tu je? HAHAHA

yana: kau memang