Saturday, December 31, 2011

today 19 tomorrow 20

hari ini hari terakhir tahun 2011. pergh, aku rasa macam tak percaya, dah habis dah ke 2011? Is this the end?

Seriously, 2011 ni banyak duka dari suka. aku tak tipu oh, aku serius. wait, atau hanya aku yang ingat benda duka sampai benda suka tu macam seolah olah tak pernah terjadi? Hahahaha, ok aku serius ni. Betul, banyak benda yang aku tak suka terjadi. Dari start matrikulasi, sampai habis. So, aku review sikit la kisah kisah sedih campur bahagia aku, LOLS.

Januari- April


masa awal tahun, aku busy study. aku busy buat itu ini untuk pastikan pointer aku bagus untuk sem 2 matrikulasi. aku terlalu berubah. banyak sangat. drastik gila. aku balik kelas, tak tidur, terus study. aku tidur awal. aku siapkan chapter yang lambat lagi nak belajar dengan awal. aku berani bersaing. aku busy dengan kerja khusus. aku masuk banyak acara dekat kolej for markah koko aku. bila ada test, aku dapat skor matapelajaran Kimia A, tapi yang lain, B sahaja. Aku rasa puas hati, seronok. Macam tak sangka, aku improve. Alhamdulillah. lepas tu, aku dapat kawan baru,maksud aku rapat dengan seseorang. dan aku rasa seronok sangat sebab seseorang tu adalah budak perempuan yang sangat baik, dan pandai. so, aku senang hati ada dia, buat kerja khusus semua, even semua benda group pun dengan dia dan seorang lagi kawan cina aku yang aku baik sangat :) lepas tu, kami menang satu pertandingan tu, kami dapat nombor dua, best oh masa tu :)


tapi, itulah, benda tak kekal lama. aku sesal. ada salah faham terjadi antara mereka berdua dan aku jadi orang tengah. tapi aku tak sangka, aku boleh tertawar hati, tersakit hati dengan both, sampai aku tak cakap, dan buat kami bertiga semua awkward antara satu sama lain. aku hurt mereka, ok fine, mereka pun hurt aku, tapi aku tak sangka aku akan hurt orang yang aku sayang. mungkin stress sangat sebab masa tu memang banyak sangat kerja khusus, memang hampasan! so, aku sesal . sampai ke akhirnya pun, kami awkward dan aku tahu aku paling hurt orang yang aku paling paling sayang, budak cina tu. sorry yeobo, I really didn't mean it. Hope you're fine now.

bila masuk March, apa yang aku busykan adalah dengan exam juga. Aku seriusly lain sampai rumet aku sendiri cakap, dia rasa susah nak tidur sebab tengok aku belajar. Hahaha. Lepas tu, masa march, aku pergi supershow 3, best gila. aku dapat tengok donghae live. aku pergi dengan aza. Mak ayah aku beri kebenaran. mereka tak bantah, sebab satu hari je pun. lagipun mereka tahu aku memang suka dekat mamat sekor tu, selain dari lengchai.
oh, lengchai itu budak matrikulasi aku. dia Chinese. aku suka usha dia, cara dia jalan, sebab dia hensem tapi tak nampak hensem sangat sebab dia selekeh. HAHAHA. so, aku rasa dia ni lain sikit. Kalau lelaki yang memang dah ada rupa dekat kolej aku tu, mereka akan berusaha nampak lebih kacak dan smart dengan pakai elok elok, tapi tak dia. So, aku lebih suka dengan dia. Lagipun, kami satu kuliah, dan aku masih simpan gambar dia yang aku ambil dari Azah. LOL. asalnya aku just nak tunjuk rupa si Lengchai ni dekat mak ayah aku, tapi endingnya, gambar tu masih ada dekat aku walaupun aku dah tunjuk gambar tu, sebabnya aku tak tahu nak buat apa dengan gambar dia. buang ke, apa ke? -.-

dan sepanjang jan-march ni, mak ayah aku akan datang bawak aku keluar every 2 weeks, kadang kadang, tiap minggu datang. sebab ayah aku selali ada je kerja di kawasan banting tu, dan selalu kalau ada kenduri kenduri yang jauh jauh, mereka akan singgah tengok aku.

April- Ogos


april, bulan terakhir aku di matrikulasi. busy busy. ada exam semua. exam final, terakhir. depressed nak habiskan syllabus. Thank God ada Syarifah, dan juga Ramiza. Aku suka dua orang ni juga. Ramiza baik sangat. Bulan bulan terakhir tu, aku lebih spend masa dengan emreka dua ni. Jalan petang petang dengan Ramiza, malam pergi bilik Syarifah study Bio. I miss them. Serius. Aku jugak rindu budak tu, dan juga budak cina tu. Tapi, aku tak reti nak ungkapkan dekat mereka. Aku jauhi mereka, mereka jauhi aku, entahlah. tapi April tu, bestnya sebab hari terakhir before habis exam terakhir, malam tu, aku dapat cakap dengan lengchai melalui fon. aku macam tak percaya, dia cakap dengan aku dalam fon -.- okay, tak adalah big deal sangat tapi, errr, still aku suka dan macam tak percaya. lepas tu, aku nyanyi lagu birthday untuk rumet lengchai tu, dan dia pun dengar, sumpah segan.aku ingat nak snap foto satu dengan dia, tapi aku tak ada kekuatan tu -.- alah, mamat yang usha je kot -.- tapi sampai sekarang,aku still suka dia, oooops.

