Wednesday, October 19, 2011

Orang gemuk tak layak dicintai ke?


hello dan an nyeong.

entri aku kali ini agak menyentuh isu yang berbeza. pasal cinta dan orang gemuk. betul ke orang gemuk ni tak layak dicintai? Betul ke tak feel bercinta dengan orang gemuk? Apakah orang gemuk itu hanya sebagai alat kita mainkan perasaan orang?

Aku ada satu kisah. Bukan kisah aku, tapi kisah yang aku dengar dan lihat ianya terjadi, jadi aku rasa, biar aku ulas sikit kisah cinta tu.

Bagi semua perempuan, pada dasarnya, semua nak good looking punya BF, tapi kalau tak good looking pun, ,
sebab cinta punya pasal, sebab sayang punya pasal pun okay. Duit tak penuh dalam poket pun tak apa, pendidikan setakat SPM pun tak apa, sebab cinta punya pasal, sebab sayang punya pasal, pun sanggup jadikan laki. Perempuan memang macam tu. Perempuan memang makhluk yang lemah, dan pembimbingnya adalah, kaum Adam.

Ini cerita dia;

A ni perempuan yang pandai.masuk Universiti terkemuka kat Malaysia.Bagi dia, semua ok, cuma bila bab cinta, dia fail. Dia ni, dulu ada satu BF yang lagi muda dari dia, dah kenal melalui laman sesawang *yang tak boleh percaya macam hmpfttt*. dia yang jenis nerdy ni, kenallah dengan lelaki itu, atau aku mudahkan, si B. Si A selalu cakap, seikhlas hati dekat si B yang dia gemuk, tapi si B tetap cakap tak apa. Dan bila dah berjumpa beberapa kali, bila si B dah tengok A tu memang betul betul gemuk, tanpa sebarang berita, si B tinggalkan si A tanpa sebarang kata kata, tanpa sebarang pesan, blah macam tu je. Dan beberapa tahun lepas, si A ni, ternampak si B ni jalan dengan seorang gadis manis, dan itu isteri dia. Remuk hati si A, bila nampak cinta pertama yang blah macam tu je, dengan seorang perempuan, bergelar isteri.

Selepas ditinggalkan B, si A teruskan hidup, dan bertemu dengan si C, lelaki baru, yang diperlakukan macam org gaji oleh GF nya sendiri. Maklumlah, GF si C ni hot sangat. Bila dah tak tahan dengan GF sendiri, si C ni mula mengenali si A. dan boleh kata, si C ni ramai sangat peminat. Si C ni, kalau bagi perempuan melayu yang suka lelaki muka melayu, korang mesti cakap dia hensem lah. kalau cair pun, at least 70% lah cair punye. so , si A rasa seronok kenal dengan si C. dan si C pun mula keluar dengan si A. Tapi bila dia tegok si A, dia rasa malu nak jalan sama, rasa malu nak terus ada hubungan dengan A. dia rasa segan. so, dia pun suruh la si A ni kurus. Si A pun berusaha lah kurus, namun dah try punya try punya try, tak kurus kurus. Bila dia kurus sikit, nanti gemuk balik, bila dia gemuk balik, dia kurus balik, dan benda ni berterusan selama enam tahun. Dan walaupun selama enam tahun itu, benda nya tak bahagia. Sebab si C ni selalu ada skandal dengan perempuan lain, jumpa perempuan lain, tackle perempuan lain, dalam masa yang sama, luahkan rasa sayang dekat si A dan suruh A terus kuruskan badan. Sebab nak awek cun, dia suruh dan beri harapan pada orang gemuk, cakap tak boleh nak lepaskan si A. selalu mohon maaf dan blah blah blah. yang si A, dia tetap sayangkan si C ni. Macam aku cakap kat atas nun, perempuan memang macam tu.

So, bila masa berlalu dan berlalu, selama 6 tahun tu, si C tu selalu cakap dia nak kahwin 4, tak kirelah macam mana pun. dan dia yang dah terkantoi dengan A cakap, dia still nak A dan perempuan perempuan lain. Perempuan perempuan lain tu semua cun, kecuali A. semua yang lain tu ada shape, free hair dan sebagainya lah. semua bagus dari A dalam bab fizikal. biasalah, fizikal yang dikejarkan oleh si C, bukan hati. lalu sampai satu ketika, bila si C kenalkan pada keluarganya bahawa si A ni gf dia, si A rasa bersyukur , sebab hanya si A sahaja dikenalkan kepada keluarga, yang lain tidak, tapi bagi si C, itu tak ada makna apa apa. Cukup hanya untuk, KENALKAN. dan setelah 6 tahun, cinta si A kepada si C ni, tiba tiba C cakap, dia tak nak A dah. dia dah buat keputusan untuk memilih pilihan hati, dan dia buang A dulu. A yang dia kenal terlebih dulu, menjadi mangsa pembuangannya dulu. Setelah sengsaranya si A usaha kurus tapi tak kurus kurus, dengan mudah C minta maaf dan suruh teruskan hidup. Sebelum ini, setiap kali si A cuba pergi dari hidup C, C pasti akan cakap yang dia nak A terus ada di sisi dia, dia nak semua awek dia termasuk A. Dan , C selalu ngungkit tanya bila si A nak kurus. Kalau nak tunang, nak kahwin, kena kurus dulu, baru boleh. dan sekarang, semuanya tak ada apa apa dah, si C tetap dengan keputusannya, melepaskan si A pergi dengan alasan, si A akan hidup lebih bahagia tanpa si C. Si A, hanyalah perempuan lemah, apa yang mampu dia lakukan. Cinta dia dipermainkan begitu sahaja, dan hanya kerana cinta, dia berusaha kurus, wahai si C, kau ni manusia ke?

