Saturday, September 24, 2011

kau orang jenis apa?


dunia ini memang ada banyak jenis orang.

orang yang terlalu bajet bagus, orang yang suka fikir keburukan orang lain, orang yang cepat ambil keputusan tanpa fikir, orang yang memahami, orang yang selalu positif, orang yang tak dapat terima hakikat dikalahkan, orang yang fikir dia dah pentingkan hati orang lain, orang yang senang keliru dan macam macam lah.

aku pastinya tergolong juga dalam kalangan jenis orang kan. sebab aku kan homosapiens. LOL. so, aku nak cerita , based dari hobi aku yang suka memerhati, antara orang orang yang puas aku perhatikan, inilah hasil kajian aku.

orang yang suka puji diri, tapi based on penceritaan.

orang macam ni, dia tak akan selalu puji diri dia secara nyata, dia akan puji diri dia secara situasi. dia tak akan cakap dia cantik, tak akan cakap dia pandai, tapi dia akan cakap melalu penceritaan. contohnya "hari ini semua masalah, aku yang selesaikan" "dalam kelas tadi, semua budak tak nak dengar cakap aku, tiba tiba, lecturer suruh aku bagi pendapat, lepas tu semua orang puji bagus, sampai ada kata aku good" bagi aku, cukuplah kalau kau kata, akhirnya semua dengar cakap kau. kan senang. part puji nak letak boleh, tapi cerita tak payah nak meleret.

orang yang fikir diri terlalu bagus, tapi akhirnya?

akhirnya meminta bantuan orang lain... contoh, A rasa diri dia lagi bagus dan hebat dari B. dan B selalu dilupakan A. A akan selalu cakap dia ok dan gembira dengan apa yang B cakap tak ok dan tak gembira. sampai satu masa, tak ada kawan kawan A pun yang nak tolong A, dan akhirnya, A meminta bantuan B. padahal, dia tak pernah rasa OK dengan B. awkward kan? orang macam ni, memang ramai. bila geng dah tak ada, mula cari orang lain supaya boleh bantu selesaikan problem. hmm, manusia manusia.

orang yang konfius tapi nak ada pendirian based on pendirian orang lain.

orang macam ni, selalunya orang yang mudah percaya. contoh A cakap dekat B, yang C ni sangat baik, caring dan macam macam lah. so B mula rasa senang dengan C. satu hari B jumpa D dengan E dan kedua mereka cakap, si C tu tak senonoh, perangai teruk dan macam macam lah. so, B dah mula konfius. mana satu yang betul? tapi dia nak jugak percaya yang C tu baik dan sebagainya, akhirnya sebab dia rasa dia harus ada pendirian macam A , jadi dia terus pada pendirian itu sehinggakan bila dia jumpa D dengan E, dia rasa D dengan E tak suka C, sebab tu lah cakap tak elok pasal C. hakikatnya A dengan D dan juga E nak control B supaya faham pemahaman mereka, anda faham tak?

orang yang tak suka orang lain, cakap belakang tapi ambil kesempatan.

ini memang sangat banyak. everywhere kau boleh jumpa. depan baik je dengan semua orang, bila belakang, sumpah kutuk macam tak ingat dunia. ini manusia bermuka lima belas, HAHAHAHA. orang macam ni, dia selalunya dia jenis pandai berlakon. contoh, A dengan B kawan yang rapat tapi A ni, dia selalu cerita keburukan C dan C ni pula selalu cerita keburukan B dekat D, D ni pulak, dia jenis malas ambil tahu, jadi di buat dek je. Sememangnya, semua orang tak rapat dengan D sebab D ni lain sikit, tapi bila nak kutuk atau lepaskan geram, sama ada A , B atau C, semua akan cari D. dan bila A, B dan C bersama, mereka akan selalu kutuk D. tapi yang peliknya, bila nak kan bantuan, mereka akan berbaik baik sesama mereka, tapi lepas terima bantuan, mereka akan kembali bermuka lima darab tiga.

aku konfem, orang orang macam ni wujud di mana mana. bagi aku, sebab manusia ada banyak, so mereka ada banyak jenis. yang sedihnya, kalau jenis yang ok tu tak apa, tapi ada yang tak okay. kalau jenis tak okay yang teruk sangat tu, aku rasa kesian. aku pastinya ada sikap dan perangai yang orang tak suka, sebab kita kan tak mampu nak satisfy semua orang, so biar je la.

aku cakap macam ni " biar orang tak suka dengan kita, tapi kita mesti suka dengan orang, sebab satu hari nanti, mereka pasti akan cari kita untuk minta tolong" dan ternyata, benda macam ni betul.

so, ada yang terasa ke? ooops.

kbai;

han

No comments: