Saturday, October 22, 2011

apa nak buat kalau dah terlanjur?

apa nak buat? apa? kau pernah terfikir tak ? kau pernah rasa tak?


aku tentu tidak, dan aku harap aku tak akan buat benda benda macam ni, semoga kita semua berada dalam rahmat Allah.

terdetik hati aku menulis entri kali ni, semuanya sebab perasaan sedih yang menyelubungi diri bila aku tengok artikel seorang remaja, mengelar bayinya, anaknya, darah dagingnya, tanpa belas kasihan. di manakah perasaan kasih sayang itu wahai ibu muda? siapa yang harus dipersalahkan? harusnya, diri sendiri terlebih dahulu.

haiwan pun tahu sayang anak.

kadang kadang, aku tak faham apa yang mereka rasa, apa yang mereka fikir. tentulah kan, sebab aku tak pernah berada dalam situasi ini. aku rasa, hanya yang pernah lalui je yang faham. Kes kes macam gugur bayi, buang bayi ni, sememangnya dah semakin menjadi trend dalam masyarakat kita. sedar kah kita? bayi yang baru mahu merasa hidup di dunia, dibuang dan ada yang kurang nasib baik, meninggal . bayi yang baru mula nak merasai kenikmatan hidup sebagai hamba Allah, digugurkan. Di manakah kesedaran kita wahai manusia sekalian?

aku, mungkin bukan orang yang layak nak cakap pasal benda macam ni, cuma aku nak bagi pendapat aku. aku sebagai seorang perempuan, sebagai seorang manusia, rasa sangat sedih dan kecewa dengan apa yang jadi. bayi bayi yang tak bersalah, di layan sampai macam tu. sepatutnya, jangan dibunuh bayi itu wahai ibu muda, tapi peliharalah dia dengan baik. beri pendidikan yang baik supaya hidupnya tidak akan seperti anda, wahai ibu muda. apakah anda tak terfikir saat itu, bayi itu hasil daripada perlakuan anda yang tak bermoral itu.


anak itu rezeki, peliharalah mereka. jangan disebabkan nak tutup kesalahan kita, kita aniayai dia. insaflah wahai insan.

aku ada impian yang kecil, semua gara gara kes buang dan gugur bayi zaman aku sekolah menengah dulu. masa tu, benda benda macam ni memang selalu terpampang di dada akhbar, dan sejak itu, impian ini terbuilt *HAHA, bm aku makin berkarat*

kalau aku mampu, aku nak buka satu rumah kebajikan, khas untuk ibu ibu yang bercadang nak gugurkan anak dia, nak buang anak dia. aku akan suruh mereka bagi dekat aku, dan aku akan jaga anak anak mereka. tapi, dengan syarat, mereka juga harus tinggal di situ dan jaga anak mereka. mungkin mereka boleh titipkan tapi aku akan buat agreement dengan dia dulu. aku akan biayai semua kos dari dia mengandung sampai dia lahirkan bayi itu, dan aku akan berusaha supaya mereka tetap mampu sekolahkan anak mereka. aku nak biar mereka rasa hidup ini. aku tak nak tengok anak anak kecil dibuang, di jual dan dibunuh macam hal ni. aku suka sangat dengan budak budak. aku tak boleh tengok benda macam ni. aku rasa kecewa. apa akan jadi pada generasi kita, jika semuanya rosak dan kemudian semuanya dihapuskan hanya kerana kesalahan dahulu?

mungkin bunyinya macam aku menggalakkan lagi mereka berzina lepas tu hantar anak tu dekat aku. TAK. apa yang aku maksudkan adalah, aku nak, yang dah berzina itu bertaubat. bertaubat dan bekerja dengan aku. dan bagi yang dah mampu bina keluarga sendiri, aku akan biarkan dia pergi. anda harus tahu sendiri hukum zina itu apa, jangan buat buat tak tahu.

aku harap, manusia tak terus menjadi kejam. anak anak itu, peliharalah mereka. aku harap, budak tu sedar kesalahan dia. dan orang yang pernah terlibat dengan benda benda ni pun sedarlah, kembalilah ke pangkal jalan.


Allah sentiasa mengampunkan hambanya. Pintu taubat sentiasa terbuka, InshaAllah.



ehem, agak lama *bajet* aku tak update. tadi aku nak update benda lain, sekali internet mencikai dengan aku, jadi semua yang aku taip, hilang. haih. so, aku baru sedar, ini entri tak habis tulis, tu yang aku sambung tulis, HAHAA. aku tak sihat la dalam minggu ni, sebab tu aku macam tak wujud, SMS tak jawab, itu dan ini. sorry. di sini, aku nak luahkan sedikit kekesalan terhadap diri sendiri yang semakin melupai bahasa Ibunda Donghae, iaitu bahasa Korea, maybe sebab aku dah change slang skang ni, LOL. dan lagi satu, orang orang dekat sini, batch aku, kebanyakannya worst, boleh kata semua T.T aku bukan nak mengata, tapi ini hakikat. mereka pandai dan kaya cuma suka bad mouth. dan bila nak bad mouth pasal kawan sendiri, cari aku, aku pun rimas! so, aku terpaksa gunakan Donghae sebagai alasan. bila diorang start bad mouth, aku bukak cite donghae, nanti diorang terus meluat, sebab mostly batch aku Indian. Hanya 3 je melayu dan mereka tak berapa nak suka Korean. Omputih je semua. HAHA. huish, slide tak baca lagi. HAHA.


kbai;

han

p/s: gambar aku yang cool ;D


2 comments:

nurul norman said...

baik punya ayat, para last tu. hahaahah =DD

han eba said...

donghaeee ♥