Tuesday, October 4, 2011

kalau lah kau bukan senior aku, HAIHHHHH

an nyeong pembaca kacak dan cantik sekalian. LOL , adakah aku telalu berlebihan greet korang? zzzz.

okay, apa aku nak cakap ni? senior mana ni? hensem ke? haaa, ni aku nak habaq ketidak puasan hati aku sama seorang senior lelaki ini, aku ulangi, senior lelaki. well, dia ni Malaysian and guess what, dia ni sama umur dengan aku, FUHH. tapi dia senior? YES, dia masuk fakultas time umur dia 18 . tak silap aku, dia choose foundation yang beberapa bulan je dekat kolej swasta. tak silap aku lah kan, hmmm, hakikatnya aku tak tahu kisah hidup dia. zzzz.

okay, apa masalah aku dengan dia sebenarnya? masalah komunikasi aku rasa. kami orang melayu, boleh cakap melayu, jadi apa masalahnya? hissh. macam ni, aku sekarang tinggal di rumah kos yang dia pernah tinggal dahulu. well, dia ni anak org kaya *sangat kaya* so dia pasang aircond dalam bilik ni. and once dia blah dari bilik ni, mencari tempat yang lebih baik buat dia meneruskan hidup *macam tragis* , dia tinggalkan aircond ni tetapi membawa remote control aircond ni. sebab dia bajet macam aku nak guna lah hak dia, zzz. okay, and now, bilik ni bilik aku, dan satu satunya barang bajet berharga dia adalah aircond dia ni. setelah aku masuk, dan nak dekat sebulan dah, dia text jiran prihatin, suruh bagitahu aku yang dia nak ambil aircond. for me, it's fine . tapi kan, kenapa dia sendiri tak cakap dengan aku, tapi cakap dengan neighbor aku? Hello, ini bilik aku and not my neighbor. HAHA. dan jiran prihatin cakap, sebab dia segan. okay, aku terima lah sebab dia segan *padahal aku dengar dia ni jenis social gila* hmm, entahlah.

okay, lepas aku kata okay, jiran prihatin cakap, dia akan datang bila bila dia free dan dia suruh aku tinggalkan kunci dekat tuan kost. Aku dah macam, whatte fish, kau nak datang time kauje yg free and aku? kau tak consider ke aku free atau tak? HARU HARU. dan yang paling best, nak datang time aku tak ada, whatta. Hello. this is my room and I paid for it okay! Aku pun cakap dekat jiran prihatin suruh mamat ni datang time aku ada. Nak tahu apa dia cakap? Dia cakap , dia akan datang bila bila je dalam minggu ni untuk ambil aircond. Of course dalam hati aku, mamat ni memang tak reti nak deal with aku ke? zzzzz

dan, pada hari ahad yang indah lagi nyaman, waktu aku sedang tidur, aku dikejutkan dengan kedatangan satu pakcik ini. Pak cik ni nak ambil aircond dan aku, terpaksa la biar dia mai, dalam keadaan kelam kabut aku tukar baju semua. dan yang paling bestnya, pakcik tu tanya aku, mana remote aircond ni. aku rasa sangatlah pelik, bukan remote tu dekat mamat tu ke? aku rasa mamat ni tak menjalankan komunikasi dengan baiklah, sebab tu jadi macam ni, aku yang tension.

hari ini, dia mesej jiran prihatin, tanya mana bekas letak remote aircond dia. dan jiran prihatin tanya ke aku. dan aku, dengan geramnya, sebab dah la time tu penat dan tak ada elektrik aku cakap, tak ada. dan jiran prihatin suruh confirmkan betul ke tak ada. dia cakap, si mamat tu cakap ada lekat dekat dinding. dan aku dah menyirap time tu, aku terus tanya si jiran prihatin ni "mamat tu gila ke? memula remote now bekas letak remote pulak??" dan jiran prihatin buat muka terkejut sebab macma mana aku selamba gelar senior aku tu macam tu. HAHA. yelah, mamat tu dah la tinggalkan bilik ni dalam keadaan pelik. kerusi rosak, dinding banyak bekas paku, almari pelik dan macam macam lah. and now, tanya aku mana bekas remote dia?? hailaaa.

aku ekcelli, tak pernah tengok dia, tapi aku rasa dia tahu siapa aku, sebab dia tak sangka, yang duduk di dalam bilik ni sekarang adalah perempuan =.= aku raa, hormat sebagai senior harus ada, tapi sebab aku dengan dai sebaya, aku rasa, biasa biasa dah la. =.= bagus juga kalau di fikir aku 18, kiranya muda jugaklah aku. HAHA

dan hari ini, sangat penat. aku baru habis buat penelitian dan penelusuran bahan untuk esok. kejap lagi, aku update blog lagi. dan ini hanya entri aku pasal senior sebaya aku yang tak reti nak communicate dengan aku. kalau dia bukan senior aku, dah lama aku ...... (kau sambunglah)

kbai;

p/s: kali ini, aku beli magazine yang sama cuma edisi biasa, dan aku dapat ini!

No comments: