Sunday, January 1, 2012

#1

hey you, yes you! Happy new year baby~

hey, it's 2012. salam tahun baru buat semua bloggers dan pembaca pembaca blog handsome ni. dan kepada yang dah lama sangat jadi follower blog aku ni, dari blog saranghae lagi, terima kasih daun keladi aku ucapkan. dari penggunaan 'Han' kepada aku, korang dapat melihat kan perubahan gaya penulisan aku.

So, apa yang dah korang azamkan untuk tahun ini? Dah bersedia ke nak tempuh tahun yang baru ini? Kalau dah, bagus lah, kalau belum tu, alah, lepaklah. Buat kool je sudah. Kan kan :) Untuk semua yang dah berazam tu, selamat melaksanakan azam korang. aku? aku rasa azam aku biasa je. alah, aku ni kalau berazam pun, belum tentu buat, so tak guna duk pikir azam banyak banyak. aku just ada satu dua azam je. Yang satu dua ni pun entah buat ke tak. hahahaha *segan youu*

oh yea, aku ada dengar la kan, depa duk kata tahun 2012 ni tahun Kiamat. Haha, hotak hang *oops terkasar* , tidak ada siapa pun yang tahu bila kiamat itu akan mampir/datang. So, toksah la nak cakap itu ini, benda benda mengarut. Jangan sebab depa duk sibuk habaq dekat hang 2012 ni tahun kiamat baru hang nak tobat. Haha, tak ikhlas namanya. Aku just harap korang tu taubat sebab korang ikhlas dan dah tahu salah.

sempena tahun baru ini, aku nak buat satu pengunguman. Aiceeh. Aku akan berkahwin tak lama lagi, aku serius. So, end bulan Januari ni, InshaAllah, aku akan dinikahkan. *teeeeeeeet* okay, aku main main. aku gurau jeee. Ini pengunguman sebenarnya: aku akan buka label imaginations di blog ini. Imaginations? Yeah. Ingat tak, dulu aku ada buka satu blog nama dia Han's cafe, tapi sebab aku risau aku busy sangat, so aku dah tutup blog tu. Yeah. So, aku just akan copy paste semua karya mengarut aku dengan Hae itu di sini. Actually, itu main main je. Saja menulis bila bosan. Jangan risau, aku tak imaginasi benda tak senonoh. Banyak benda tak senonoh yang aku masih tak tahu, tapi semua orang tahu. *buat aku rasa kadang kadang aku loser* hope ini berita gembira buat kamu semua, wahai pembaca handsome.

azam aku untuk tahun ini adalah, aku nak berdiet. Boleh tak? HAHA. sebabnya, bila duduk sini, aku dah semakin menggemuk . dah la sedia gemuk, nak gemuk lagi. tak kuasa aku. tapi tak ada maknanya aku nak kurus sangat. disebabkan aku belajar dalam bidang kedokteran ni *okay, poyo* so, aku kena mengamalkan gaya hidup sihat. so azam tahun ini adalah, amalkan gaya hidup sihat. InshaAllah, bermula dengan azam, dan berakhir dengan kebiasaan :)

next azam aku adalah, menjadi perempuan yang lebih baik dan solehah. termasuklah, cuba tidak malas membaca Al-Quran. Cuba tidak melakukan perkara yang boleh membuat dosa, cuba merajinkan diri buat solat sunat dan juga cuba menjauhi diri dari lagha. So, aku tak naklah kadang kadang aku terbangun lambat, tertinggal solat. NO WAY! dan juga menjadi perempuan yang lebih sabar dengan lelaki yang suka suka bapak dia sentuh aweks sana sini.

okay, aku add satu lagi azam, aku nak berusaha suka pada Medic ni. Means, aku nak buat terbaik lah. Mak ayah keluar beribu riban juta nak bagi aku belajar dan hidup selesa dekat sini, apekah ertinya kalau beri result cikai? Ye dak? So, InshaAllah, azam tambahan ini akan aku laksanakan demi masa depan bersama *Lol, apekaaah?*

pasal fangirl pulak, aku akan terus fangirl macam biasa. dan suka lengchai macam biasa. hehehehe. okay, ini masih susah nak ubah. kena slow slow. hehe. so, azam korang apa pulak? eh, janganlah kedekut share dengan aku. ciss.

SALAM TAHUN BARU 2012. heeey, I'm 20!
kbai;

han

p/s: kenapa masa awal muharam tak buat bunga api eh? kan bertambah peluang aku untuk tengok bunga api. kekeke.

To my friend Elia, hope everything gonna be fine ♥

No comments: