Tuesday, September 13, 2011

penyesalan tak sudah

*ini muka mintak penampar, muka bahagia seorang pelajar yg baru nak belajar*

tajuk tak boleh sadis lagi ke?

sekarang pukul 1.14am waktu Palembang. *tak menahan ayat* aku, masih tak tidur lagi. pagi ini, dalam pukul 7.30, kuliah dah start, dan aku masih tak tidur tidur lagi. gyaboooooooo.

ini merupakan kuliah pertama aku, pertama kali aku nak jejakkan kaki belajar dalam dewan kuliah tu, tapi aku tak tahu, pagi ini, macam mana permulaannya, memandangkan aku masih tak tidur, apakah? adakah aku akan cuak, kelam kabut? merana sebab bangun lambat? ponteng kuliah? *oh no no no no*

ini yang aku sesalkan. sesal seribu sesal. patutnya aku tak patut overslept waktu siang tadi, oh hoiiii. kan sekarang, aku fikir berjuta ratus kali apa yang aku harus buat so aku boleh tidur! Jawapannya, ONLINE. dan sampai laaaa ni, aku tak ngantuk. Man! wahai Han, pagi esok kena bangun, reti retikanlah tidur -.-

aku dah puas kacau abg aku dekat FB, masih gagal buat dia bengang , grrr. oh lengchai? dah usha dah, tapi sebab aku tak friend dia dalam FB , so, aku gagal usha. yea, ini part sesal yang paling baik. aku tak seharusnya usha dia. jangan usha lelaki yang terlalu bagus dr kita dan sah sah dia tak akan suka kita, sebab nanti kau akan menyesal. hidup ini, bukan umpama drama korea wahai pembaca yg hensem dan cantik cantik sekalian. hish.

haish, aku nak ucapkan tahniah dekat budak budak medic dekat mesir yang dah dapat result first year. :) congrats ^^

aku aku aku aku, akan secara rasminya bergelar Medical student pagi ini, hidup macam hmpfttt akan bermula. aku paling suka menulis. aku paling suka blog. aku paling suka donghae.

kbai;

han

p/s: how I wish, I can listen to his voice once again. Cruel -.-

2 comments:

nurul norman said...

hyukjae i menghilangkan diri, again +.+ *poyo* hahahhaha

han eba said...

OMGAD, hahahaa