Tuesday, February 21, 2012

#21

dalam kehidupan aku ni, aku ada banyak sesalan. banyak gila. tak terkata. semenjak masuk matriks lagi, aku dapat rasa sesalan makin menambah dalam diri aku. aku tak tahu nak buat macam mana sebenarnya dengan hidup aku. aku bagaikan tak jumpa jalan. lost child -.-

masa masuk matriks, aku risau pointer. dah keluar matriks, tak tahu nak study mana . lepas tu, bila dah masuk universiti , risau pointer dan duit. aku rasa, antara tiga beradik ni ha, aku la yang paling banyak menyusahkan mak ayah aku -.- sukar untuk aku percaya, tapi itu hakikat. kadang kadang, bila pada akhirnya, aku mulai sedar, teruk betul ada anak macam aku ni.

aku ni, hidup macam tak ada tujuan. serius oh. aku tak tahulah apa nak jadi dengan aku. haha. aku sedih bila fikir balik, banyak sangat money spent dekat aku. susah mak ayah aku kerja, senang je duit aku habiskan. errr, maksudnya, perbelanjaan aku dekat Indonesia tu ha, lepas tu, duit shopping aku lagi kalau aku balik malaysia. aku mintak tu, mintak ni. kadang kadang, ada penyesalan di situ. kenapa aku anak macam tu? how if mak ayah aku satu hari nanti . . . aku serius tak dapat bayangkan.

aku ni senang demand, senang menolak. susah nak faham diri aku ni ha. kadang kadang, aku nak nangis, aku nak tunjuk aku sebenarnya kisah dengan semua pelaburan pada aku, tapi aku tak nak ungkit sebab nanti mak ayah aku akan cakap benda yang bagi aku rasa, I don't deserve that. kadang kadang, aku ada rasa unfair pada siblings aku sendiri.
both of them, mereka berjaya through usaha dan nasib sendiri, lebih lebih lagi abang aku. macam aku, semua jalan dibuka oleh ayah aku sendiri. belajar pun ayah bayar. duit itu ini, semua ayah. abang pulak, most duit yang dia spend, duit elaun dia. kadang kadang, aku rasa mungkin sebab aku, ayah aku agak jarang bagi dia duit. mak aku cakap, ayah aku banyak bantu aku dengan adik aku. tapi abang aku berdikari. dia tak ada nak mintak mintak duit dari ayah aku. memang betul pun apa mak aku cakap. sebab itu lah, buat aku rasa bertambah sesal -.- sesal dengan diri sendiri. kenapa aku tidak begitu? aku pun nak berdikari sebab aku tak suka mintak duit dari parents aku. entahlah, aku dah boleh nyanyi lagu seribu sesalan ni.

aku duduk rumah ni, mak ayah aku layan superB sangat sampai aku rasa terlalu dimanjakan. aku online 24h pun mereka tak marah. aku bangun lambat pun tak marah. siap tanya aku nak makan apa, apa nak bawak pergi sana. sampai adik aku terasa hari tu. HAHA. sebab aku lambat, dia emo. rasa terpinggir la tuwww. LOL. sejujurnya, superB mana pun, aku tak suka perasaan ini. tak tahu kenapa. aku tak nak terbiasa dengan keadaan ni. nanti bila dah suka, aku takut tak boleh nak adapt, tak boleh nak berubah. aku sukakan sesuatu yang tak teruk dan yang tak perfect gila. hmmm.parents tu, sayang kita sebenarnya. cuma kita je yang tak faham mereka. mereka sanggup buat banyak benda yang kita tak tahu/tak sangka mereka akan buat. sebabnya kita belum bergelar parents. bila dah jadi nanti, baru kau tahu. masa tu, kau akan faham tindakan mak dengan ayah kau satu ketika dahulu.except pada certain kes melibatkan sakit jiwa dan bla bla.

so, konklusinya, aku harus tebus kekesalan ini. sebab kekesalan ini lahir dari ketidakyakinan dan ketiadaan kekuatan rohani. asyik sesal sesal, nak sesal sampai bila. dan jangan selalu rasa senang once ada tempat bergantung. kena lebih yakin dan berdikari. sebenci mana orang pada kita, kita terima tapi ambil itu sebagai cabaran.

kalau nak butthurt ,liver hurt isu komen aku wahai classmate, kau boleh teruskan. lelaki tapi sensitif mengalahkan perempuan period, oops.

kbai;

han

p/s; mak cakap grad je kena kawin, kalau tak jadi andartu. ayah cakap tak payah risau, lepas grad nanti ayah akan jaga aku so tak kahwin pun tak apa. \o/ mansee!!

4 comments:

hazye said...

cool gile ayah kau ~

han eba said...

kekekeke

nurul norman said...

bestlah ayah kau. hahahah =DD
nnt mak kau carikan calon lettuuuuuuwww. auw ! hahahhahaha =p

han eba said...

mak gua tak berani punyew masuk campur. HAHAHAHAHA. anak dia yg dalam masa sama musuh terdekat dia ni suka lengchai lagi. LOL. ahhahahaha