Tuesday, February 28, 2012

#24

The Rules
1. You must post this rule
2. Each person must post 11 random things about themselves in their journal
3. Answer each question the tagger set for you in their post and create eleven new questions for the people you tagged to answer
4. You have to choose eleven people to tagged and link them to the post
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAG IF YOU READING THIS" YOU LEGIMATELLY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONEST) have tagged eleven people.


11 perkara yang membuat gua lebih handsome dari loe. HAHAHA

1. nama sebenar gua sangat special. rasanya satu dalam dunia? hehe
2.hanya pelajar kos kritikal. LOL. jadi sepanjang masa dalam keadaan kritikal walaupun dalam hal yang tak melibatkan kos -.-
3. menjalankan aktiviti gelapnya sebagai seorang fan girl di twitter. reti retilah follow @dedonghae
4. merupakan anak kedua dari 3 beradik. adik aku lelaki. aku ada abang. HAHA
5.suka pada k-pop dan k-drama. ;B kau ada?
6.peminat no 1 Lee Donghae. HAHA. *bukan Lee Chongwei okaay*
7.Tidak suka makan tempe *not ma taste*, tak suka tengok wayang *membazir*, benci cerita hantu *tak seram sebab tahu tentang realiti*
8.Aku suka Lengchai. HAHAHAHAHA. sumpah geli nak muntah darah. LOLS. *tettttttt*
9.seorang yang gemuk. puas? Wahahaha. Aku gemuk kau kisah apa? -.- ada aku makan makanan kau macam iklan cloud 9 tu ke?
10.masih belajar di negara orang. ughhh
11. actually tak handsome mana lah aku ni. gadis biasa je. hukhukhuk

Ini soalan dari kawan baik gua (pemangsa tag) Bukan main soalan dia aku habaq hang.

1.
Cartoon, drama, dan movie favourite dari kecik sampai sekarang dan kenapa.

Cartoon? Err, ShinChan kot. sebab dia selamba. walaupun tak senonoh sikit -.-
Drama pulak of course Lovers in Paris sebab cerita tu sangat romantikus, hehe plus lelaki tu bagi gua hensem walaupun tak sebenarnya.
Movie pulak cerita apa oh? Cite hindustan boleh? Kalau nak kata dari kecik, memang Kuch Kuch Hota Hai la ;B hensem oh shah rukh khan. meynnnn!~


2. Kos yang korang dapat sekarang ni ada kaitan tak dengan cita-cita yang korang idam-idamkan dari kecik ?

Asyik masa kecik je soalannya. Haih. Tak kot. Sebab masa kecik gua nak jadi pensyarah, lepas tu gua nak jadi tentera udara *biasalah mengarut* . dah masuk sekolah menengah dah sedar, gua nak jadi wartawan. gua suka magazine dan menulis. tapi kos gua memang tak ada kena mengena dengan cita cita gua. Uhuk, sensitip la soalan you niii.

3. Korang rasa, korang ni orang yang macam mana ? personality macam mana ? nak perasan sendiri pun takpe =p

Gila. Emo lebih tahap jamban. Suka berangan dapat lelaki yang baik satu hari nanti, hakikatnya diri ini tidak sebaik mana. Pelik pun sama. Nak kata lawa tak, nak kata handsome ye. *HAHAHAHA*

4. Apa pendapat korang tentang lelaki yang suka tengok MV girl groups tapi tak suka lagu tu ?

Gatal cukup. HAHAHAHA. kau suka nengok group tu gegedik buat apa? Kalau kau suka steps dia, ok lagi. Tapi kalau semua pun kau tak suka dalam tu, tapi kau tengok, baik kau tak yah tengoks. LOLS.

