Saturday, October 29, 2011

Tarapapappapapapa.


aku menaip dalam keadaan emo. wah, Han yang selalu senyum dan ketawa dengan benda benda mengarut pun boleh emo? Semua classmates aku describe aku orang yang funny, happening dan selalu senyum. tapi lately, diorang complain, aku tak nampak happy. dan mereka tanya, kenapa? actually, aku sendiri tak tahu.

yang aku tau, aku sangat emo sekarang ni. dah la hujan, lepas tu lapar pulak. bila difikirkan balik, lately aku macam kurang bernasib baik sikit. entahlah, aku atau orang sekeliling aku yang berubah. ada je something tak kena dengan aku. mula mula aku sakit perut, lepas tu kepala aku dengan bahu aku sakit, macam macam la. tapi tak apa lah.

tiba tiba, aku teringat Lengchai. dah lama aku tak jumpa dia. apa kabar dia sekarang? dia mesti lah tak pernah nak fikir pasal aku, sebab aku je usha dia, dia mana usha aku. kadang kadang aku terfikir, kenapa la dia tak kenal aku tapi aku boleh pulak tahu banyak benda pasal dia. entahlah. yang aku tahu, kadang kadang aku harap, aku dapat jumpa dia, dan dia senyum ke aku, tapi itu tak mungkin, sebab aku yakin, itu tak mungkin. apekah aku masih hidup dalam zaman usha budak matriks aku? Oh no!

dah lama aku tak tengok tv, dengar radio. dah lama sangat. aku nak tengok tv, nak tengok tu ini, tapi semuanya macam tak membenarkan. aku kan, tak faham, apa yang bagus sangat study medic ni. ok, aku tak harus cakap macam ni, tapi kan, aku tak faham , kenapa aku take this course seriously campur chill tapi semua classmate aku take it as MAIN MAIN and all. Tak serious wey. Aku tahu, mak bapak korang bayar banyak, kaya semua, nak ada kereta, nak baju lawa, bag branded, semua dapat, tapi at least, respect la sikit. aku datang jauh jauh nak belajar, bukan nak dengar kau gosip, kau cita tu ini, TAAK, aku datang sini nak belajar, ada faham? Kenapa la segelintir anak anak kaya yang dekat sini tak reti nak belajar sesungguh. Ada tu, sambil lewa. main iPad dekat belakang, dan bla bla. Aku kadang kadang rasa nilai medic student bagi classmate aku tu, macam tak ada apa apa. macam biasa. kalau dekat Malaysia nun, perghh, bangga bagai. sini pulak, bagi classmate aku yang semuanya budak budak yang mak bapak bayar lebih dari biasa, semua macam jenis selamba. maybe diorang pandai kot, ikut fikiran aku lah, tapi bila aku tanya benda ni dah belajar ke dekat sekolah dulu, mereka kata dah, tapi tak pernah faham. Aku dah macam (?) Apekaaah? And time lecturer ajar benda yang dia TAK PERNAH faham , boleh pulak BBM? haihh.

aku ni, entahlah. masalah perasaan paling utama. kadang kadang, aku nak ambik hati, tapi tak jadi. kadang kadang aku boleh sabar, tapi bila aku dah sabar, aku sendiri yang sakit. banyak benda lah. kadang kadang aku terlalu straight forward. Itu satu lagi masalah. memang tak akan ada orang faham aku, memang tak wujud lagi orang macam tu. orang senang ambik kesempatan dekat kebaikan aku, senang buat itu ini dekat aku, tak pernah tahu apa aku nak, tak pernah fikir apa aku rasa, macam tu la. like what happen yesterday. Janji dengan aku nak pergi mall, nak temankan aku. tapi sebab ada kawan sembang, terus cancel nak pergi dengan aku. end up, aku redah hujan sorang sorang naik ojek sebab nak pergi mall, dan aku shopping sorang sorang je semalam. bayangkan, aku dan shopping mall, maksud aku, aku jalan sorang sorang. tahap keselamatan dekat tempat tu bukan bagus sangat, tapi sebab urgent dan benda tu important, so aku tetap pergi. lepas tu text aku, cakap nak datang makan nanti, ok fine. aku cakap, ok. tetiba, cakap dia tak jadi datang sebab ada kakak senior ajak dia pergi makan. hoii, come on la, lain kali jangan nak janji boleh? tak faham aku. masa aku nak balik pulak, tetiba ternampak dia dengan kawan aku yang lain. tunggu ojek juga. Ya Allah, aku sabar je. Dia boleh hai hai dengan aku. Hai hai bagai. Tak fikir apa aku rasa langsung. Sorry pun tak ada. Kenapa la ada orang macam ni?

Macam ni lah diorang dekat sini, aku tak faham langsung pemikiran diorang -.- apa diorang fikir sebenarnya? aku kurang faham lah. bila nak mintak tolong, nak cerita problem dan benda benda yang dia tahu dia tak mampu, cepat cepat semua cari aku, cepat cepat semua baik dengan aku. termasuklah kalau nak cerita ketidak puasan hati, cari aku. entah apa diorang fikir aku ni? aku baik ada limit wey, aku boleh sabar kalau benda tu kecik, tapi kalau dah melampau, kau ingat aku nak diam je ke? semua orang ada limit.

entahlah, mula mula aku boleh tahan, lama lama bila semua dah tunjuk belang, aku dah macam terkejut bagai. Ya Allah, aku memang terkejut. Aku tak faham dengan orang sekeliling aku mungkin. Aku memang dah masuk dunia sebenar ni, aku dah mula rasa. Macam macam kepelikan dengan orang orang sini, tapi aku kena sabar. aku kena ingat tujuan aku ke sini. InshaAllah.


asdfghjk, aku nak balik Malaysia becoz SJ is coming but cannot, LOL

kbai;

han

p/s: if and only if lengchai know that I miss him :(

6 comments:

Ekmi Rabat said...

awak..kesiannya. sampai ati ada org macam tu, berjanji macam2 tapi tak tepati and yg lg teruk keluar ngn org len tnpa rs bersalah.mak ai.

sabar la eh, mcm tu lah kehidupan.kita jumpa byk org dan itu suma menguatkan kita. Kalau org lain tak fokus dalam kelas, just let them be. Awk kena pulun tau. InsyaAllah..may Allah bless u :0

salam kenal :)

han eba said...

itulah pasal, sakit hati je. haish. thanks for your words :)

salam kenal juge :)

girang [dot] taemin said...

ting! tong~
awk kena tag k.
arap2 sudi jwb soklan girang nih..

http://girangdottaeminmuch.blogspot.com/2011/11/my-tagged-game-dh-bermula.html

han eba said...

ok, tapi tak leh nak copy, cemana nak buat???

nurul norman said...

kalau kte suruh kau sabar, tu nasihat yg sama setiap kali. tp, betul lah apa lg nk bwt, sabar je lah =]

ape kte nk bagitau, tu lah kehidupan kat U. memang macam macam orang ada. yg terlebih gila, yg terlebih sensitif, yg terlebih suka gunakan org, yg terlebih bersolek, yg terlebih style die, yg terlebih berfikir, yg terlebih lonely, yg terlebih terlebih lagilah.

masa kte kat U pun, orang2 mcm ni lah yg kte jumpa, tp nk bwt apa, asalkan kte tau pa yg kte buat betul, nawaitu kene jaga, paling penting jaga hubungan dgn Tuhan, Tuhan akn jga hubungan kte dgn manusia =] insyaAllah, semua akan jadi baik ^.^

han eba said...

kami ni , macam kutub yang sama arah, saling menolak