Thursday, December 1, 2011

sweet first december ♥


Back to December all the time~ LOL

pagi tadi, aku kelam kabut. bangun lambat. tu dia. cantik bebenor la bangun lambat tu ? dah la nak kena pergi kampus sana . apa lagi, mandi kerbau aku. err, tapi still wangi *ehem, tgk orglah* HAHAHA. aku bangun bangun, dah astaga astaga, lepas tu terus mencarut carut pasal december.

ahhh, memang ______ december (isi la apa korang nak)


so nak berebut bas pegi kampus sangat lah sengit. bayangkan macam mana ada orang dari jauh kejar bas , lari dengan speed power dia, lagi lagi kalau cowok. haihhh. yang cewek macam kitorang ni? Terkapai kapai lah kau. Bak kata mereka,

cowok menjadi monster, cewek menjadi cowok bila cakap pasal rebut bas.

haila. bas tu jauh lagi dan sedang bergerak pun diserbunya asalkan dapat sampai sana. masa aku tadi, aku dah la lambat, lepas tu hanya bas terakhir untuk ke sana je tinggal. haru dan cuak la aku. lepas tu, aku naik je bas terakhir walaupun kena berdiri dan kau tahu tak, sangat awkward bila aku naik, tapi semua orang ada seat, aku je yang berdiri dalam bas uzur tu? Dalam hati aku Tuhan je yang tahu. AKU MEMANG NAK ANTI DISEMBER MASA TU tapi ...

belum bas bergerak, ada seorang cowok bangun dan berikan tempat duduk buat aku. bapak terkejut aku masa tu. tak pernah dibuat orang. well, kalau dah dia tadi duk rebut rebut macam monster sebab nak tempat duduk, tiba tiba bagi aku. memang lah aku macam "apehal dia ni?" actually, kalau dekat Malaysia, pun jarang lah yang nak bagi seat unless aweks cun yang tak ada tempat duduk. kalau orang macam aku, belum pandang pun depa tak mau bagi seat. tapi hari ini, aku memang terkejut gila. Bapak baik cowok sorang ni. Entah datang dari mana entah. Terus bangun bagi aku tempat duduk. So sweet ♥ bak kata kawan aku " guys should be like him" ini orang kata gentleman. so, aku dah bersyukur gila masa tu,lalu duduk .

bapak segan kot tengok dia berdiri. dah la masa perjalanan hampir 1 jam 30 minit. aku tak dapat bayangkan kalau aku di tempat dia. kesian pulak aku. so otak aku berputar memikirkan penyelesaian. dia berdiri sebelah aku je. so, bila dah hampir 30 minit, aku pun cakap dengan dia, buat muka tak tahu malu, suruh dia duduk, tapi dia still senyum dan cakap "dak papa papa, duduklah" aku buat muka confused aku *macam biasalahhh* dan suruh dia duduk. dia cakap, "tak apa" dan senyum lagi. DUH, muka ikhlas gila. tambah dengan senyum. bak kata kawan aku "he stole my heart" HAHAAHAHHAHA. kawan aku dalam bas dapat la tengok muka mat ni macam mana, dia kata mamat ni handsome, cuma aku tak tengok muka dia sehabisnya sebab segan -.- bayangkan, dia berdiri dari kampus aku ke kampus utama yang amik masa lama -.- GOSH. kalau jalan macam dekat Malaysia tak apa, ini jalan macam dah lubang lubang semua, bayangkanlah. kesian dia. HAIHHH.

budak Indonesia cakap, tak senang nak jumpa cowok macam ni. lagi lagi kalau naik bas. so, mereka cakap, aku lucky sebab jumpa mamat hensem dan baik hati. alhamdulillah, semoga ALLAH memberkatinya, amiiin. tapi, aku tak tahu dia budak fakultas mana, HAHAHAHA. hampasan.

benda dekat atas ni, betul betul terjadi dan aku macam tak percaya. dan mood aku menjadi sangat baik. dan bila petang pulak, awww, aku lagi bahagia.

actually, selama ni aku tak pernah tahu aku darah apa. seriously. type A ke B ke, aku tak pernah ambil tahu, tapi hari ini ada lab golongan darah, so aku dah tahu aku darah apa. dan yang bahagianya, jenis darah aku sama dengan jenis darah donghae ♥

OMG, AKU RASA SANGAT BAHAGIA. SANGAT BAHAGIA. THANKS TO MY PARENTS,

sebab korang aku warisi darah jenis yang sama dengan Donghae. hahahaha. aku terlalu bahagia hari ini. ASDFGHJKL. sweet first December, like seriously! sampai la ni, aku nak braaag, darah aku sama jenis dengan Donghae. Arghhhhh ♥ *fangirl mode activated*


kesimpulannya, hari ini aku bahagia sebab ada cowok sweet , yang sanggup berdiri hampir dua jam untuk bagi aku duduk , dan senyuman dia. dan yang kedua sebab darah aku sama dengan Hae. (yang ni aku paling nak braaag dan suka, awwwww)

kbai;

han

p/s: sweet 2nd december? I'm enjoying playing games.

2 comments:

nurul norman said...

auuuwww~ that's so sweet ! ^.^
berbahagialah, tak semua yang menimpa kau perkara buruk kan =]
sungguh Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang, alhamdulillah =D

han eba said...

sankyuuuu. betul itu kak long ;P hahaha