lepas habis exam, aku duduk rumah, tak tahu nak buat apa, nak amik kelas Korea, masa tu semester dia belum buka lagi, nak sambung memandu aku macam tak rela, nak kerja, malas gila. HAHA. so, aku duduk rumah, habiskan masa dengan Internet. LOL. membazir masa. aku dapat tahu, aku tak dapat interview untuk USM, so aku kecewa. lepas tu, kat rumah, aku selalu cold, sebab aku dah biasa tak ada orang dengan aku masa dekat kolej, bila dekat rumah, parents ambil berat, aku rasa susah hati, aku tak suka. macma semua benda aku buat tak kena, itu dan ini. biasalah, perubahan environment -.- mak ayah aku masa tu busy dengan adik aku, adik aku kan atlet -.- busy masuk pertandingan sana sini. mak ayah aku pulak, busy bagi support dekat dia, sampai dia akhirnya jadi wakil Malaysia untuk sekolah sekolah Malaysia bersama yang lain, okay, itu part bangga -.- ok, dia tu bagi aku memang untung, dia tak perlu susah susah nak study, dia just kena kejar impian dia, itu yang best jadi dia.not like me and ma bro, me especially. LOL. okay, lepas tu some misunderstanding dengan sunsaengnim aku, aku macam tak percaya. oh man, dia salah faham dengan aku. itu duka okaaay. lepas tu, result keluar, tak turn out well, walhal aku study bagai nak rak, still not turn out well. so, aku sedih macam nak mati. aku study habis habis wey, tapi still... nasib aku memang macam tu, dari dulu. tak kira bagus mana result aku,aku tak kan berjaya dapat kos yang aku nak, tak kire usaha mana pun, result aku susah nak gempak. so gempak ataua tak result, rezeki kalau dah tak ada, nak buat macam mana. so, masa tu, aku sedih sangat. tapi masa tu aku dah tahu dah, ayah dengan mak aku dah plan dah nak hantar aku sini. depa tak tau pun aku sedih sangat sebab reuslt. mak ayah aku cakap tak payah nak susah hati, diorang dah plan semua dah. LOL.

lepas tu, aku pun kerja. dah kerja, dapat duit, aku pergi sambut birthday dengan Kim Yana. best gila, satu hari dekat Sunway. Thanks Yana. Kawan aku yang lain busy, study dan kerja. lepas tu, aku dah start buat preparation nak mai sini. aku ulang alik datang sini. amik entrance exam, uruskan hal itu ini. alhamdulillah, semua berjalan lancar. so, aku banyak buat benda lain sepanjang tempoh tu. busy itu ini. semualah aku busy.lepas tu, aku pergi terengganu dan singapore. pergh, aku tak sangka boleh sampai singapore. semuanya, sebab teman adik aku wakil Malaysia. -.- pergi sekejap je, sebab aku kan kena uruskan banyak hal aku. LOL.

September- December


masa ni, aku dah di sini, di Palembang. aku banyak lalui benda suka duka. aku tetap okay dan tabah walaupun kadang kadang, fail macam hampasan. HAHA. september, aku dah start masuk kelas, aku culture shock sikit dekat pergaulan anak anak kaya kelas aku, pastu aku shock kelas semua bahasa Indonesia, tapi aku still lepaking. Aku terus belajar dan belajar, sumpah kadang kadang aku malas sangat. pasal duit pulak, memang aku risau, barang sini mahal, tapi mak ayah aku macam lepak lepak je, tak nak aku susah study dekat sini. asyik bagi bagi bagi duit je. buku buku semua, diorang beli supaya aku boleh study. banyak benda sangat mak ayah aku korbankan. dan aku masih macam tak rela study benda ni, anak teruk kan? HAHAHA. lepas tu, ada juga lah benda yang bagus jadi, macam beli cd korea banyak banyak dekat sini, yang itu bapak murah, HAHA. lepas tu, aku pergi tengok Sea Games. Waaah. HAHAHA. Dan akhirnya December, bulan yang agak malang bagi aku, maksud aku, bulan yang penat. aku ada banyak masalah dalam bulan ni. Dan ini adalah pengakhiran bulan ini. HAHA. dari masalah KITAS sampai la kehilangan barang, dan juga busy study untuk final, pehh, memang sangat memenatkan. plus, budak sini , I mean yang batch aku banyak sangat problem. HAHAH. tapi aku tak involve la, tapi mereka ni buat jadi big, bla bla bla. malas aku cakap. pandai pandai la.one more, aku raya Korban tahun ni dekat sini, maal hijrah pun sini, and now new year ni pun dekat sini. hahaha. ni dah jadi negara kedua aku. LOL.

so, ini adalah sedikit *sedikit kau cakap?* review untuk tahun 2011 yang bakal berakhir. InshaAllah esok aku akan update untuk new year bersama beberapa azam, yang aku belum fikir lagi, hahahaha. dan juga, ada tambahan di blog tak lama lagi. aku tak reti la nak cantikkan blog, siapa reti? Ajar la doe. Korang ni, issh. HAHA.

kbai;

han

p/s: bilik masa dekat matrikulasi

No comments: