Thursday, November 10, 2011

bf kau ke, laki kau oii!


assalamualaikum dan an nyeong.

entri kedua aku hari ini. actually, aku dah lama dah nak post, tapi malas tahap babun. aku malas mengulas. sebab aku malas. tugas bertimbun tak dikerjakan, aku memang cari nahas. oh man!

aku nak cerita sikit pasal couple ni. err, not exactly nak cakap pasai haram halal, tapi aku nak cakap aku sumpah meluat kalau ada certain perempuan cakap dekat aku "eh, bf I ni laa... so I tak boleh la...." bla bla bla, memang mintak pelempang tahap kamen rider kau tahu.

apa kau rasa kalau ada kawan kau kata "bf I kata, I tak boleh balik lewat lewat, gelap gelap " Oh yeah? Gila lah, baik punya bf kau control kau. yang ni pulak,

"bf I kata I tak boleh pakai baju ni, dia tak suka"

"bf I kata, I tak boleh kawan dengan lelaki, sebab I dia punya"

"Bf I kata, I kena skype dengan dia tiap hari"

"Bf I kata kalau nak pergi mana mana kena ada izin dia"

"bf I kata, I tak boleh makan makanan yang dia tak suka"

"Bf I kata, jangan buat FB" "BF I kata, jangan letak gambar sebenar dekat FB"

"I selalu cium tangan bf I sebelum masuk rumah lepas kami date"

"I repot kat dia setiap sejam dekat mana I berada if I keluar la"


dan seterusnya. wah, bf kau macam laki kau kan? Sungguh hebat, dia just bagi arahan kau ikut. Sayang sangatlah kaaan. Okay, wait. Kalau sebab bf kau risau tu, aku faham la, almaklumlah, sayang awek tapi certain part macam tak logik tu, kalau kau as GF nak ikut juga, aku rasa macam, eh come on, he's not your hubby yet. why bazirkan masa muda, masa untuk teroka banyak benda dengan mendengar dan menerima keterbatasan dari bf? Dia tu laki hang ka?

Yang Allah dah arahkan tak nak buat, yang bf kau arahkan, kemain yee, ikut je.

kalau mak ayah cakap, memang adat ramai yang bantah, tapi still ikut. tapi bila bab bf, tak bantah pun, kasi layan je. Kan? Hommai. Aku kes bajet setia macam ni, aku selalu dengar, tapi bila dah kawin, lain pulak ceritanya.


"I letak DP I tu, takkan salah kot. Kan I dah ada u as hubby"

"I dah tak mainlah cium cium tangan husband ni, muak dah"


"Eii, malas la I nak asyik report dekat dia yg I ada dekat mana, terkongkong tau"

"I keluar rumah ikut suka I lah. Apa, dia ingat I ni ada banyak masa nak mintak izin dia?"


dan macam macam lagi lah.

itu yang aku pelik bin ajaib bin aladdin ni. kenapa? kenapa bila couple macam tu, tapi bila dah kawin tak macam tu?

KENAPA?

aku tahulah aku tak pro bab ni, tapi sumpah la weyh, aku memang meluat. kau layan BF kau macam husband kau. Kau tahu tak bila kau buat macam tu, I mean certain benda yang tak logik tu kau macam baru je buat something yang kau tak tahu sama ada akan terus berkekalan atau tak. masihkah kau cium tangan yang sama selesai pernikahan nanti? adakah kau akan repot keberadaan kau di sesuatu tempat pada lelaki yang sama lagi? dan yang paling utama, adakah dia suami mu wahai wanita? adakah dia peneman hidup matimu wahai wanita?

aku cuma tak faham kenapa. kalau care pun, jangalah sampai tahap yang tak masuk akal. Whatta. Enjoy la sikit hidup tu, maksud aku, buat sesuatu yang Allah redha, bukan BF kita. Buat sesuatu untuk Allah tu lagi baik dari hang dok sibuk dapat redha dari lelaki yang belum tentu jadi laki hang tu.

aku bukan nak cakap macam aku hebat sangat bak peluru berpandu hentam negara kecil, aku cuma nak cakap ketidak puasan hati aku. maybe one day, aku akan terbuat macam ni, tapi seandainya aku terbuat, aku harap post ni akan ingatkan aku betapa aku meluat dengan tindakan macam ni.

jangan lah bajet dia macam laki kau, kau dengan dia tak ada sebarang ikatan derrr, sedar sikit! layan BF bagaikan suami, haissh. -.-

kbai;

han

p/s: kadang kadang kita terlepas pandang pada benda yang kecil yang sebenarnya serius. prioritas ?

"

2 comments:

nurul norman said...

owwoOoww~!! akhirnya, bomm meletup =p
totally agree !! =D

han eba said...

bom? HAHAHAHA.



ini berdasarkan pemerhatian dan org org sekeliling ku