Saturday, April 7, 2012

#40

hai. lamanya gua menghilang. gua hilang bersama diri gua. *bajet ganas kejap*

okay, actually aku tak sihat. dah dua minggu. kadang kadang suhu badan naik tak menentu, sakit kepala yang mengharukan. mengganggu pelajaran kot, tapi apakan daya ku. hewhew. *muka mulia*

pernah tak korang rasa sedih sebab friendship yang tak menjadi? bukan gagal, cuma tak menjadi. mungkin lack dari diri sendiri atau kawan. pernah? okay, of course la aku pernah dan sedang mengalami nya juga. aku selalu percaya, persahabatan itu lebih penting dari kekasih, tapi bagi orang yang ada kekasih,mestilah kekasih lebih penting. Mungkin aku tak berapa faham sebab aku tak pernah ada kekasih. *wahaha*

okay, back pada cerita friendship tadi, aku mungkin jenis yang nampak macam tak kisah dan tak menghargai dan bla bla bla, mungkin sebab aku dah penat jadi orang macam tu. masalah aku sekarang adalah, aku rasa terpinggir oleh satu satunya orang yang aku boleh bergantung dekat sini. actually, aku dah buat salah dari awal. aku tak patut rapat dengan sesiapa dari awal sebab bila aku rapat, aku selalu percaya dia akan sentiasa ada di sisi tapi itu cuma harapan aku sebab orang tu tak macam tu. dia ada komitmen lain. maksud aku, dia ada kawan lain yang lebih banyak persamaan dengan dia. mungkin sebab dia muda dan dari keluarga yang manja, sebab tu dia belum lagi terfikir tentang personaliti dia. macam aku dulu lah jugak. personaliti tak bagus mana. haha. dulu, aku bukanlah orang yang mudah nak cerita masalah aku. aku lebih suka memendam. tapi bila dah semakin dewasa, hormones pun semakin rancak produce, so aku decided cerita dekat kawan baik aku, Shin Yi. kadang kadang apa yang dia cakap tu betul, aku boleh terima. kadang kadang of course ada yang aku kena fikir dulu nak terima ke tidak. sebab pemikiran kami berbeza. tapi aku rasa, aku yang dulu lebih bahagia. haha.

sebabnya, aku yang dulu dikelilingi orang yang tak busuk hati, tak sarcasm, tak fake dan yang paling penting, tak selfish. sebab sekarang aku berada dalam komuniti yang cenggini, bertentang dengan yang dulu, aku semakin rasa tak gembira. takkan sebab komuniti ini macam ini, aku kena ubah diri aku. no way. aku tak nak sama dengan mereka. mostly fakers. aku takut pada diri sendiri. aku takut aku berubah jadi macam mereka. ini bukan pasal classmates aku , tapi pasal orang sekitar aku jugak. sebab tu, kalau aku ada masalah, aku tak akan cerita pada mereka. aku rasa tak selamat. mianhae.

aku sejujurnya, bila ada masalah, aku lebih suka orang mendengar dari memberi nasihat. sebab orang aku rasa orang tu caring sangat kalau dia mendengar. bila aku cerita masalah, mesti emosi kurang stabil sikit, so actually aku tak perlukan nasihat.bukan aku ego tak nak nasihat, aku cuma dambakan si pendengar. Aku tahu Allah itu ada. cukup mengadu padanya, tapi aku kan manusia, dalam masa yang sama, aku nak manusia yang rapat dengan aku mendengar masalah aku. aku bersyukur ada yang sudi dengar. sebab aku memang suka orang yang mendengar.

okay berbalik pada masalah friendship tadi *lol, asyik lari je cerita*. orang yang aku harapkan itu selalu kecewakan aku. mostly. entahlah, aku tak tahu nak buat macam mana. aku tak reti nak marah bagi dia sedar , sebab dia anak manja. actually, dia baik dan caring jugak, cuma sikap tu jarang ditampilkan bila diperlukan. aku takut kalau aku tegur berlebihan karang, aku yang nangis sebab aku tak suka nak marah depan depan. apa yang buat aku lagi kecewa, kadang kadang dia terlalu pentingkan diri sendiri. aku seriously tak tahu macam mana nak cakap "weyh terfish, aku terasa siot" . sebab nya, dia suka bagi alasan. so nampak tak susahnya nak handle anak manja. sobs. dulu, even tertinggi suara sikit, dia akan marah dan nangis. see. it's not easy. okay, aku yang miserable ni ha. grr. so dalam hal ini, aku yang gagal menjadikan dia anak tak manja. okay, tbh aku kadang kadang annoying jugak.

so kesimpulannya, aku akan lebih senang menjadi heartless seperti dulu supaya aku tak rasa nak mendambakan kasih sayang orang lain. yang aku hanya perlu lakukan adalah menjadi kawan yang baik dan friendly. apa pun masalah, simpan pada diri sendiri sebagai rahsia diri. okay juga cerita kepada blog sikit sikit dan juga donghae fake. oh, aku selalu tanya pendapat dekat Mr. K tapi aku dah jarang chat dengan dia dah. haha.

aku selalu terfikir, mungkin aku bukan kawan yang baik? mungkin perwatakan aku kurang menarik? *rupa pun, tetiba je* even aku care pun pasal seseorang tu, orang tu takkan mampu care pasal aku. mungkin orang lain fikir, aku tak perlukan kasih sayang seperti mana yang aku berikan. sebab aku tahu, mostly semua orang tengok luaran aku yang besar , ooops dan kuat ni. jarang ada orang nampak aku tak senyum. sebab tu semua orang akan ignore dan sentiasa fikir aku baik baik sahaja. mostly memang macam tu. sobs. aku tak boleh nak salahkan orang lain. semuanya salah aku. kalau tak, mana mungkin jadi masalah kan? so, aku rasa aku harus menjadi orang yang dulu. menjadi lebih kuat dan tak menyusahkan orang lain.

lepas ni, aku kena dengar lagu rock banyak. supaya hati ni kuat sikit. wakakaka.okay jangan lupa dengar lagu yang buat aku teras seperti dihargai! okay emossss. LOL. aku percaya, satu hari nanti, hanya orang orang yang betul betul kisah pasal aku akan ada bersama aku. hanya yang betul betul kisah dan sayang sahabat dia sahaja akan lakukan benda yang kawan biasa tak mampu lakukan, hanya sahabat yang mampu lakukan. :)

"walaupun sedih, saya tak akan menangis, walaupun kecewa saya tak akan menangis." <- lagu rekaanku masa sekolah menengah. hewhew

walaupun jauh dari orang yang aku sayang, aku kena menjadi manusia yang lebih berdikari dari sebelumnya. aku harus menjadi manusia yang lebih sedar pada kedudukan sendiri. aku tak perlukan kasih sayang orang lain selain dari yang dah memang sayang dan kisah pasal aku. biarlah aku yang memberi kasih sayang, at least aku tahu aku diperlukan.

kbai;

han

p/s: dulu masa aku kecik, darjah 1, aku suka menangis. tapi ada seseorang dengan beraninya cakap sesuatu dekat aku yg buatkan aku tak kuat menangis. ;) tapi aku harap, orang tu akan muncul balik dan cakap dekat aku benda yang sama dia pernah cakap dulu.

2 comments:

kimyana said...

ebaaa,ur situation same with me lorh :)

eba,awak kena KUAT!awak kena TABAH!saya pon begitu..kalau kita tak harungi semua ni,mungkin awak takkan KUAT sampai sekarang.biasalah manusia banyak ragamnya..

kadg2 aku rasa mcm x nak kwn dgn semua org tp Allah dah rapatkan aku dgn dia kat U.apakan daya.ni semua ujian..eba,saya support awak dari belakang awalaupun kadg2 saya jatuh saya tetap nak bangun juga sebab saya tahu visi dan misi saya belom selesai di U.

saya doakan awak KUAT dan sentiasa SENYUM walaupun kdg2 pahit unutk ditelan.chaiyork ebaaa! :") Allah always beside u :) dont cry my dear :")

han eba said...

hahahah, yelah.