Monday, October 17, 2011

tak main dengan 3, tapi 4 &5

Hello dan an nyeong :)

FUHH, ini bukan main main, ini kenyataan. Kalau korang pelik, aku lagi terkejut . Memang tak tahu dasar betul aku ni -.- Ape lah masalah kau Cik Han. Aku ingat dia mari 3, sekali si 4 dan 5 pun join sekali. Dan aku macam >>>>> (-.-) sambil berasap asap kepala. HAHA.

yes, kalau entri lepas lepas tu aku cakap blok 3 je mari, haaaaaaaa hambik kau blok 4 dan 5 jalan sekali. So, jom ramai ramai dengan aku

"OMG!"

Ish ish. Cuak kot. Nak tahu apa yang akan aku belajar dalam blok 4 dan 5? Haaa, meh sini aku habaq. Untuk blok 4, tajuknya adalah Struktur Biologi dan Sifat Sel Tubuh Manusia sementara untuk blok 5 pula, Struktur Dasar Tubuh Manusia. Haha, hambik kau. Semua ini akan berlangsung start hari ini sampailah bulan Januari 2012. Maksud aku, untuk belajar semua ini. Dan lepas habis semua blok ni, akan ada ujian blok. Dan lepas ujian blok, aku dengar ada exam untuk Sem 1. Huahuahua *macam hampasan* Dan lepas tu, cuti.

Balik Malaysia. Wehuu.

Kalau March aku cuti, aku haaaaaaaaaaarap sangatlah waktu tu ada SS4 (Super Show 4). Dapat tengok Donghae aku lagi! Yeay *ok, mood fan girl dah mai daaah*

Actually, aku nak balik Malaysia sebab SS4 je. kalau time aku cuti dia buat, memang alhamdulillah lah :) Heheh. Oh, dan aku nak balik Malaysia sebab aku nak shopping! Kyahaha. Aku dah usulkan pada boss, dia kata ok. Boss besar, err, aku tak tanya lagi, nanti aku tanya ♥ . Actually, kalau boleh aku nak hargai setiap waktu aku selagi aku masih di sini, bernafas dan hidup di negara orang. Aku kalau boleh tak nak lah jadi macam asyik nak balik, itu dan ini. Memang bukan aku sangat tu. Aku, entah kenapa, duduk jauh pun, aku macam biasa. Haissh . Aku memang ada masalah perasaan kot. Ah, ok, lupakan. Jom tengok sedikit preview jadual aku :)


Dan, memandangkan aku dah start blok lain, so aku mestilah kena pergi lab. And guess what, Khamis adalah hari di mana, aku konfem akan penat sebab aku harus ke kampus besar, untuk lab sahaja. Mengambil masa 1 jam bang nak pegi sana. Naik apa? Naik bas la, bas yang sangat usang. HAHAHA. aku kena bersiap sedia. Hehehe. Dan, aku dengar, kami akan tengok dead body tu, sini panggil benda tu as kadaver! Hah, nak jumpa dah aku dengan dia. Jangan aku pengsan dah la. T.T oh maaai~ Cuak gaks ni. Kekekeke. Nanti bila aku dah jumpa, aku cerita lah kan. Aku memang nak tengok, tapi makin dekat waktunya, makin cuaks. HAHA. Aku dah dapat name tag aku, khas untuk masuk kampus besar. HAHAHA, suka suka :)


Esok kelas 7.30am sampai 2.10pm. Hambik kau. This week memang penuh, maybe sampai habis satu sem ni. Gyaaaah. Oh, aku yang hensem ni kena sambung study Biologi. Tak sangka semua yang aku belajar time matriks sem 2, banyak pulak belajar tadi. Terkejut aku, so aku dah suruh boss hantarkan semua buku matriks yang berkenaan. kekekek. harap harap membantu. hehe.

kbai;

han

p/s: semalam makan roti Bandung :)

4 comments:

Mior Syabab said...

Roti bandung? Mcm best je..hehe.

han eba said...

haruslah. so jangan jeles. HAHAHAHA -.-

nurul norman said...

sedapnya roti bandung. apa rasa die ? wuehhuuee~ nnt bwk la blk sini. eh, yg kau bg kte tu ni ke ? *x igt dah* kuikui

han eba said...

tak lah, hari tu kek. HAHA

inshaAllah, kalau ada kesempatan bawa pulang tapi dah sejuk la. HAHA

biasa je la roti ni