Saturday, March 3, 2012

#26



assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca handsome.


firstly gua nak cakap thanks kepada new followers gua. harap korang follow sebab suka bukan sebab melulu :B hehe. anyways, thanks :D


okay now, gua nak cakap pasal memandang rendah. manusia senang memandang rendah pada orang lain. korang mesti pernah dipandang rendah kan? dipandang rendah sebab diri korang. masa korang dipandang rendah, mesti sakit hati kan? siapa yang suka di compare dan direndah rendahkan, betul tak? gua sendiri pun kadang kadang tak tahan beb. so, meh sini gua show sikit cemana lah deme memandang rendah.


kes pertama: tak dapat result bagus.


orang Melayu lah terutamanya yang suka show off. Bukan nak kritik, aku sendiri pun melayu, dan benda ni aku selalu nampak dalam kalangan melayu. Bila result orang tu bagus sikit je, wah budak ni pandai, kena contoh dia ni. kadang kadang, parents pun mulalah suruh anak dia kawan dengan budak macam ni, sebab dia pandai. sedangkan budak yang tak dapat result bagus tu, parents cakap jangan kawan sangat. actually, semua orang ada kelebihan. dia mungkin hebat study, tapi tak hebat menari ke, tak hebat bersukan ke, dan macam macam. tak semestinya budak skor habis macam ni, budak baik dan yang tak skor berapa hebat tu, budak tak baik? attitude itu lagi penting.


kes kedua : duduk rumah kawasan murah


hah, ni paling awesome. wei, aku tak faham dengan certain orang. kalaua duduk rumah kos murah pun kenapa? dah itu je dia mampu. tapi ingat, duduk rumah kos murah tak bermakna dia miskin. ha, mentaliti kita macam ni lah. Cuba kau tanya parents dia kerja apa dulu baru nak rendah rendahkan dia. Kadang kadang, mereka sengaja duduk di rumah ala ala biasa je, asal ada tempat berteduh. Kau mana tahu, bapak dia ada rumah banyak dalam dan luar negara, kau tak tahu kan? So, janganlah pandang rendah pada seseorang sebab rumah dia rumah kos murah.


kes ketiga: course yang diambil di universiti


sakit hati kan kalau sedara mara tanya, "eh awak amik kos apa dekat universiti?" "Uni awak tu bukan uni hebat kan?" " kerja senang nak dapat ke kalau kos macam tu?" "gaji mesti tak banyak kan?". Okay, cakap macam ni je dah jatuhkan maruah orang. Dan, benda macam ni, kalau tanya sekali sahaja, tak apa lagi. Kalau tiap kali datang rumah orang tu/jumpa, tanya soalan macam tu, itu namanya tak pergi sekolah. weh ni gua nak habaq dekat koranglah, tak kira apa kos yang korang ambil sekarang, kos itu inshaAllah ada manfaatnya. Bagi yang melihat seseorang itu berdasarkan kos yang dia ambil, sedarlah. Walaupun anak kau masuk course yang bagus, tak bermakna anak kau seorang je yang hebat. Jangan melihat seseorang itu melalui kos dia, kita kena kenal dulu baru kita tahu. Macam gua, tak berapa pandai sangat pun sebenarnya, tapi gua belajar medik walaupun PAMA yang sponsor. Kawan gua yang sangat pandai pandai dan pandai pun tak study kos macam gua. Tak study kos kritikal pun. Kos biasa je kot dia ambik tapi sponsor weyh! So, tak semestinya kos tu popular, budak yang belajar semua pandai pandai. Dan tak semestinya kos tu tak popular, kos itu tak mampu menjamin masa depan.


kes keempat: status/pangkat


ada certain orang dia terlalu pentingkan pangkat. Okay, contoh nak berkawan pun kena tengok pangkat. Nak ajak majlis pun kena tengok pangkat. Senang cerita, semua kena tengok status seseorang. Takkan la sebab dia kerja kerani, kita tak nak kawan dengan dia? Takkanlah sebab dia kerja bawah kita, kita tak nak ajak dia ke majlis? Hoi, melampau tu. Tak elok pandang rendah. Haish..


Kes kelima : rupa paras


Well, ini gua tak menolak lah. Orang pandang rendah sebab tak ada rupa. Siapa kata orang yang tak cantik di mata kau akan kekal tak cantik di mata orang lain? Memandang rendah pada seseorang sebab dia tak cantik adalah satu tindakan yang tak sepatutnya. Mungkin sekarang kita ejek dia hodoh, tak lawa, tak nak kawan dengan dia, mana tahu satu masa akan datang, dia akan menjadi cantik dan lebih lawa dari kita. Malah, lebih berpengaruh. Ada sesetengah orang yang suka buat grup khas buat orang cantik cantik dan hensem hensem ni, sedarlah, tak ada yang akan kekal sebenarnya. Kalau kita suka menyakiti seseorang dan asyik memandang rendah dekat dia, sebenarnya kita ni duduk level bawah dari dia.


Sebenarnya, banyak lagi kes kes orang pandang rendah ni. Certain orang pandang rendah pada seseorang bersebab sebenarnya. Ada orang sebab dia jealous dan ada orang sebab dia nak malukan orang lain. Banyaklah puncanya. Tapi janganlah kita suka memandang rendah pada orang, sebab sebenarnya, kita sendiri pun tak hebat mana. Kan? HAHAHA


kbai;


han


p/s : Orang yang selalu dipandang rendah ni, orang yang kuat dan selalunya lebih berjaya :)

4 comments:

Ramiza said...

eba become philosopher already.. :)

han eba said...

I always a philosopher whaaat? HAHAHA ;B but you agree right? ;)

Ramiza said...

yes i agree :) there is truth to your words wise one

han eba said...

sankyuuuu