Friday, October 14, 2011

blok 3 dah mari bhaiii!


hello dan an nyeong haseyo :)

aku tak tipu, blok tiga bakal mari, aku bakal mati. HAHAHA. aku hanya lebih kurang 57 jam lagi untuk bergembira sakan dan melayan apa yang patut, sebab macam aku cakap lah, blok tiga dah mari! korang mesti macam,

"apehal budak hensem ni, ada apa dengan blok 3?"

sebelum aku cerita pasal blok 3 ni, aku nak cakap, aku dah habis ujian blok satu dan dua, baru je tadi. pergh, tempat ujian aku macam torture room. panas dan gelap. buat ujian dekat hallway wey, sebab kelas nya tak mampu tampung mahasiswa ramai ramai. hampasan betul la. masa hari first, aku terketar ketar jawab sebab bahasa Indonesia dan tempat aku luar dari kelas. Hari kedua, dah pro sikit la jawab dalam bahasa Indonesia, HAHA dan luckily aku ditempatkan dalam kelas yg terang dan agak sejuk. Dan tadi, pro gila aku jawab paper, pro jawab je, jawapannya aku tak boleh nak kata betul ke salah, aku buat apa yg aku tahu. tadi, aku ditempatkan di luar kelas semula, so sad. HAHA. tu lah, datang lambat lagi, LOL.

okay,tema untuk blok 3 , 4 dan 5 adalah Struktur Tubuh Manusia. Ye, struktur tubuh kau, aku dan dia, LOL. maksud aku, struktur tubuh manusia laa, kita kan manusia. eh jap, aku errr, aku errr, aku homosapien en? *okay, aku kisah apa* so, untuk blok 3 ni, aku akan belajar struktur kimia dan fisika tubuh. haa, ini dia blok 3.
anatomi dan segala macam akan bergabung dan tinggal dalam otak aku. so kebarangkalian aku online mungkin masih sama, atau menurun? atau mendapat mimpi buruk semakin banyak sebab stress? gyahahahaha. so, aku nak enjoy malam ni, let's partaaay, LOL

okay, tanak cerita pasal blok tiga tu, simpan untuk hari isnin. sekarang ni, aku dengar ada pergolakan antara malaysia and indonesia. dan aku ada baca akhbar akhbar dan site site di internet ni, cakap pasal demonstrasi dekat jakarta. cuak aku dengar. nasib baik la aku dekat Palembang, kalau tak, hmmm. Dan aku ada baca satu petikan ni dari site site dan surat khabar.
Atase Pendidikan di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun, memberi jaminan kepada ibu bapa pelajar bahawa pihak Education Malaysia di Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau 24 jam keadaan keselamatan dan kebajikan anak-anak mereka, berikutan perkembangan terbaru itu.
Katanya pelajar Malaysia di seluruh Indonesia telahpun diingatkan supaya sentiasa berwaspada ketika berada di luar rumah bagi mengelak diri daripada terheret dalam kancah pertikaian isu ini. "Kami mendapat aduan daripada pelajar yang sedang menjalankan latihan amali di hospital bahawa mereka diprovokasi oleh beberapa doktor dan jururawat. Ada juga aduan pelajar diprovokasi oleh sebahagian pensyarah dan rakan kuliah dari Indonesia. "Bagi mengelak perkara yang tidak diingini, EM Indonesia telah meminta semua pelajar Malaysia supaya tidak menjawab atau memberi sebarang respons kepada rakyat Indonesia yang cuba membuat provokasi kepada mereka," katanya. Ludinata berkata pelajar-pelajar Malaysia juga diminta berada dalam kumpulan jika keluar rumah selain mengelak diri daripada dikenali melalui identiti berpakaian dan pulang rumah sebelum tengah malam.

sumber; berita harian online.

err, agak cuak di situ. InshaAllah sini okay kot. Orang Palembang kan kebanyakan orang Melayu , dan rasanya mereka akan okay kot. ^^

okay, tadi aku agak, macam grrr sikit sebab lecturer tegur aku tak masuk kelas selama 6 hari. And, it's not my fault actually. Aku dapat ID pelajar lambat, sebab tu lah. So, lepas aku terangkan, dia tak terima dan cakap alasan macam tu tak sesuai, tak kena la dengan sebab aku masuk lambat. kalau korang follow blog aku, korang tahu kan aku memang kalau boleh nak masuk masa hari first but but but, aku tak ada ID card tu, so macam mana nak masuk? Hish. Dan sebagai denda, aku kena tulis surat guna tangan dengan cakap "aku tak akan mengulang kesalahan lagi" . hampir 6 orang kena macam tu sebab kami dapat ID card lambat. actually, tak boleh salahkan aku. aku dapat ID card lambat, sebab tu la. bukan aku yang keluarkan ID card tu,zzzzzzzz.

tapi aku dah suruh bapak aku komplen, suruh yg bertanggungjawab uruskan -,,- aku dah kata, ini bukan salah aku. dan aku rasa budak lain pun akan buat benda sama. HAHAHAHA, mesti ada kata, manja gila nak call mak ayah. Aku kisah apa? Parents bayar yuran semua, and now masalah mereka jadi masalah aku? -.- ape laaa.

oh, tak sabar nak tunggu esok. malam ni, pukul 10pm waktu sini, mesti twitter si Hae banyak wish, wakakakaka. tak sabar aku nak spam ;D awww, dah tua dah dia, kekekeke. dang!


apa yg aku nak sampaikan dekat sini,

BLOK 3 DAH MARI, BLOK 3 DAH MARI!!

kbai;

han

p/s: pray for Bali people.

No comments: