Tuesday, October 25, 2011

kau pernah tengok paru-paru betul tak?


aku penat. baru balik dari kampus utama. ada lab anatomi hari ini. hari khamis ada lagi, tapi kimia dan juga biologi. 1 jam ambil masa nak ke sana. seawal jam 5.30 pagi aku dah tunggu bas, walaweyh. bas bukan bas biasa, bas mini pun kalah wa cakap lu, sangat teruk. FUHH, berdebu debulah kau lalu kawasan ala ala kampung tu. tapi tak apa, lepak sudah enn.

tadi, aku ingat dapat lah jumpa cadaver, rupanya gagal. hari ini kami main dengan tulang je. aku dengar, tulang betul, tatau la betul ke tak. macam macam nama main, pening aku. dan, dalam lab tadi, aku nampak banyak paru paru yang di awet. buat aku rasa macam lab tu sangat menyeramkan. macam macam jenis organ yang di awet, subhanallah. Aku macam cuak, sat gi dia amik aku, pastu awet? Oh no no no. Teringat dosen aku cakap, tak banyak dead body nak offer diri untuk jadi bahan belajar. lepas tu, satu kuliah gelak. Kenapa? Sebab dead body memang lah tak offer diri, dia dah meninggal dah, haisssh. Sengalness.

Penat gila la hari ni. Ni nasib baik lab histologi cancel, kalau taaaak , memang pukul 6 atau 7 petang baru aku sampai rumah, macam hampasan. zzzzz. okay, aku nak chiao mandi, badan debu debu ni, serius. macam kau baru lepas kerja dekat kawasan yg dalam pembinaan. muka dah gatal gatal ni, wahahaha.

btw, sad to hear that my batch yang Indian tak dapat cuti. Well, sini mana raya Deepavali lah. So, to all of them and to any Indian who view this entry, happy deepavali! Yahoo.

kbai;

han

p/s: untunglah budak sekolah, cuti lama. untunglah Uni sana nun, cuti jugak ;P haha. cha, skype jom

No comments: