Monday, February 20, 2012

Flower Girl Final


ALERT: Dengar lah lagu sedih sepanjang baca part ni ;D kekeke

Darius mula tidak tenang. Dia asyik memikirkan apa yang Felix sunbae katakan kepadanya. Berbagai tekaan bermain dimindanya. Gadis mana? Runsing memikirkannya.


"Kalau macam ni, baik aku pergi je tempat yang sunbae suruh pergi tadi, maybe aku tahu apa dia maksudkan" ngumamnya sendirian.

Tanpa berfikir panjang, Darius segera siap. Memakai pakaian sekemas mungkin walaupun berbagai perkara bermain di minda. Dibiarkan sahaja fikiran mengarut berkumpul, yang dia mahu tahu hanyalah, gadis mana yang dia ganggu. Sesampai di tempat yang dinyatakan Felix sunbae, Darius segera melihat sekeliling. Di betul betul berada di hadapan sebuah restoran mewah di tengah kota. Kelihatan banyak pasangan kekasih sedang berjalan disekitarnya. ada yang berpelukan ada juga yang bercumbuan. Dia segera masuk ke dalam restoran tersebut. Perasaan aneh mula menyelubungi apabila pelayan sendiri tahu akan namanya. Dia mula curiga. Sedang dia berjalan menuju ke tempat duduk yang dibawa oleh pelayan restoran tersebut, kelihatan dalam samar, susuk tubuh seorang perempuan dalam gaun bewarna pink lembut. Hatinya tertanya tanya, siapakah gadis berkenaan. Gadis tersebut menundukkan kepala, jadi wajahnya tidak kelihatan.

"Siapa awak?" Darius memulakan bicara . Dia duduk berhadapan gadis tersebut.

Gadis di hadapannya hanya diam seribu bahasa. Kelihatan air jernih mengalir di pipinya lalu turun ke dagu dan menitis di atas tangannya. Terdengar suara tangisannya. Dia teresak esak menangis. Darius bagaikan kenal akan suara itu. Suara yang begitu familiar bagi dirinya.

"Flower" Terpacul laju nama tersebut dari bibir Darius.

Flower mengangkatkan kepala sambil menekup mulutnya. Dia cuba menahan dirinya dari mengeluarkan suara tangisan. Matanya kelihatan sayu, betapa dia rindu lelaki dihadapannya.

"Kenapa awak? Eh, saya tak fahamlah. Kenapa awak dekat sini? Dan , kenapa awak menangis? Ada apa apa yang berlaku ke?" Soal darius dalam kebingungan.

"Oppa, awak tak ingat saya ke? Atau awak pura pura tak kenal saya?" Flower memulakan bicara. Air matanya masih meluncur laju.

Darius dalam keadaan serba salah. Dia mula faham apa yang Flower maksudkan. Hatinya pedih. Dia terkejut dengan soalan Flower. Bagaimana dia boleh lupa pada gadis di hadapannya? Bagaimana dia boleh tidak kenal gadis di hadapannya? Gadis yang dicintainya. Namun, apakan daya, gadis dihadapannya telah mengecewakannya. Gadis ini sudah berpunya.

"Saya tahu awak siapa, dan saya tahu awak tahu saya siapa Flower. Kenapa awak macam ni?" Tanya Darius bingung. Bukankah dia telah berterus terang semasa di dalam bas.

"Saya tak tahu yang oppa adalah oppa yang selamatkan saya. Kenapa oppa tak pernah cakap?" tanya Flower dengan esakan.

"Flower, saya kan dah berterus terang dengan awak masa dalam bas tempoh hari." balas Darius.

Flower terdiam. Dia cuba memikirkan saat itu. Sementara itu, Darius hanya diam. Dia mula terfikir kebarangkalian yang Flower tidak dengar luahannya waktu itu.

"Okay, mungkin awak tak dengar kot luahan tu," Darius memulakan semuala bicaranya.

"Jadi, oppa dah tahu dari awal? Kenapa oppa tak pernah cakap apa apa? " tanya Flower dengan serius.

"Berguna ke kalau oppa cakap? Oppa cuma nak bagi kejutan pada awalnya. Tapi..." Darius teragak agak untuk meneruskan kata katanya.

Pandangan mereka saling bertaut. Mata Darius merenung mata gadis yang dia rindui, gadis yang dia cintai. Masih lagi sama seperti mata yang dilihatnya beberapa tahun lalu, waku dia menyelamatkan gadis ini. Hatinya berdebar debar. Memang benar, dia tahu dari awal, tapi di hati Flower kan sudah ada yang istimewa. Apa gunanya dia berterus terang lagi pada Flower tentang cintanya jika dia sememangnya awal awal lagi sudah ditolak.

"Tapi?" soal Flower.

"Tapi semua ini tak penting bagi saya Flower. Oppa tak rasa kisah lalu tu penting untuk oppa ingat . Oppa tahu kamu juga begitu." jawab Darius dengan tenang.

Flower terdiam. Remuk hatinya. Bagaimana boleh lelaki yang ditunggunya selama ini melukai hatinya? Kata kata Darius memang menusuk hatinya. Apa maksud Darius kisah itu tidak penting? Apa ertinya? Flower menangis. Laju sahaja air matanya meluncur. Betapa sakit hatinya. Dia memegang dadanya, menahan rasa sakit hati. Sementara itu Darius berasa bersalah melihat air mata yang meluncur laju di pipi Flower. Hatinya juga sakit. Mengapa dia sebegitu kejam melukai gadis yang datang ke sini demi mencarinya sahaja. Kenapa dia begitu kejam apabila berkata? Dirinya tidak dapat tahan lagi melihat Flower menangis. Dia bangun lalu mendampingi Flower. Dia mengesat air mata Flower. Flower hanya membatukan diri. Mata sayunya melihat wajah Darius yang dingin. Dia memegang wajah Darius. Dia memegang wajah Darius. Ini adalah kali pertama dia menyentuh lelaki yang dirinduinya. Pandangan mereka bertaut lagi.

Darius segera bangun. Dia tidak mampu lagi melihat wajah gadis yang dilukainya. Tak mungkin dia dapat melihat lagi wajah gadis ini. Kerana di yakin tiada dia di dalam hati gadis ini. Darius merenung Flower yang masih lagi menangis.

"Oppa minta maaf, oppa banyak kerja lagi. Oppa minta maaf buat kamu nangis. Oppa kena pergi sekarang. Jaga diri baik baik" ujar Darius.

Dia berlalu pergi. Flower tergamam dengan tindakan Darius oppa. Apakah lelaki yang sukakannya itu, lelaki yang selamatkannya itu sudah tawar hati padanya. Dia memegang keronsang rama rama pemberian Darius satu ketika dahulu dan berlari mengejar Darius.

"Oppa," jerit Flower. Dia berlari menuju ke Darius.

Darius segera berhenti apabila mendengar suara jeritan Flower. Kelihatan ada pasangan pasangan yang melihat apa yang sedang berlaku, betul betul di hadapan restoran mewah itu. Flower segera mengesat air matanya. Dia menggenggam keronsang rama rama itu di tangannya. Dia berjalan menuju ke Darius.

"Kalau oppa tak nak ingat apa apa pasal kisah lalu, oppa ambillah balik keronsang ini," Flower sebak. Dia cuba menahan air mata. Keronsang tersebut diletakkan di tangan Darius. Darius hanya membatu.

"Oppa tahu tak, setiap masa saya hanya tunggu oppa. Tak ada orang lain. Oppa yang selamatkan saya, oppa selamanya ada di hati saya. Saya tak pernah biarkan orang lain masuk dalam hati saya. Setiap waktu saya menanti oppa, terlalu lama. Tapi bila saya dah jumpa oppa, oppa cakap kisah tu tak penting bagi oppa. Mungkin tak penting bagi oppa, tapi bagi saya penting. Walaupun oppa dah kecewakan saya, tapi saya harap oppa akan muncul. Tapi , kini saya rasa saya tak patut tunggu oppa. Atau saya tak patut ambil tahu lagi siapa oppa tu." luah Flower sambil menangis.

Darius membatukan diri. Benar, dia tahu dia salah. Memang Flower penting baginya. Kerana itu dia muncul. Tapi, apa dia boleh buat, dia telah melukakan hati gadis ini. Lagipun, dia masih sedih kerana cintanya pada Flower ditolak.

"Please forget our memories, just leave and don't ever come back to me." ujar Darius. Dia lalu menundukkan kepala dan mengetap bibirnya. Dia dapat merasakan sesalan di situ.

Flower merenungnya lalu mengangguk.

" Baik oppa, saya akan lupakan. Mulai hari ini, anggaplah saya tak kenal oppa," Flower berlalu pergi sejurus berkata sebegitu.

Dia meninggalkan Darius yang kelihatan sesal. Lelaki ini pernah meluahkan rasa cinta padanya. Lelaki ini juga yang telah selamatkannya. Tapi kenapa kini, lelaki ini kini kejam? Kenapa lelaki ini tak mahu mengingat kisah lama? Kenapa lelaki ini merasakan semua itu tidak penting? Dia mulai sedar, Darius datang dalam hidupnya bukan kerana dia adalah gadis kecil yang diselamatkannya dahulu, tapi kerana dia sukakan Flower yang sekarang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Flower, mari makan sarapan," ajak Felix.

Semalam Flower menangis dengan teruk sekali dalam pelukannya. Adiknya menangis dengan teruk. Dia tahu, pasti ini sesuatu yang perit. Tidak pernah Flower menangis seteruk itu. Dia juga tahu apa yang terjadi.

Flower keluar dari biliknya. Dia membawa begnya bersama.

"Oppa, hantar saya ke lapangan terbang. saya nak balik ke sana sekarang jugak," ujar Flower dengan wajah yang sugul.

Felix mengangguk. Dia tahu, pasti sukar bagi adiknya ini. Dia juga hampir menitiskan air mata mendengar kisah Flower. Anak ini sudah banyak menderita.

"Okay, oppa siap siapa dulu. Kamu makan dulu ye. Janga biar perut kosong," ujar Felix dan segera berlalu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sementara itu, Darius masih memikirkan kejadian semalam. Dia masih bingung dengan dirinya. Rasa marah juga ada. Kenapa dia berkata begitu? Kenapa dia melukai gadis itu? Sebenarnya, dia tidak dapat menerima kehadiran Flower dalam hidupnya lagi. Dia ke Amerika semata mata ingin melupakan Flower. Memang betul, dia merindui Flower. Dia masih ingat wajah Flower semasa kecil dulu. Dia sebenarnya sangat merindui gadis itu. Sudah bertahun dia menanti untuk bertemu. Tapi sayang, gadis itu sudah berpunya.

"Flower, maafkan Oppa," ngumam Felix.

Dia masih lagi teringat akan luahan hati Flower. Dia juga masih ingat akan waktu cintanya ditolak .

"Flower cakap, walaupun aku kecewakan dia, dia masih tunggu aku, tapi dia juga pernah cakap dulu, walaupun lelaki tu kecewakan dia, dia masih menunggu," Darius bermonolog sendirian.

Tiba tiba, dia terfikir sesuatu. Dia mulai bingung.

"Jangan jangan lelaki yang dia maksudkan tu . . ."

Belum sempat Darius menghabiskan kata katanya, dia segera berlari mencari kunci kereta. Dia mahu segera ke rumah Felix.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Oppa, sorry. I have to go. Terima kasih atas bantuan oppa," ucap Flower.

"Sama sama Flower. Jaga diri baik baik." ujar Felix

Mereka berpisah di situ. Flower membawa kekecewaannya pulang. Walaupun dia berharap Darius akan datang menahan nya dari pergi, atau terjadi sesuatu yang ajaib, semua itu tetap tidak terjadi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SETAHUN KEMUDIAN

"Eh, peliklah. Dalam beberapa bulan ni, you asyik terima bunga je. Dari unknown pulak tu," ngomel Tiffany sambil mencium bau bunga yang baru sahaja diterima dari penghantar bunga.

"I punya lagi ke?" tanya Flower.

"Ye, bunga buat cik Flower" kata Tiffany sambil menghulurkan bunga tersebut kepada Flower.

Setiap pagi, pasti akan ada orang yang akan menghantar bunga kepada Flower. Tiffany yang sakan bercinta pun tidak mendapat bunga setiap hari.

"You ada secret admire ni. Haish, jealous I. Dah lambat ke class ni, jom" ajak Tiffany.

Flower hanya tersenyum dan meletakkkan bunga tersebut di dalam pasu yang telah tersedia. Dia bersiap untuk ke kuliah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Flower, Tiff, mari ke sini kejap," panggil Prof Kim.

"Eh, ada apa professor?" tanya Tiffany.

"Saya sebenarnya ada hal sikit nak bincang dengan kamu berdua," kata Prof Kim.

"Hmm, apa prof?" tanya Flower.

"Prof tak nak kahwin ke? Tak jadi kahwin dengan Irene?" tanya Tiffany dengan nada gurau.

"Eh kamu ni, haha," balas Prof Kim sambil ketawa.

Prof Kim bakal berkahwin dengan Irene. Irene merupakan gadis yang dia cinta. Dia bertemu gadis tersebut setahun lalu, sewaktu perkahwinan Min unnie. Kini, dia pula bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Irene, flower girl yang dikenalinya semasa dia masih kecil.

"Saya nak Flower jadi flower girl. Sebab, kami kekurangan seorang lagi flower girl," jelas Prof Kim.

Flower hanya membatukan diri. Dia hanya berdiam diri. Tidak tahu mahu respon apa. Diterima rasa bersalah, ditolak pun rasa bersalah.

"Serius ke Prof? Oh My God, you, ni chance yang baik untuk you la. Dapat jumpa mamat Korea hensem nanti," ujar Tiffany yang gembira denganberita baik buat rakannya.

"Errrr..." Flower masih teragak agak.

"Kamu kan dah nak graduate. Berbaktilah sedikit pada oppa," Prof Kim cuba memujuk.

Dia dan Flower sudah biasa dengan panggilan Prof dan Oppa. Semuanya kerana mereka merupakan sahabat pena.

"Please~" rayu Prof Kim lagi.

Flower masih teragak agak. Dia tidak tahu sama ada dia patut terima atau tidak. Mengingati dirinya menjadi flower girl sahaja sudah cukup seksa baginya. Setiap kali terdengar atau terlihat flower girl, fikirannya melayang pada Darius dan kejadian yang lalu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Min unnie dan Hyuk oppa kini sudah memiliki seorang anak comel bernama Kyu. Comel sekali anak mereka.

"Kamu nak tolong ke Prof kamu tu," tanya Min unnie kepada Flower.

Flower tidak mengedahkan pertanyaan Min unnie. Dia bermain bersama Kyu. Kyu amat nakal tetapi dia pintar. Kyu sangat sukakan Aiden. Baginya, Aiden merupakan ajusshi yang comel.

"Saya dah terima dah unni," ujar Flower setelah lama mendiamkan diri.

"Baguslah. Hyuk oppa ada tanya unnie. Eloklah kalau macam tu," ujar Min unnie.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari yang ditunggu tunggu tiba. Flower berpakaian dengan cantik sekali. Ramai juga lelaki lain yang cuba berkenalan dengannya namun dia hanya buat tidak mengerti dengan signs yang diberika oleh mereka. Kim oppa atau lebih biasa dipanggil Prof Kim turut memperkenalkan seorang dari anak saudaranya kepada Flower. Namun, Flower kelihatan tidak berminat. Dia rasa kekok. Dalam kemeriahan hari itu, Aiden juga turut hadir bersama Tiffany.

"Agaknya bila turn kita?" tanya Tiffany.

Aiden hanya senyum. Dia mengucup dahi Tiffany. Tiffany agak terkejut.

" Tak lama lagi," balas Aiden.

"Huh?" Tiffany tidak mengerti.

Aiden hanya tersenyum. Tiffany masih terkejut. Dia tidak mengerti dengan tindakan Aiden itu.

Sementara itu, Flower sudah bersiap sedia menjalankan tugasnya sebagai flower girl. Hatinya berdebar debar. Perlahan lahan kisah lalu bermain di minda. Dia masih mengingati kisah itu.

'Ish, Flower, kamu jangan mengelamun. Fighting:" dia bermonolog sendirian

Majlis berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Sekarang, sesi ucapan buat pengantin dari teman teman. Flower kelihatan gembira melihat sahabat penanya kini sudah berkahwin dan menemui kebahagiaan walaupun agak lewat. Dia di sini bukan kerana Kim adalah professornya, tapi kerana Kim oppa adalah oppa yang baik dan juga sahabat penanya. Tiba tiba, mata Flower terpana pada satu lembaga. Dia melihat tubuh yang berdiri di atas pentas itu. Lelaki itu Darius. Dia hanya membatu. Darius merenungnya. Pandangan mereka bertaut.

"Saya Darius. Sebenanrnya, saya ke sini sebagai tetamu undangan khas Prof Kim. Saya pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada prof. Kim kerana sudah berumah tangga. Semoga berbahagia selalu." kata kata Darius terhenti di situ.

Renungannya masih pada Flower. Begitu juga Flower.

"I can feel love, oppa" bisik Irene kepada Prof Kim.

Prof Kim hanya tersenyum. Dia segera bangun dan mendekati Darius. Dia berbisik sesuatu kepada Darius. Darius hanya akur. Sementara itu, Flower sudah tidak keruan. Hatinya berdebar debar melihat Darius di hadapan itu. Dia bagaikan tidak mampu bernafas. Mahu sahaja dia pergi dari situ.

"Maaf, mungkin apa yang saya nak cakapkan tak ada kena mengena dengan majlis ni. Tapi memandangkan Prof Kim memahami saya, jadi saya nak berterima kasih kepadanya."

Tetamu mulai rasa aneh dengan tindakan Darius.

"Eh, kenapa Darius hyung ada dekat sini?" soal Aiden kepada Tiffany.

Dia berasa begitu pelik dengan kehadiran Darius. Dia masih tidak dapat terima apa yang terjadi antara Darius hyung dan Flower.

"Flower, saya sangat rindukan awak," luah Darius di hadapan semua tetamu.

Flower menggengga tangannya erat. Wajahnya merah. Dia membatukan diri. Tiba tiba, Felix muncul dari belakangnya dan memeluknya. Dia terkejut dengan tindakan dan kehadiran Felix.

"Oppa,' ujar Flower.

Felix hanya tersneyum.

"Dengar apa dia nak cakap," ujar Felix.

Flower terdiam. Dia melihat Darius. Darius masih merenungnya. Dia cuba mahu pergi, namun tangan Felix segera menahannya. Wajahnya mula berubah.

"Flower, don't go. I am sorry. Flower, oppa sangat rindukan Flower. Maafkan oppa. Oppa sebenarnya tak pernah lupakan Flower. Oppa sentiasa ingat Flower. " luah Darius . Matanya kelihatan berair.

Dia menyambung "Sebab tu oppa awal awal lagi dah cari Flower, cuma oppa ingat nak bagi kejutan, mana tahu macam ni pula jadinya, Oppa masih ingat semua yang jadi antara kita Flower. Oppa tak pernah lupa. Cuma masa tu, oppa tak sedar, oppa lah lelaki yang Flower suka. Oppa lah lelaki yang Flower maksudkan."

Flower hanya menunduk dan membatu. Air jernih mulai mengalir di pipinya. Felix sedar akan hal itu. Adiknya sangat terluka.

"Oppa ,mulai sedar tentang hal tu masa Flower nak balik ke sini. Bila oppa sampai ke rumah Felix hyung, hyung cakap yang Flower dah balik. Masa tu, oppa rasa sangat bersalah. Oppa cuba beranikan diri contact dengan Flower, tapi oppa tahu, dalam sangat luka Flower."

Flower masih menangis. Tetamu mulai merasakan kesedihan tersebut. Aiden melihat Tiffany juga turut menangis. Dia memeluk Tiffany. Kim oppa pula memegang tangan Irene. Dia tahu, isterinya itu turur tersentuh.

"Flower. ingat tak , pada tarikh ni lah, kita bertemu buat kali pertama. Masa tu Flower pakai gaun putih. Flower menangis sebab takut. Lepas tu, oppa bagi keronsang dekat Flower. Flower ingat tak? " soal Darius.

Flower hanya terdiam dan air matanya terus mengalir. Felix oppa mengangkat muka Flower. Dilapkan air mata Flower.

"Dia dah banyak menderita menunggu kamu selama setahun, Flower. Itu balasan untuk dia" ujar Felix.

Darius mendekati Flower. Dia menyentuh tangan Flower. Mata sayu Flower direnungnya. Hati gadis di depannya ini sangat mudah tersentuh. Dia dapat melihat kesayuan gadis itu. Felix meninggalkan mereka berdua. Flower melihat wajah Darius. Darius menyentuh pipi Flower. Dia mengesat air mata Flower.

" I miss you. " ujar Darius.

Flower hanya mendiamkan diri. Oppa yang dirinduinya, oppa yang melukainya, oppa yang disayanginya, kini berada di hadapan dia.

" Flower, I love you," ujar Darius. Dia lalu menarik Flower kedakapannya.

Flower pada awalnya cuba menolak pelukan Darius namun akhirnya dia akur. Dia masih cintakan lelaki ini. Dia masih sayangkan lelaki ini, walaupun setahun berlalu. Tetamu pula bertepuk tangan. Mereka sangat terharu dengan apa yang berlaku. Aiden mencium pipi Tiffany kerana sangat gembira. Tiffany hanya tersenyum. Kim oppa pula memeluk Irene. Dia rasa bersyukur melihat sahabat penanya itu di dalam dakapan lelaki yang menyayanginya.

" I love you too, and I miss you" bisik Flower kepada Darius.

Darius hanya tersenyum. Dia yakin, gadis ini terbaik buatnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa hari kemudian, Flower dan Darius pergi semula ke tempat di mana mereka pertama kali bertemu. Mereka mengingati kisah silam.

"Hai, " sapa Darius.

"Hai," balas Flower.

"Hari ini awak sangat cantik. Tak comot macam dulu," ujar Darius.

" Awak pun dha tak bawak buku lah. " kata Flower.

Mereka tersenyum malu.

"Nama awak apa ye?" tanya Darius.

"Saya Flower,' ujar Flower.

"Kali lepas, saya terlupa bagitahu awak nama saya. Nama saya, Darius," kata Darius sambil tersenyum.

"Darius oppa," Flower mengomel.

Mereka berjabat tangan. Darius memakaikan keronsang rama rama di baju Flower.

"Awak selamanya pemilik keronsang ni," ujar Darius.

Flower tersentuh dengan kata kata Darius. Matanya mulai berair. Dia mengimbau kejadian dimana dia memberi semula keronsang ini kepada Darius.

"Keronsang itu melambangkan hati saya," sambung Darius lagi.

"Maknanya, hati oppa selamanya milik saya?" soal Flower sambil mengalirkan air mata

"Ye, sejak 17 tahun lepas,' ujar Darius.

Flower segera memeluk Darius. Dia memeluk Darius seeratnya. Dia memeluk lelaki yang menyelamatkannya 17 tahun lepas. Darius melepaskan pelukan dan mulai melutut. Flower tergamam.

