Tuesday, September 6, 2011

dah tiba masanya, semua orang pergi


aku tahu, memang sekarang ni musim raya, tapi musim ini jugaklah musim budak nak masuk degree selepas bercuti panjang.

aku tak terkecuali. aku sendiri, pagi ini, akan meninggalkan Malaysia yang tercinta ini. Selangor yang tersayang ni, Shah Alam yang bajet indah ni dan juga rumah aku, yang biasa biasa ni. Aku pergi berjuang, macam aku cakap, melaksanakan misi sepenuh hati, misi rahsia *tak payah nak rahsia sangatlah kan*

aku ada baca status status budak budak yang dah daftar, boleh tahan juga. ada yang siap cakap nak buat salam perantauan bagai, walhal masuk UniMas. Aku faham, jauh en. Perantauan la juga.

flight aku tengah hari ni. jadi, aku dah habis kemas tadi, banyak betul masalah. takut luggage terlebih berat. aku memang kalau boleh, nak bawak semua benda benda aku, penting uh. Kalau setakat dekat banting tu, aku boleh bersabar lagi kalau ada benda tinggal, ini Indonesia kot, jauh -.- err, naik kapal terbang memang la tak jauh wahai pembaca hensem dan cantik sekalian, taaaapi, mahal. cukup aku katakan, keluarga aku tak mampu la nak bagi duit untuk aku balik selalu *kalau aku balik selalu lepas aku masuk ni,err aku no komen lah, konfem ada sebab* ini dia luggage-luggage aku. hehehe


semalam, aku dah completekan benda aku nak buat. aku dah minum coolblog, aku dah minum Mocha Swirl dekat Dunkin Donuts dan aku dah beli skin care products. Aku juga sempat buat facial *hoyeah! tapi sengsara* antara skin care products yang dibeli adalah, jeng jeng jeng..



yang mask tu je aku nak, yang lain, mama suruh beli. yeah, kau faham kan, mak mak ni, memang suka anak perempuan dia make up sikit *lagi lagi jenis mcm aku yg tak reti nak bergaya *hampas di situ, jangan dibuat calon isteri*

aku nak ucapkan terima kasih kepada sayangku shin yi kerana memberikan diriku benda di bawah ni ;D suka♥


semua orang dah masuk U. yang buat degree tu maksud aku. hmm. aku tak tahu lah macam mana suasana belajar dekat sana. aku hanya pernah datang menyemak selama seminggu pada bulan 6 dan bulan 8. hehe.

oh, kepada kim yana;

aku harap kau belajar betul betul. teruskan usaha dan tawakal. terima kasih atas hadiah kau ;D suka sangat :) nanti tuntut dari kita tau bila bila kita balik Malaysia. Kita saaaaaayang kau ;D

dan, aku? apa perasaan aku nak lepak negara orang selama 5 tahun?

perasaan? entahlah, nanti aku ekspresikan bila aku dah lepak sana. okay? yang penting, teruskan sokong blog aku dan doakan aku jadi doktor terbaik dan terhensem dekat sana mengalahkan Dude Harlino (ada gambar dia dekat bas bas di Palembang sempena raya) dan Baim Wong (gaaaaaah, gambar dia hensem gila dalam pamphlet astro untuk Indonesia punya show)

yang penting, semua billboard dekat sana, penuh dengan gambar Agnes Monica kawan si Siwon. Oh, hakikatnya dia sangat beruntung berinteraksi dengan artis Internasional seperti Siwon itu. Man!

I can't stop loving you~ *Kim Hyun Joong, Kiss Kiss*

Lengchai, aku masih bersyukur kita masih berada di bawah langit luas yang sama, walau berlainan nama negara. Good luck Lengchai :)

Kawan kawan seperjuangan, selamat berjaya aku ucapkan terutama kepada sahabat sahabat dekat aku dan juga rakan rakan matriks :)

Oh, Indonesia beruntung menerima aku yang hensem ni sebagai salah satu student di sana :)

kbai;

han

p/s: untunglah kepada sesiapa yang dapat ke KMW tu. nanti kim salam dekat Jonghun aku tau ;D

2 comments:

nurul norman said...

nnt kte pn nk berlepas ke new zealand. jmpe dudu byk2, stdy sana. *perasan. tinggi angan2* ehh jap, asl lak byk2 negara ttbe kte nk g N.Z ?
hahahahahahahha =DD

han eba said...

kau mmg. tetiba N.Z jumpa rakan seangkatan lettew