Tuesday, September 27, 2011

kenapa aku tak ada boyfriend?



"I got excited for no reason when I see Park Hoon (this guy) in Lie to Me drama. So cute"

isu sensitif betul. kenapa semua orang tanya? tengok pun tahu, aku tak ada namchin (bf). sibuk tanya kenapa aku tak ada? kau nak tahu sangat kenapa? ish.

almaklumlah, dalam kelas aku ni ( non-regular ) yang boleh kata semua lagi kaya tahap alien dari aku, semuanya ada bf dan gf. pacar gitu. dan mereka semua lagi muda dari aku, 17-18 macam tu. dan mereka boleh tanya, kenapa kau tak ada bf? apa aku nak jawab? senang je, aku kasi taram ini macam,

'siapa kata aku tak ada bf, aku ada lah. dia busy'

lanjutan pertanyaan.

'dekat Malaysia ke? Belajar apa?'

aku dengan muka tahan berak gelak, pun jawab


'Dia busy di seluruh negara. Dia kan penyanyi , pelakon pun boleh.'


soalan pasti akan sampai situ je, sebab pasti ada yang interrupt,

'Donghae lah tu,'

cis, baru nak kelentong.haihhh. jadi, kenapa aku dan single ladies lain tak ada bf? kenapa? ish ish ish, single ladies lain mungkin sebab baru break, dah bercerai, jual mahal, tak minat pada lelaki, menanti lelaki idaman habis belajar atau mungkin macam aku, spesis gagal cari bf atau lebih tepat lagi, tak pernah ada bf. aku akui, masa zaman muda dulu dulu, masa baru nak masuk alam remaja, aku jeles juge lah pada yang ada bf, tapi lepas tu, apedehal bro? Kalau setakat couple sebab nak suka suka, biar terubat sunyi dan nak menunjuk nunjuk lepas tu break, baik tak payah. okay, bunyi macam bajet bagus, tapi aku tetap cakap, ramai cakap aku lame dan loser sebab tak pernah ada bf walaupun tahun depan dah masuk 20. hahaha, aku dah ada suami, apa main bf kan kan kan ? *suami yang tak akan pernah jadi suami, Donghae*


jadi kau rasa kenapa? kenapa perempuan macam aku tak ada bf? kau nak tahu kenapa? mai sini aku habaq dekat hangpa semua kenapa.

1.aku tak secantik kawan kawan baik aku dan orang-orang cantik lain

2. fizikal, haaaaaaaaaa, yang ini aku memang fail. aku tak ada body shape yang ala ala S line tak pun yang perfect. aku berisi atau senang cite, adik aku panggil aku gemuk. ada ke lelaki yang berkenan dengan perempuan gemuk zaman sekarang? ada tu sampai suruh aweks kurus sebab nak aweks ada ideal body *suruh kurus, duit beli produk kurus tak nak bagi, kedekut!*

3. sebab kulit aku bukan sawo matang atau putih . aku berkulit gelap, err, maksud aku, tak ada la gelap sangat. zzzzz

4. sebab personaliti aku. ada orang pernah cakap, aku ni jenis yang tercover. macam mana aku nak terangkan, errr, macam berselindung, tak nak try tackle mana mana lelaki atau manja manja, atau tak ada sifat nak buat lelaki nak kenal? *whatta, aku bukan macam tu la weyh, suka hati aku lah, ish!*

5. kehenseman aku terserlah. aku ada sifat kelelakian sikit. err, maksud aku, aku ni kan ada abang dan adik lelaki, jadi ada kalau tengok kasut, aku suka yang ala ala sneakers tu, aku suka t-shirt dari blouse. aku kalau dengan lelaki, macam kawan lelaki dengan kawan lelaki *bak kata jiran prihatin*

6. aku tak tahu bf tu macam mana. adakah kena call dia, sms dia? errr, atau dia ni just ada bila kita sedih. entahlah, definisi bf tu sangat kecil dalam otak aku.kalau nak tahu, aku kena ada bf, masalahnya, aku memang tak ada masa nak bf bf dengan Donghae sebab dia busy *oopsss*

7. bapak aku tak approve. zzzzzzz. abang aku ada gf, adik aku, maybe tak lama lagi la tu *atlet lah katakan* tapi aku, zzzzzzz. aku kan loser, apa orang kata, hopeless romantic, sebab tengok drama korea dan suka lelaki korea, whatta. =.=

8. keinginan memiliki itu hanya sikit. aku tak tahu kenapa, mungkin aku tak jumpa lagi atau aku terlalu kuat pada pegangan "bf aku adalah lelaki yang sama jadi suami aku" jadi, ini yang buat aku punya keinginan tak ada? entahhhh.

9. aku tak pro sebab pengalaman tak ada. ada bf ni leceh sikit, bagi aku lah, sebab bila gaduh, down. bila tak call, marah. ex-gf datang, jeles. dan macam macam lah, so aku yang tak berlayak nak ada bf ni, tak pernah fikir, nak ada. kalau aku ada suka mamat tu, suka suka macam tu je la. hahaha. usha usha, suka suka tapi tak pernah terfikir dia jadi bf, sama lah pada perasaan aku pada orang di sana =.=

10. sebab aku tak sama macam perempuan lain. apa? apa yang tak sama? aku lain daripada perempuan lain. aku ada pandangan sendiri pasa bf, pasal ex-gf dan pasal itu ini. so, jangan pernah tanya aku, soalan suka suka kau, lagi lagi pasal ex-gf bf kau sms bf kau, sebab aku akan jawab "ala, apa salahnya. buat apa nak jeles, mereka kan kawan je, sms tu biasa biasa la" dan aku konfem, kalau aku ada bf yg sayang aku tahap alien nak kawin, pasti dia akan merajuk sebab aku tak jeles. sebabnya, aku memang bab perasaan ni, lambat 1-2 saat atau mungkin speed otak aku lambat sikit bila bab perasaan. aku kan pengumpul perasaan, jadi dah lali. haihhh -.-

so, itu yang aku boleh cakap, kenapa aku tak ada bf. aku tak main soal agama di situ sebab aku tahu, iman aku tak semantap iman orang lain. aku hanya manusia biasa, yang kadang kadang alpa, aku kan manusia. manusia mudah lupa, manusia mudah hilang fokus, itulah manusia. dan aku salah satu antaranya. ohhhh.

pagi ini kelas aku pukul 8am, ada tutorial. kampus sama. nasib baik bukan kampus madang, kalau tak.... haih. kalau kampus Layo, lagi aku tak sanggup -.- jauh bhaaai. hish. ada aku baca, yang complain nak ke Uni kena naik bas, susah itu ini. mengeluh berterusan. aku faham, sebab aku ke dua kampus yang lain tempatnya, dalam satu harui, can you imagine? okay, ngantuk sudah.

kenapa aku tak ada boyfriend? sebab orang bawah ni dah lama bertakhta di hati ni, LOL , kok geli sungguh ya? HAHAHAAH


kbai;

han

1 comment:

smile9 said...

Crite ko mcam same je ngan aku tapi buah hati aku gdragon bkan donghae..hahaha