aku tak faham, kenapa si C still nak si A di sisi dia, padahal waktu tu dia dah ada perempuan yang cun di sekeliling dia. dan kenapa sekarang, dia buang si A? Sebab gemuk? Kalau gemuk tak leh kawin? Sebab gemuk, so buang dari list dulu? Dah 6 tahun permainkan cinta dia, dan senang senang je minta maaf? Pernah kau fikir perasaan dia? Dia dah waste masa, dan cinta dia pada kau , pernah kau fikir? Dulu saat dia dah bersedia lupakan kau, kenapa kau masih nak pegang dia? Kenapa? Sebab kau nakkan dia kurus, dia usaha macam macam, sampai terseksa diri , sebab nak kurus, nak jadi GF yang ideal buat kau, sebab dah sayangkan kau, dan macam tu je kau buang dia, lepas 6 tahun?


Aku nak cakap sikit, siapa kata ada GF gemuk tak bahagia? Siapa cakap? Siapa cakap, nak ada awek, kena kurus? Ada ke ? Dah kalau family dia memang keturunan macam tu, apa kau nak buat? Cuba kaum hawa semua bayangkan, kalau lepas korang bersalin, dan dah gain weight, dah gemuk, apa kau fikir laki kau tu nak tengok kau lagi kalau pada awalnya dia kawin dengan kau sebab kau kurus? Tak weyh. Tu yang ramai main kayu tiga empat lima tu. *bukan semua lelaki ye,jgn terasa*

Orang yang gemuk tu, selalunya di diskriminasikan, tapi tahu tak, dalam hati dia, dia harap sangat semua orang boleh rasa cinta yang macam dia bayangkan. Orang gemuk ni, personaliti dia lain sikit. Dia lebih bahagia dari kau bayangkan. Tak semestinya sebab fizikal dia tak begitu menarik, dalaman dia tak menarik. Walaupun kadang kadang dia harap dapat BF hensem, tapi sebenarnya, apa yang dia harapkan hanyalah dia dapat jumpa lelaki yang boleh bimbing dia dan beri kasih sayang seikhlasnya pada dia. *ehem, macam cakap diri sendiri je ayat last ni* GULP.

di sini, aku nak simpulkan, jangan rate orang dengan lihat fizikal. tak salah ada bf/gf orang gemuk, asal kita bahagia dengan dia. dekat sini, benda benda macam ni tak ada apa apa. benda biasa. orang gemuk ada bf kurus, orang hensem ada gf kureng lawa. biasa je, tapi dekat malaysia, benda yang selalu kita tengok,aku kata selalu* yg minoriti tak masuk* lelaki hensem dengan aweks cun, lelaki gemuk dengan aweks cun, semua aweks cun * nampak sangat perempuan dekat Malaysia tak memilih, tahniah! * kalau kau memang tak minat dengan orang gemuk, jangan lah kau mainkan perasaan dia. walaupun fizikal dia kureng, tak semestinya dia tak ada perasaan. fikir fikir kan lah.


Cintailah orang lain seikhlasnya. Cinta kepada Allah itu lagi penting.

kbai;

han

p/s: aku rasa macam nak campak je budak kelas aku yang kaya kaya tu. kau masuk kelas bukan nak belajar, asyik dengan BB je. tak ada keje dah ke? Mak bapak bayar berpuluh juta *duit sini* untuk belajar, kau boleh lak FB, BBM semua. OMG. -.- kalau tak nak belajar pun, diam je la. Ni memekak, dah lecturer cakap keluar kalau tak nak belajar, sibuk lagi duduk dalam kelas dan bising. Hish!

4 comments:

Mawar berduri said...

fuh.. membara je dgn kisah si c nih, huhu, moga si A x mudah mengalah walau diri sering rebah dlm dunia p'cntaan..

han eba said...

si C kejams. HAHA. haish

nurul norman said...

annoying nye classmates kau. ingatkan dalam drama indon je mcm tu. rupa2nya memang kenyataan. x sangka ~

han eba said...

org kayaaaaa