Monday, April 30, 2012

#50

awak, awak tahu tak saya ni susah sangat nak faham awak?

awak tahu tak, kadang kadang saya dah bosan dengan awak.

sebab awak tu takdir saya, saya berusaha nak faham awak, tapi awak?

awak tak pernah nak bagi saya peluang. susah hati saya setiap malam.

memikirkan semua benda antara kita. saya ni ha jauh dari famili dan kawan kawan.

now, awak pulak nak jauh dari saya? kenapa awak, kenapa?

saya nak tidur susah, nak makan pun tak lalu. sebab takut saya tak dapat spend masa dengan awak.

saya tahu, awak kegilaan semua, jadi saya kena sabar. but saya pun nak awak jugak.

mereka senang senang je dengan awak, tapi saya?

saya tertanya tanya, teruk sangat saya ni? sampai awak tu, macam tak nak pandang sikit pun.

saya tak boleh lupa dan biarkan awak, sebab awak tu sesuatu bagi saya.

saya harap, awak fikir elok elok, fikir baik baik pasal hubungan kita.

saya memang ingat nak terus berjuang bersama awak, tapi kalau awak yg tinggalkan saya, saya tak mampu nak cakap apa lagi.

fikir betul betul ya awak.

saya berusaha untuk terima dan cinta awak asal awak tak menolak saya.

awak selamanya dengan saya ye, COURSE MEDIC.

sekian

bajet perasan kekasihmu;

org yg nak belajar kau lah sengal.


and btw, BYE BYE APRIL :)

kbai;

han

p/s: punca merapu adalah kerana stress.