"Flower, pemilik keronsang rama rama, gadis comot yang saya jumpa di sini, setelah lama menanti, inilah waktunya. Oppa terlalu mencintai kamu. Sudikah kamu mengahwini oppa?" lamar Darius bersama sebentuk cincin.

Flower sangat terharu. Di tempat dia bertemu inilah, dia dilamar lelaki yang menyelamatkannya. Dia segera bersetuju dan memeluk Darius lagi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sementara itu, Tiffany juga dilamar oleh Aiden dengan cara yang mengejutkan.

"You dekat mana ni? I dah ada depan restoran ni. " soal Tiff melalui panggilan telefon

"You masuk dulu. Reservation atas nama saya," ujar Aiden.

Tiffany segera masuk. Kelihatan begitu ramai orang di dalamnya. Semua mata melirik padanya. Sesampai di tempatnya, alunan violin dan piano dimain serentak. Aiden berada di situ sambil bermain piano.

"Khas buat gadis bernama Tiffany yang baru masuk tu,janganterkejut dan sila duduk" Aiden mulai berbicara.

Tiffany agak terkejut. Dia tersenyum.

"Gadis ini merupakan gadis yang saya sayang. Saya tak tahu macam mana nak luahkan dan tunjukkan keikhlasan saya. Saya nak hidup bersamanya sehingga akhir nafas saya. " ujar Aiden sambil tersenyum.

Tiffany membalas senyuman Aiden. Tetamu mulai fokus dengan alunan piano Aiden.

Aiden kemudian menyambung " Saya nyanyikan lagu One Man, khas buat gadis ini. Lepas I habis perform, can you tell me, will you marry me?"

Aiden menyanyikan lagu tersebut dengan sepenuh hatinya, khas buat Tiffany. Dia memang ingin hidup bersama gadis ini. Hanya gadis ini sahaja. Selesai menyanyi, Tiffany segera bangun. Dia menuju ke arah Aiden.

"I tak tahu apa Kim Jongkook akan komen kalau dia dengar," Tiff menggeleng kepala.

Aiden merenung Tiffany.

"But I will say yes," sambung Tiffany.

Aiden segera memeluk Tiffany. Dia berasa sangat bahagia. Tetamu lain bertepuk tangan. Ada yang terlalu cemburu dengan mereka. Akhirnya, mereka menemui kebahagian mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Saya ada satu soalan nak tanya, oppa ke yang bagi bunga dekat saya beberapa bulan lepas?" tanya Flower.

"Yeah, Felix hyung yang ajar" balas Darius.

"Ohh. Satu lagi, kenapa setahun? Kenapa oppa lambat sangat cari saya balik?" tanya Flower lagi.

Darius tersenyum.

"Sebab oppa kena repent and also busy study about you through Korean drama. And also Super Junior," balas Darius lagi.

" Hah?" Flower bingung.

"Oppa jumpa Super Junior suruh tunjuk ajar," balas Darius sambil ketawa.

"Serius?" Flower begitu teruja.

"Yeah. Serius.Tapi pasa SUJU tu, I lied" balas Darius lagi.

"Ya!" jerit Flower.

Darius segera berlari. Flower segera mengejarnya. Mereka kelihatan begitu gembira.

------------------------------------------------TAMAT--------------------------------------------------------

CASTS

Flower: Kim So Eun
Darius: Kyuhyun SUJU
Tiffany: Sooyoung SNSD
Aiden: Donghae SUJU
Kim oppa: Jaejoong
Irene:Yoon Eun Hye
Felix: Hyun Bin


Author note: Maaf lambat habiskan. Sorry if not interesting. Next time I'll write better and short one okay ;B

kbai;

han

2 comments:

nurul norman said...

yeay ! i'm the 1st one =D wohhoo~
mne lagu ? xdepung. soo sweet, as usual =] tahniahtahniah *ttbe* ahahhaa

han eba said...

macam tak ikhlas je kau nyaah ;P