5. Korang treat family dengan kawan, lagilagi kawan rapat macam mana ? sama tak ? kalau tak sama, kenapa?

Berbeza la. Kawan baik adalah kawan baik. Family adalah family. Maksud gua family tu, family kecil gua, bukan sampai sedara mara kaay. Family tu dia akan sentiasa bersama gua, tak kirelah apa jadi. Kawan baik, dia juga ada disisi gua, tapi dia juga ada komitmen dia. Actually, gua layan kawan baik lebih baik dari family sendiri. Sebab family gua bagi kasih sayang pada gua tanpa perlu diharapkan, tapi untuk mendapatkan kawan baik, kita kena lakukan sesuatu dulu bukan? Maksudnya, menjadi kawan baik bukan bermula dari kita dilahirkan tapi setelah kita dipertemukan tapi family tu bersama kita semasa kita dah dilahirkan. Actually, bagi gua kawan baik macam family tapi tak akan sama. Family lagi penting. Kalau kau tanya bf dengan kawan baik, of courselah bf bukan jawapannya.

6. Antara ibu, ayah, abang, kakak, atau adik, yang mana korang lebih rapat ? kenapa ?

tak ada. serius. bagi kite semua sama. sebab gua suka bersendirian. hehehe. kalau ada problem pun, malas nak libatkan orang unless benda tu teruk sangat -.- *weyh, apa tanya soalan sensitip macam ni. kalau ada yang terbaca, terasa pulak. ughh.*

7. Semalam pergi mana dan buat apa ?

Semalam pergi kelas dan belajar la. Buat apa lagi?

8. Ballad, rock, dengan jiwang kapak, mana satu lebih suka?

Ballad la. Auuuuuwwww. I loike.

9. Rumah idaman.

Errr, harus ke ada rumah idaman? Tanya soalan ni masa gua nak kahwin nanti. Sekarang tak terfikir.

10. Apa hadiah paling ntahpape korang pernah bagi.

Tak ingatlah.tak boleh nak kata ntahpape sebab setiap yg beli ada makna?

11. Kenapa mostly Malay Movies takde kualiti?

Sebab suka meniru style cite org lain. lagi satu, cite kalau boleh nak boom. buat cerita cinta jangan asyik based novel boleh? drama pun sama. tensyen I!

So, 11 soalan dari gua

1.muka kau dalam IC macam mana? baik kau jujur..
2.kau suka kpop tak? dan kenapa?
3.kalau diberi peluang pilih salah satu ahli SUJU as kawan baik, siapa yang anda mahu? * a must, if tatau pun kena cari sorang!*
4.kalau ada lelaki/perempuan gemuk yang ikhlas suka anda, apa reaksi anda? terima atau tolak?
5. cerita paling sampah pernah kau tengok?
6. pandangan tentang masa depan generasi seterusnya? makin teruk atau baik?
7. pandangan tentang blog gua?
8. anda follow twitter gua tak? twitter donghae?
9.lagu zaman dulu dulu yang korang suka?
10.kalau diberi peluang mengarah filem, korang nak arah filem bergenre apa?
11. kalau mak ayah bagi green light kahwin, dan kebetulan kau memang ada pasangan, kau nak kawin tak walaupun kau masih muda dan belajar?

So, saya nak tag manusia manusia terpilih ;B

atiff, kak mah, lulu, syamsul,yibb,elia,pikakitty, airayaya. *yang lain semua dah kena tag, so agaks malas*

sekian, wassalam.

kbai;

han

p/s: penat buat nyaah ;B ni blog org yg bagi tag dekat gua. cheh. http://aghradhhawaadith.blogspot.com/

4 comments:

syamsul fitri said...

syamsul tu aku ke? :O

han eba said...

taklah, kawan kau. KAU LA. okay, what should I call you? SAM. Okay sam...

nurul norman said...

komen atas ni lawak. hahahhaa^^

nnti kau NAK kahwin kte tanya rumah idaman kau macam mana. tp nanti kau cakap 'tak kisah, ikut kemampuan suami la..' nyahh betul. nama pun idaman. hahahhahhaww =p =D

tangkiyus buat tag ni wlaupn anda bizis =)

han eba said...

hahaha, dia memang camtu. tak beridam nak ada rumah, cemana nak ada yg idaman? LOLS