Friday, September 16, 2011

tips untuk buat diri tak rasa lonely! (suka suka)


kali ini, aku nak bagi tips, supaya hidup ini tak lonely. atau, kau boleh praktiskan tips ni bila kau rasa lonely. aku bab bab lonely ni memang dah biasa, teman sehidup semati. aku lonely dari semua jenis lonely lah, hahaha. kau cakap je, lonely dekat kolej? memang. lonely dekat rumah? professional. lonely masa raya, oh, ini.. errr, ahh, bagi aku, semua benda pun aku buat seorang diri, sebab aku dah terbiasa, maklumlah aku kan anak perempuan sorang, ada abang dan adik lelaki, kau rasa, dapat bayang tak apa aku buat time abang dan adik aku main bola atau dota, atau game hempuk hempuk tangan dekat lantai supaya kad kecil tu terbalik? hmmm.

so, apa tips nya? jeng jeng jeng

1. bila tengok cerita serius/seram/sedih sorang sorang, gelak kuat kuat supaya kau tak rasa macam kau sorang je yang tonton cerita tu.

2. kalau kau main UNO atau game game lain, sila gantikan diri sebagai pemain kedua. dan tentunya pemain pertama itu kau.

3. dengar lagu kuat kuat, terutama lagu yang ramai penyanyinya supaya kau rasa ada ramai orang dekat keliling kau.

4. bila jalan sorang sorang nak balik hostel atau hendak ke kuliah, tengok orang orang sekeliling korang supaya korang tak rasa macam korang datang atau balik seorang diri.

5. cakap sorang sorang. macam mana? cakap macam kau cakap dengan orang, konon konon macam conversation, so kau tak rasa lonely *kategori gila*

6. tengok video mat luthfi atau mana mana youtubers yang boleh bagi kau rasa macam, bukan kau seorang je yang tonton, tapi ramai lagi *mengikut viewers*

7. bila rasa lonely, nyanyilah lagu Lonely by 2NE1 atau mana mana lagu lonely yang sewaktu dengannya.

8. kalau kau emo dicampur perasaan lonely *tak ada org nak dengar luahan kau* sila karaoke satu hari macam orang gila

9. bila orang lain sibuk gosip dan kau dipinggirkan, datang dekat diorang dan cakap "ohhhh" seolah oleh kau faham apa yang mereka gosipkan.

10 kalau kau rasa lonely sangat. pergi kejar kucing yang berkeliaran, atau anjing( hahahaha) supaya kau rasa ada juga orang yang nak main dengan kau.

11. tidur. sebab bila kau tidur, secara otomatis, lonely kau tu hilang kejap,tapi kalau dalam mimpi pun kau lonely, apa pun tak boleh wey~

12. bila kau kena makan sorang diri dekat kedai, pergi je join dekat meja yang ada pasangan kekasih, dan duduk menikmati makanan di situ walaupun mereka melihat kau pelik. sekurang kurangnya kau jalankan amar makruf nahi mungkar.keadaan ni juga sama ketika kau bersiar siar di taman atau pergi ke shopping mall seorang diri.

13. ambil yellow pages dan buat missed call. nanti orang tu akan call kau balik *if dia memang jenis call balik* so kau tak akan rasa lonely sebab konon konon macam ada la juga orang nak call kau *hehe*

dan yang paling penting..

14. dekatkan diri dengan Tuhan, supaya kau tahu, dia sentiasa di sisi kau, bersama malaikat yang mencatit itu,

bila rasa lonely, macam macam boleh jadi. jadi, aku bagi korang options la nak buat yang mana. HAHAHA.

kbai;

han

p/s: happy Malaysia day! proud to be Malaysian! YEAY

No comments: