Sunday, September 4, 2011

kenapa aku tak suka pergi majlis orang kahwin?

aku tahu, itu hari bahagia orang, kita patut meraikannya. tapi, kadang kadang, aku agak allergic bila ada orang ajak aku pergi jemputan kahwin.

kenapa aku tak suka pergi orang kahwin?

pertama

sebab nanti orang banyak tanya. ha? yelah, dah pergi majlis kawan ayah kau, sedara mak kau, mesti macam macam soalan tanya, sampai soalan tak logik pun di tanya. aku rasa penat dan malas. namun akan aku gagahi juga pergi kalau aku rasa, patut.

kedua

bila ada certain tuan rumah, buat tak layan. aku rasa terpinggir. kalaupun mak ayah aku tak rasa, tapi aku rasa. aku suka orang yg warm, bagi warm welcome dekat aku. walaupun kita dah berapa lama tak jumpa pun.

ketiga

kedekut. ada certain tu, ajak tapi gaya kedekut. nak amik nasi, ada orang amikkan. HADKAN pulak tu. aku tahu tak semua majlis, tapi ada tu yang buat aku menyirap. aku faham, bajet kurang, aku faham. fine.

keempat

orang ramai, tempat duduk terhad. ini yang paling kalau boleh, buat aku nak balik. kau ajak aku, aku tetamu kau. tapi kalau nak makan, aku kena beratur dan tunggu. oh yeah. oh yeah!

dan terakhir sekali;

hakikatnya, aku fobia pergi rumah orang kahwin. sebetulnya, aku fobia nak makan makanan yang disediakan dekat rumah orang kahwin. sebab aku takut, sebab aku masih fobia. OMG. kalau aku ikut mak ayah aku, cukup sekadar segelas dua air. lepas tu, aku lepak dekat situ kejap, dan chow. atau aku makan goodies yang disediakan. kalau kawan kawan aku yang jemput, aku memang gagahkan diri untuk datang, makan je yang belum konfem.

sebab tu, aku memilih untuk tidak pergi rumah orang kahwin. kalau aku pergi tu, beruntung oh . HAHA.

aku demand, hanya makan di majlis yang aku percaya. bunyi kejam bukan? sorry.

kbai;

han

p/s: so korean music wave akan berlangsung 24 september ni. dan aku dah ke Indonesia. Guess what, FTI is coming. Aku rasa macam @#$%^&*

No comments: