Wednesday, September 21, 2011

mimpi aneh atau kejadian aneh?

sekarang di Palembang pukul 11.20 pm. lambat sejam dari Malaysia. Malaysia dah masuk hari baru, tapi sini belum lagi.

petang tadi aku tidur kejap lepas satu hari aku buat kerja assignments dan tak rehat langsung. ada je yang aku kerjakan. dalam pukul 7 lebih macam tu la aku tidur. dan aku dapat mimpi/kejadian aneh. sangat aneh. aku tak pernah mimpi/alami kejadian macam ni, err, mungkin pernah tapi sebagai mimpi dan tak seseram ni, seriously. mungkin aku tidur tak baca doa kot. Hailaa. tapi aku tak pasti sama ada yang berlaku itu realiti atau memang mimpi?

aku rasa macam kena himpap dengan something, aku tak boleh nak buat apa apa, aku nak cakap pun tak boleh. tapi aku tak nampak apa apa la pulak. yang cuaknya, aku berusaha jerit dan lawan sambil jerit Allahuakbar, Allahuakbar. dan, lepas tu, dalam satu jangka masa, tiba tiba, aku tengok sekeliling dan blurr. beberapa second kemudian, aku rasa macam aku tidur. Lepas tu, aku sekali lagi rasa dihimpap, dan aku berusaha ukir nama Allah sebabnya aku tak mampu nak cakap atau jerit. dan aku masih tak mampu nak bergerak.

dan bila mata aku bukak, maksud aku terjaga sepenuhnya, tak blurr tak apa, aku tengok sekeliling, memang gelap la, samar samar lepas tu aku rasa kepala aku macam sakit macam baru lepas lawan sesuatu dan jerit sekuat hati, nafas pun agak laju dan sepantas itu, aku recall semua dan peliknya, aku masih sempat bermimpi. apa yang aku betul betul yakin aku mimpi?

dalam mimpi tu, aku macam baru bangun tidur lepas kena himpap, lepas tu, aku nak pergi kelas. sekali, depan bilik aku lalu seorang kawan India aku *dia sampai sekarang still tak masuk kelas, masih di Malaysia* berhenti dan tanya aku, kenapa tak ke kelas lagi, dan aku balas nak pergi la ni. Sekali, dia bukak pintu bilik aku dan tanya siapa perempuan rambut paras bahu baju putih yang nak masuk bilik air aku tu. and guess what, bila aku tengok tak ada apa pun tapi aku dengar shower aku bunyi. lepas tu, kawan aku ni berlalu pergi.

dan lagi satu ni, aku masih ingat, aku ada di satu rumah besar yang usang tapi bahagian dalam mewah. aku sedang duduk di satu sofa tapi aku tak clearly ingat apa yang berlaku sebenarnya. dan sampai sekarang, aku masih tak tahu, itu mimpi atau kejadian?

semalam, aku mimpi aku tengok mayat, mayat lelaki, yang dipecah pecahkan, tangannya di patahkan *lembik je mayat tu* lepas tu dirobek habis, dan dalam mimpi tu, aku kelihatan sangat takut. mungkin sebab aku tengok Ghost of Girlfriend Past. Entahlah

tapi bagi aku, mungkin aku stress sangat. banyak benda difikir. lagi lagi, hari ini, dan esok (22.09) kitorang cuti, tak ada kelas sebab ada hal dekat kampus, so kitorang habiskan masa buat kerja je la.i mean, assignments.

entahlah, Allah sahaja yang tahu.

kbai;

han

2 comments:

nurul norman said...

take care ebakun =D jgn loh stress sgt =DD gaagaga

han eba said...

baik bos